Kes Dua Mak Berebutkan Anak

Siapa emak dekat sini? rata-rata kalau aku cerita pasal ini, mesti korang pun boleh memahami apa yang dirasai oleh satu mak yang hakikatnya baru sahaja kehilangan anak tapi dia sangkakan anak lain itu adalah anak dia. apa yang berlaku sebenarnya sampai berebut ni? assalamualaikum and hello lads! kalini aku nak share cerita yang terjadi di rumah aku. 

www.amysyeera.com

Dua Kucing Berebutkan Anak


Aku ada kucing yang dah lama keluarga aku bela sejak dia kecil lagi. yes, aku bercerita pasal kucing peliharaan aku.  namanya Anna. Anna ni baru sahaja melahirkan 3 ekor anak kucing. 2 ekor warna oren sama sepertinya dan seekor lagi putih. Ollie ni pula anak Anna sebenarnya. tapi tak tahulah, maybe kucing jantan aku, Meki tak tahu Ollie tu bawah umur -.- , habis si Ollie pun bunting. and end up keguguran. sepanjang dia bunting, tak ada sebarang masalah pun. tapi bila dah nak sampai masa melahirkan, bawa pergi klinik sebab ummi aku sensed something is wrong with Ollie. bila check, doktor kata dah besar baby tapi maybe belum sampai masa dia untuk jaga baby dia tu. jadi Ollie terpaksa tinggal sementara di klinik untuk doktor pantau kesihatan Ollie. Tapi disebabkan dia baru sahaja melahirkan anak yang sudah mati dalam perut, doktor haiwan kata hormon 'ibu' tu automatically ada dalam tubuhnya. 

that's why esoknya bila hantar balik semula ke rumah kami, Ollie ingatkan 3 ekor anak kucing baru lahir tu anak dia. habis awal-awal duk berebut dua ekor ni. tak adalah sampai bergaduh. cuma boleh nampaklah ni kaut anak bawa kotak tu. tu bawa anak ni ke kotak lain. adoi. ummi aku sediakan dua kotak berbeza tapi masih bersebelahan sebab tak sampai hati dengan Ollie. manalah tahu kot-kot kucing pun boleh meroyan? so 2 anak kucing diberi pada Anna, seekor lagi pada Ollie buat sementara tapi masih lagi disusu oleh ibu kandung sendiri. 

kucing memang obses kotak eh. kasi tempat lain, dia nak juga kotak


tapi rupanya bila buat macam tu tak menjadi pula. si Ollie angkut anak kucing tadi bawa masuk dalam kotak Anna and dia pun sekali duduk dalam tu. hahahahaha. bayangkan betapa sempitnya kotak tu jadi! dah asingkan tapi nak juga berebut anak sama-sama, so ambil sahajalah. and sampai sekarang jadi macam tu. anak-anak Anna dah mula membesar, so dah start ada bunyi nyaring. pantang aku angkat sikit, mulalah Ollie menggagau kaki (tangan?) untuk ambil 'anak' nya dari pegangan aku. haha. kesian si Ollie. harapnya lepas ni dapatlah dia merasa ada anak sendiri.

okay itu sahaja. jom sama-sama nantikan apa yang akan berlaku bila tiga-tiga anak kucing tadi membesar dengan sihat. oh, nama 3 anak kucing tu aku tak tahu lagi. adik aku kata tunggu besar. sebab bagi nama sekarang pun, kalau panggil, bukan dia tahu. hahahahaha.. 

10:16 p.m
rumah
hujan

adios~
post signature

Share:

11 comments

  1. sedih la pula baca..huhu. kucing pun ada sifat penyayang. eh jap, yg ollie berebut tu anak tu, kira pangkat adik dia jugak ke? ke camna tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! anak-anak Anna tu kira adik beradik dia juga. hehehehehe... sian Ollie kan

      Delete
  2. Ala ciannya ollie..x pa, lpas ni pasti ada rezeki anak sendiri..btw, comel sangat2 kucing2 amy..miss u dear!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. harapnya lepas ni dapatlah anak sendiri kan. miss u toooooooooooo kak Wana! :DD

      Delete
  3. alalaa, comelnya lah ollie ni. pernah satu hari kucing kat rumah ni mcm hilang anak. dia ingatkan kitorg yg sorok. tiap2 hari tidur depan pintu rumah. nak keluar rumah pun sayu je die gayut kat pagar pandang2 kita like "mana anak aku?" T________T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alorh ye ke. siannya kucing tu T___T tu la, maybe ada certain macam tak boleh move on kan. ingatkan anak dia ada somewhere yang dia rasa ada dekat situ.

      Delete
  4. nampak sifat keibuaan si ollie tu.... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... kan. tapi tu la. muda sangat lagi.

      Delete
  5. haiwan pon sayangkan anak..
    tapi manusia.. ish ish ish...
    kesian pulak kat ollie ni haaa..
    tapi dia boleh je bagi susukan sbb ada susu right?
    cuma technically, dia akak kepada anak-anak yg dia sangka anak dia skrg .

    ReplyDelete
  6. Tersentuh hati bila baca kisah tentang Ollie.. Yang bagusnya mereka tak bergaduh. Tengok gambar duduk 1 kotak tu ya Allah, sangat comel. Seboleh2 nak duduk sekali..

    ReplyDelete
  7. akak pun bela kucing jugak..perasaan tu lain macam...kucing apatah lg bila kehilangan anak...so anak kucing lain tu la dia anggap anak dia...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.