Trivia Tentang Amelia Syahirah

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? salam sabtu. harini sepatutnya plan nak pergi KLCC tengok wayang filem Dishoom (once again) sambil pergi career fair untuk drop resume. tapi bila dah fikir banyak kali, takpela. malas pula. nak relax je dekat rumah. or maybe tomorrow baru aku pergi ke sana. okay, harini aku nak bercerita sikit mengenai diri aku sendiri, atau lebih formal dipanggil Trivia Tentang Amelia Syahirah. terima kasih kak Azlinda Alin (ibu kepada Dhia dan Dzal), sebab sudi tag aku. mueehehhe. dah lama sebenarnya tak buat benda macam ni. 

amysyeera

Trivia Tentang Amelia Syahirah


jom kita mulakan sekarang. nama aku Amelia. alkisahnya banyak story semata-mata nak letak nama aku sahaja di dalam surat beranak. nak letak Mek Amelia la (ada dalam entry sebelumnya), nak letak Amalina tapi cousin aku ambil dulu la, hahaha. macam-macam sungguh, last sekali jadilah Amelia Syahirah. yang bermaksud cahaya cita-cita/kefahaman yang terkenal/termasyhur. cita-cita apa termasyhur tu? aku pun tak tahulah lagi. and i guess my mom named me right sebab ramai puji nama sedap. muahahaha..

aku merupakan anak sulung (yes aku sangat garang) dan aku berbintang Libra. and kalau ikut keturunan, aku ni dah kira campur darah Arab Siam India Indonesia. 


okay, maybe some of it aku tak surelah betul or tak. itu kena tanya kawan sekeliling aku. hahaha. tapi part indecisive tu memang betul!! kadang-kadang bila kawan tanya nak makan mana. aku tanya dia balik. NO, don't ask me. aku tak kisah mana-mana korang nak. aku follow sahaja. aku lebih berang bila aku dah decide something and orang tak ikut. sebab tu lah aku biar orang je pilih. 

OBSESSION WITH WOMEN BOOTS 


aku tak tahu macam mana ni boleh berlaku. tapi since aku masuk third year, aku dah start obsessed dengan women boots ni. and now, I can officially say I own 5 pairs of boots already. not including all the boots that I have thrown away sebab dah rosak asyik pakai selalu. kalau dulu beli yang murah je, lama-lama bila asyik rosak, ayah aku suruh beli mahal je terus. tahan lama sikit. and yes, berbekalkan duit gaji sendiri, aku mampu beli berapa banyak aku nak. haha. so far ada warna merah, khakis, turquoise, hitam dan coklat. rasa macam nak beli warna biru pula. hmm...

pakai boots ni sebenarnya gives me a different level of confidence. aku rasa lebih bersemangat untuk berjumpa dengan orang baru, untuk bercakap, untuk berjalan. aku rasa mungkin juga sebab aku teringin nak pakai high heels tapi tak reti, so aku bertukar kepada boots instead. menurut kajian yang aku baca, perempuan yang suka pakai boots ni sangat agresif. hmm, this one aku kena tanya kawan aku. 

 

HANTU HINDUSTAN

ha, ni mesti ramai tahu. hahahaha. aku dengan Hindustan tak boleh dipisahkan. umi kata, kalau nak bagi aku senyap dulu senang je. kasi pasang lagu Hindustan. melangut lah aku sorang-sorang depan TV tu. hahahaha.. sampaikan orang cakaplah apa je dengan aku, aku tak dengar. 

WARNA KEGEMARAN AMELIA SYAHIRAH


agak-agak kalau tengok aku dari jauh ni, korang takkan expect aku suka warna putih. sebab aku try tanya kawan rapat aku apa warna favorite aku, diorang akan teka warna salah. probably sebab dulu aku sangat banyak warna gelap sahaja. yes, dulu confidence and self esteem aku sangat rendah. aku sangat suka warna putih tapi putih sangat terang untuk aku pakai. tapi sejak kawan aku encourage untuk pakai warna terang, ha, tengok sekarang. purse, skirt, blouse, semua warna putih. ye la, boots warna putih tak beli lagi. *thinking* and in shaa ALLAH kalau ada jodoh, aku nak wedding aku pun pakai warna putih. and rumah pun putih je. HAHAHAHAH kesian suami aku.


KERJAYA AMELIA SYAHIRAH


nak cerita pasal kerjaya ni pun banyak aku boleh cakap. orang kata depressed kerja. tapi lagi depressed untuk kami yang tak ada dan nak cari kerja. susah tau tak! cari dan cari dan cari, akhirnya dapat peluang bekerja dengan Celcom. alhamdulillah. sekarang dah masuk 4 bulan aku di sana. kerja makin banyak. kepala makin sakit. tapi itu semua lumrah kerja. selagi aku mampu bertahan, selagi banyak ilmu dan experience aku dapat, aku takkan mengalah. doakan ye.

IMPIAN AMELIA SYAHIRAH


aku ada banyak impian. makin aku dewasa, makin banyak aku impikan. sejak travel ke Mesir bersama families aku, aku simpan angan untuk jadi traveler. aku tengah kumpul duit lagi ni. tak kisahlah di mana, asalkan dapat keluar dari Malaysia for a while. seronok tengok budak study overseas dapat pergi merata. sungguh, aku rasa cemburu. tapi dah bukan rezeki dapat belajar di sana. kalau dapat suami kerja overseas pun lagi molek. hahahaha. 

impian kedua pula ialah untuk berkahwin. siapalah tak nak kahwin. daripada tinggi harapan, jatuh, naik, jatuh, impian untuk kahwin sentiasa terpahat dalam hati aku. andai ada jodoh, adalah jumpa someone yang boleh bertahan dengan aku ni sampai ke tua. hahaha. 

impian aku yang ketiga adalah untuk jadi professional dancer. aku rasa untuk orang yang minat Hindustan, akan datang nature untuk suka menari juga. maybe. tapi all kinds of dance lah. bukan bollywood je. haha. sekarang aku cuma belajar dari tutorial sahaja. kalau ada rezeki, nak menari dalam studio. barulah boleh nampak kita ikut flow or tak masa menari. ini menari dalam bilik je. hahaha. 


itu sahaja dari aku. harapnya dapatlah faham serba sedikit tentang aku ni. mungkin orang nampak aku ni kuat sebab kehilangan ayah pada usia muda dan terpaksa jadi tempat bergantung harap oleh satu family. jadi mungkin sebab itu aku nampak lebih matang dari kawan-kawan aku. tapi hakikatnya, ALLAH je tahu berapa kali air mata jatuh sebab hati yang rapuh. selagi boleh bertahan, aku teruskan kehidupan. in shaa ALLAH mungkin lepas ni akan ada indahnya. mungkin.

kalini aku tag kak Izzati Suhaide dengan kak Reena
post signature

9 comments :

  1. baru ku kenali lagi siapa itu amelia syahirah..

    ReplyDelete
  2. hai kak amyy. rindunyaaa nak sembang hindustan..

    ReplyDelete
  3. oooo menarik ye diri kak amelia ni hihi

    ReplyDelete
  4. Hi. Suka putih eh.rmh pun nak putih..baru tahu hehe

    ReplyDelete
  5. Byk yg all tahu ttg Amy rupanya. Psl boots..psl hindustan dan dancer. Libra tu ...zodiak suami akk juga tu ☺

    ReplyDelete
  6. garang garang aummmm amelia syahirah pun..ada lembut dia. acewahhh hehehe. cantik ape rumah warna putih kak amy! paksa je suami nanti semua putih hahahaha.

    dan semoga impian kak amy tercapai & Allah beri yang terbaik untuk kakak itew ni amin :D

    ReplyDelete
  7. menarik trivia amy... hehehe tungu kemunculan trivia kak reen nanti ye... tq tag kak reen.. muahh

    ReplyDelete
  8. Ooo...baru tau suka kumpul boots...

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes