Aku Seorang ENFJ | Myers Briggs Type Indicator Test

assalamualaikum and hello lads! i hope you have a very good day today. aku happy sikit harini sebab train sepatutnya sampai lagi 6 minit tapi tiba-tiba datang satu train kosong tak sampai 1 minit pun aku berdiri di stesen tu. so, aku dapat mengelakkan diri dari rasa claustrophobic. yes, aku ada fobia tu. cuma takdelah terlalu berat macam orang lain. minor sahaja. ingat lagi tak kes train rosak selama 2 kali dalam 1 minggu haritu? aku salah seorang yang terkena. sedih. stress. semua ada. cuma tak berkesempatan je nak naik atas trek keretapi tu. hahaha. 

Ujian 16 Personaliti


Image result for enfj personality tumblr

okay. so, harini aku nak bercerita mengenai 16 personaliti. 16personaliti ini agak famous juga tau sebenarnya. cuma masa aku scrolling down pinterest aku, baru aku curious. apa bendalah orang duk bercerita aku ni INTJ, aku ni ENFP, bla bla and so on. then, tergerak hati untuk search, barulah aku terjumpa satu website yang bernama 16personalities ni. oh, menarik juga rupanya. 

kebiasaannya, kita dengar personaliti thru zodiac, thru bulan lahir (lebih kurang sama je dua ni), thru gaya berjalan, gaya bercakap, semualah. macam-macam kajian orang dah buat sebenarnya. rajin atau tak rajin je korang nak buat ujian tu. aku salah seorang yang sangat suka mengenali diri sendiri menerusi ujian personaliti macam ni. okay, tak boleh nak cakap semua yang dinyatakan tu 100% betul, tapi at least ada something yang baru aku realized aku miliki personaliti sebegitu. 

contoh macam apa yang Dr Fadzilah Kamsah, aku lahir bulan Oktober, so apa yang ada dalam ciri-ciri orang yang lahir bulan 10 adalah seperti:

# suka sembang 
# suka org yg sayang padanya 
# suka ambil jln tengah 
# sangat menawan & sopan santun 
# kecantikan luar & dalam
# tidak pandai berbohong & berpura-pura
# mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan 
# sentiasa berkawan 
# hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 
# cepat marah 
# macam pentingkan diri sendiri 
# tidak menolong org kecuali diminta 
# suka melihat dari perspektifnya sendiri 
# tidak suka terima pandangan org lain ✓ so so
# emosi yg mudah terusik
# suka berangan & pandai bercakap 

p/s: okay yang aku tak tanda tu aku tak pasti ada ke tak. 

dan yang seangkatan dengannya. tak dinafikan, dalam banyak-banyak ciri yang beliau nyatakan dalam personaliti tu, ada juga yang aku tak pasti wujud or tak dalam diri aku ni. so, bila dah eager untuk buat ujian personaliti lain, masa nilah aku cuba 16personalities itu pula.

Myers Briggs Type Indicator (MBTI)


soalannya agak banyak. tapi kita cuma tick mana yang sesuai dengan kita je. then, habis sahaja ujian semua tu, barulah dia tunjukkan personaliti yang sesuai dengan kita. and yes! memang betul pun apa yang aku dapat. so far aku macam berpuas hati sangat dengan ujian 16personalities ni. 

antara personaliti yang ada dalam ni adalah 


mana satu aku punya? tak lain tak bukan adalah ENFJ. wuhuhu.. I'm a Protagonist!

E - Extrovert
N - Intuitive
F - Feeling
J - Judging



so apalagi, kalau korang ada masa, jangan lupa try tau! it takes a bit of your time. so, buat masa free sahaja. or masa bosan. then, bagitahu okay korang yang mana :D

16personalities

adios~

post signature

Share:

5 comments

  1. kita dapat ESTJ! best la personality test ni. Accurate sangat. hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cik Amy,

    Kak Gee gemar ujian personaliti yg macam ni. Bukan sekadar nak mengenali diri dengan lebih dalam. Tapi sebab some of the strenght yang dikatakan mengenai diri kita, I can use it well in job interview. Tak perlulah nak menggoreng itu inikan.

    Bijak tak?

    You should try it too ^_^

    ReplyDelete
  3. saya dah cuba..


    My personality type is:
    Mediator (INFP-t)

    ReplyDelete
  4. kite dapat ESFJ the consul haha. bila baca details, kadang2 ada je part yg kita disagree, macam tak kena je dgn diri aha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. menarik..dari dulu tempted nak buat.tapi kena concentrate betul-betul kan bila jawab

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.