Beli Go Pro Hero 3+ Black untuk Travel

hallo hallo hallo. assalamualaikum and hello lads! lamanya aku tak update dekat sini. kesian blog aku. rasa bosan tu sangat-sangat mencanak naik sampai rasa nak tutup blog pun ada. tapi mengenangkan ada tanggungjawab dekat blog ni, aku kena fikirkan juga cara untuk hidupkan blog aku sampai bila-bila. tapi bayangkanlah sendiri bila kita dah lama tak update, penulisan pun dah macam zaman SPM aku dulu. almost fail. hahaha. kelakar pula bila fikir balik kenangan masa SPM lepas.

Go Pro Hero 3+ Black untuk Travel



Image result for gopro hero 3+ black

okay, berbalik pada entry aku yang sebenarnya, aku baru sahaja beli Go Pro Hero 3+ Black Edition. Kenapa 3+? Kenapa tak 4 je terus. alahai, aku nak je beli yang version 4 punya tapi aku ni kerja biasa sahaja. so, yang mampu beli cuma Go Pro Hero 3+ punya. itupun ada pemilik lain yang beli dahulu, baru aku beli dari dia. 

dah lama juga aku niat nak beli Go Pro Hero ni. setiap kali rasa nak beli, aku suka baca review orang terlebih dahulu. mana satu bagus. mana satu quality gambar yang menarik. daripada mula hanya Go Pro sahaja, sekarang dah bertambah koleksi action camera kan. bagi aku, action camera tu maybe bagus and lebih murah berbanding Go Pro, tapi aku pentingkan brand juga. bila brand bagus, in shaa ALLAH dia bertahan lama. tapi, itupun bergantung dengan pemakainya juga kan. 

senang je aku mencari Go Pro ni. dekat Mudah. kawan aku yang suggest aku untuk cari dekat situ. okay, mungkin juga ada yang akan cakap, kenapa tak beli yang ori dari pasaran je terus. alahai, tu pun mahal juga tau. aku tahu kebanyakan orang yang jual balik Go Pro ni sebab 

1. Jarang Pakai
2. Dah beli keluaran Go Pro terbaru
3. Desperate nak duit

that's why aku yakin untuk beli dari situ. so search dan search tanpa henti, akhirnya jumpa satu owner yang nak menjual Go Pro Hero 3+. bab deal electronic gadget ni, aku serahkan pada member lelaki aku. sebab benda macam ni tak dinafikan, memang lelaki lagi hebat berbanding perempuan. bincang punya bincang (lelaki punya conversation ternyata sangat simple dan cepat), akhirnya kawan aku decide untuk berjumpa dengan lelaki tu dekat area rumah dia. senang. kalau korang beli electronic gadgets ni, better lah jumpa terus orang tu. bahaya kalau pos-pos ni. unless memang dah jauh sangat sampai ke Sabah Sarawak, tu tak boleh tolonglah. 

masa dapat tu, member aku cakap aku beruntung sebab dapat deal dengan lelaki tu. sebab aku beli dengan harga yang affordable dalam RM1k++ then bukan sekadar Go Pro je aku dapat. sekali accessories semua dia kasi. aku rasa memang dia tak nak pakai dah Go Pro Hero 3+ ni. hahahaha. sampaikan member aku terus je cakap dia nak beli accessories tu kalau aku tak nak pakai. memang taklah. hahahaha. tamak lah kejap. sebab bukan senang aku nak beli gadget macam ni. 

Image result for gopro hero 3+ black

so far dah pakai ke belum? adalah try kejap. nasib baiklah member ni dah beli Go Pro yang sama dulu. so, dia lah ajar aku ni untuk apa, tu untuk apa. kalau aku saje yang hadap benda ni, memang sampai sudah blur nak pakai macam mana. ada boleh pakai LCD screen, ada kena connect dengan phone, ada boleh letak dekat kepala. ada boleh letak dalam case waterproof. banyaknya! nasib baik Go Pro Hero ni kecil kan. sebab tu ramai suka pakai. senang nak bawa ke mana-mana especially masa travel. lepas ni nantikan pula gambar aku ambil di blog menggunakan Go Pro dan juga handphone Samsung Galaxy aku ni. then and only then, boleh aku review kelebihan dan kekurangan Go Pro Hero ni.

aku ni pun bakal travel tak lama lagi. serious memang tak sabar nak cuba pakai Go Pro Hero ni. ada sesiapa lagi dekat sini yang ada Go Pro?? boleh ceritakan sikit so far macam mana korang pakai? 

okay, sampai sini sahaja.


adios~






post signature

Share:

18 comments

  1. wahhh go pro. lela tak mmpu lagi nak ber go pro.tak sabar nye nak kerja nak beli go pro sendiri. skrg hero 5 dah keluar. lagi membuak buak rase nk go pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpe lela. nanti sampai masa dapatlah beli tu :)

      tu la pasal. siap drone bagai. pergh

      Delete
  2. Akk pakai hero 4. Tapi, jarang2 guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayanglah kalau jarang guna. meh kasi free dekat kita :P

      Delete
  3. ahkak sampai ke sudah tak paham apa istimewanya Go Pro ni berbanding camera biasa.. ini kan pula ada white edition, black editon, silver edition.. hehehehehe..

    tapi nampak up to date la kan sape pakai Go Pro.. eheemmm.. "ada style" kata orang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. dia bagus untuk orang yang travel kak Ain. sebab dia ringan. tak adalah macam dslr yang gedabak besar macam tu. and gambar dia lebih wide angle. macam mata burung helang. hahahaha

      Delete
  4. Nanti kita share pros & cons GoPro ni. :D hehe dah lama guna dah

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, dah lama pakai eh. okay, can't wait! :D

      Delete
    2. pada kita,

      PRO
      - kecil, ringan - sama berat macam compact camera, jadi senang nak sumbat dalam poket seluar
      - gambar cantik, wide angle
      - bila dah lama guna, u will get instinct of the angle tanpa guna phone nk view - jimat bateri kat sini.
      - banyak accessories - chest strip, helmet, 3 in 1 monopod - so gambar dpt macam2 angles :)

      CONS
      - it needs good lighting
      - mahal
      - kalau full use, dapat 1/2 - 3/4 hari je. so, okay kalau ada spare battery.
      - careful dgn casing - make sure rapat betul2 kalau nak bawak underwater

      hehe nanti kalau kita ingat, kita komen lagi

      hanisamanina.com

      Delete
    3. wahhhhh you really helped me a lot! hahahaha. tu la, habis bateri juga kalau pkai screen, connect dengan phone semua kan. nanti nak try la tanpa pakai phone or screen.

      chest strip, helmet tu kalau nak p adventure just nice la kan?

      underwater later kot. sebab kita x pandai berenang HAHAHAHAHAHAH

      Delete
    4. yepp, practice makes perfect. hehe. lama2 cantik je angle ambil gambar. :D

      haah, kalau cycling kita suka chest strip. pernah try beli yg kat basikal td besi basikal kite kecil, so longgar gopro nya hehe

      hehe underwater kita pernah try nak ambil gambar ikan haha tp air kotor. ohh kalau guna untuk air, ada yg kata better bilas dgn air dulu ye pastu keringkan. kot karat besi kat bawah casing tu.

      Delete
  5. Woww teringin juga hihi tapi belum rezeki lagi nak beli go pro ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takpe. saya pun lama kempunan nak membeli ni.

      Delete
  6. tidaklah kak gee mampu memilikinya.. melihatnya saja belum tentu.. sebab kak gee bukanlah orang yg gemar ambik2 gambar.. simple2 aje dah cukup..

    welcome back cik amy.. mana awak menghilang ni? samalah cam kak gee. takyah lah tutup blog. rugi. just take your time to refresh and settle whatever you need to do. nanti mesti rindu nak berblog semula. trust me... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. oh ye ke. kita suka ambil gambar, so sebab tu beli juga Go Pro. kamera satu apa pun takde. bergantung dengan phone je. hehehe..

      tu la. baru start kerja kan. nak sesuaikan diri. tu yang menghilang. kak Gee pun sama kan hilang :P

      okay, kita xkan tutup blog demi kak Gee hehehe

      Delete
  7. teringin jugak..tapi xmampu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpe. nanti kalau ada rezeki, dapatlah beli.

      Delete
  8. Salam Ziarah & Follow..

    akak berkenan jugak ni..tp poket x mengizinkan... so telan ailio jer la buat masa ni..heheheh

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.