Lunch di Panacea Cafe, Seksyen 9 Shah Alam

assalamualaikum and hello lads! korang dah makan belum? memandangkan aku ni kuat makan and suka explore cafe/restoran baru, aku cuba pula di satu tempat yang boleh lah dekat dengan rumah aku. still dalam area Shah Alam lagi. nampak tak bila orang kuat makan, kesungguhan nak makan dia sampai naik Uber pun tak kisah. haha. kalau korang biasa lalu Seksyen 9, korang boleh perasan punya Panacea Cafe ni. dia berada berdekatan dengan area perumahan. 

Panacea Cafe, Seksyen 9 Shah Alam

apa yang best bila datang sini sebab suasana dia santai. nak cari parking pun senang. tak bising dengan bunyi kereta lalu lalang dekat jalan besar tu. sesuai sangat jadi port untuk melepak dengan member-member. sementara menunggu makanan dihidangkan, aku sempat berbual dengan pemilik Panacea Cafe ini. 

menurut Cik Syasya, Panacea Cafe sudah pun setahun beroperasi di situ. aku rasa korang pun tertanya-tanya macam mana nak sebut Panacea ni kan. sama juga macam aku masa naik Uber ke sana. driver tu tanya aku, pun tak tahu nak jawab apa. rupanya sebutan dia macam ni. Panasea yang berasal dari perkataan Greek yang bermaksud a cure for all ills. ha, jangan ingat Panacea ni sekadar nama random sahaja. 






walaupun namanya Panacea Cafe, tapi semua jenis makanan ada dihidangkan di sini. cakap sahajalah nak apa. western, nasi, kek, macam-macam ada. harga dia pun berbaloi dengan portion makanan yang disediakan. ha, cakap pasal makanan, jom aku kongsi apa yang aku makan haritu.



big platter carbo load! ni sesuai sangat makan sambil layan movie dalam laptop or beli bungkus then piknik tepi tasik dengan kawan-kawan. gabungan nachos, kentang dengan cili tu memang menarik. dia tak adalah pedas pun bila makan, cuma a bit taste of spicy tu boleh rasa bila kunyah bersama nachos dan kentang. just nice.

Add caption

bagi aku yang memang penggemar Mac N Cheese, ini menjadi salah satu tarikan aku untuk makan di sini. come on, siapa tak suka cheese. hahahaha. tapi sepertimana yang korang tahu, Mac N Cheese memang muak kalau nak habiskan satu meal tu. tapi Mac N Cheese di Panacea Cafe ni menggunakan sedikit ramuan yang berbeza so dengan berjayanya aku dapat menghabiskan Mac N Cheese aku. sikit pun aku tak kasi kawan aku rasa. haha. 


Spicy Chicken Butter With Rice. RM11.90

okay, ini bila dia cakap Spicy, maknanya memang Spicy! so, kalau siapa suka makan makanan pedas, boleh sangat cuba Spicy Butter Chicken with Rice. lagi-lagi waktu tengah hari memang kita semua mencari nasi kan. baru kenyang sampai ke malam. 

Hurts So Good. RM8.90
it Hurts So Good for a dessert. ada whipped cream, ais krim vanila, nutella dan juga banana crepe. seriously a good combination. and portion dia pun banyak. kalau nak makan berdua pun boleh ni. 

Paddlepop Milkshake. RM11.90

aku recommend Panacea Cafe ini untuk students, pekerja or parents yang nak dating berdua or even bawa family bersama datang ke sini makan sambil berbual santai. ada macam-macam jenis makanan. harga pun berpatutan. sepadan dengan portion yang Panacea Cafe hidang pada kita. staff pun mesra melayan customer. 

kalau nak buat event for 50pax dekat sini pun boleh. untuk 20 orang sahaja pun dah boleh dapat special package. itu semua kena deal dengan owner Panacea Cafe ini sendiri. Students pun seronok juga sebab boleh dapat discount. ini rasa nak jadi student balik ni. haha. 
untuk makluman lanjut, boleh layari:

Facebook: Panacea Cafe
Instagram: Panacea Cafe
Alamat: 
12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Duration: 
Isnin - Jumaat : 11 a.m - 11 p.m
Sabtu: 12.30 p.m - 11 p.m
Ahad: TUTUP

 

apa daa member ambil gambar masa aku tengah tidur ke apa tu -.-

post signature

Share:

8 comments

  1. macam sodapppp jeee. bila kita nak gi makan2 lagi ni dikkk?

    ReplyDelete
  2. dah dekat ni!bole ler try nanti :D

    ReplyDelete
  3. Pernah plan nak makan kat sini, sekali masa pergi kedai tutup :)

    ReplyDelete
  4. okay tetiba rasa macam nak makan aiskrim..
    sabar gee.. pantang ais setahun gee.. setahun..
    huhuhu kijamnyaaa... T_T

    ReplyDelete
  5. nmpk menarik...
    terliur tgk...sedapnya

    ReplyDelete
  6. kedai yang menarik

    persembahan makanan yang cantik

    yang ambil gambar pun terer

    makanan perghh superb

    kena cuba ni

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.