My Kind of Bucket List

salam 'alaik and hello lads! salam Khamis. salam Merdeka. harini aku ada jamuan dekat department aku iaitu Network Quality Assurance. just simply to get to know each other. ye lah, ada yang berhenti. ada yang baru masuk macam aku. so, masa ni je nak kenal tu siapa ni siapa. well, most of them aku dah kenal. cuma segan sahaja nak tegur. is it okay not to tegur some of the staff dekat office sebab aku ni pemalu? 

Image result for dream tumblr

Bucket List


ops, back to the story. aku percaya each one of us mesti ada impian masing-masing. percaya tak, impian aku hanya bermula masa aku berumur 15 tahun. dan impian aku cuma satu masa tu. nak dapatkan kulit wajah sihat tanpa jerawat pada umur 18 tahun nanti. kelakar pula bila fikir. tapi tak sangka, memang menjadi. i guess it's the miracle of having a dream. bila ada satu impian and bersungguh nak dapatkan dia, kita akan berjaya. in shaa ALLAH. at the age of 18, aku dapat juga apa aku idamkan. tak adalah betul-betul selicin wajah seperti gadis lain, but still. :) 

and makin lama, aku semakin banyak impian. and impian kedua pula bermula masa aku masuk MRSM. dalam hati first day masuk pagar MRSM Kepala Batas, aku nak jadi best student dekat situ. seems impossible kan. haha. tapi alang-alang dah berangan tu, apa salahnya ke langit terus. and alhamdulillah, at the age of 17. aku jadi best student di situ. well, aku rasa ALLAH sendiri yang gerakkan hati kita untuk impikan benda tu and kejar selagi boleh kan. sebab semuanya sudah tersurat. cuma ALLAH nak tengok apa cara yang kita gunakan untuk dapatkan sesuatu tu. 

impian ketiga cuma berlaku bila aku habis belajar. haha. sangat lama. sebab macam terumbang ambing sikit masa di alam universiti. habis je study, terus impikan mahu travel merata dunia! yes, i guess this one is quite impossible. tapi macam aku cakap. alang-alang dah impikan travel. aku cuba selagi mana aku terdaya. duit mana nak cari? meh, duit memang susah nak cari tapi tak susah juga nak simpan. kenalah sacrifice certain things. aku ni pun datang dari keluarga bahagia. selalu aku jawab macam ni dekat kawan aku yang asyik bagi alasan tak ada duit.

come on, duit boleh simpan. aku ni pun bukannya dari keluarga kaya raya. kalau aku kaya, aku tak kenal kau dah. aku dah lama menghilang dari Malaysia ni. pergi jelajah semua negara. serious aku cakap. haha

impian travel ni muncul bila aku start menjelajah bumi Mesir dan menunaikan umrah. dulu nak juga tapi tak adalah sekuat macam sekarang ni. bila tengok negara orang, perasaan tu sangat berbeza. i don't know how to describe it you know. and masa tu, aku macam desperate nak kahwin even batang hidung suami pun tak kelihatan. so, aku tutup impian kahwin dengan travel ni. and makin lama aku makin rasa nak travel daripada kahwin. haha.

Image result for bucket list tumblr

lagi apa eh bucket list aku. sekarang ni rasa macam random je. aku nak itu, aku nak ini. then, aku cuba sedaya upaya dapatkan apa aku mahu. do it alone? why not. i'm used to it already. tapi lagi seronok juga bila dapat buat dengan kawan rapat or even your life partner. so here goes nothing. my kind of bucket list.

1. Traveler
2. Be a Professional Dancer just because I like to dance
3. Jumpa favorite artis Bollywood HAHAHAHAH
4. Own and really wear a pair of high heel boot
5. Be a Youtuber. someday. maybe. i don't know. 
6. Kahwin. duh. tahun depan kot. tahun ni i'm not ready.
7. Support family selagi belum tamat persekolahan. 
8. Have a career
9. Reti mekap secara professional. sekarang ni mekap ala-ala nampak lawa je.
10. Main salji. jangan gelak k. ini impian dari dulu

okay, itu sahaja dari aku. thanks a lot for reading this. sorry, sekarang a bit busy. dengan kesihatan aku yang tak berapa memuaskan. but alhamdulillah, dah makin okay sekarang. 

adios~



post signature

Share:

8 comments

  1. haaaa aper??? nak kahwin dah tahun depan????? hihihi dh de calonnnn hehe

    ReplyDelete
  2. TOLOGN JEMPUT KITE KALAU KAWEN TAHU DEPAN. JANGAN BUAT2 LUPA YA KAK AMY. HAMIK KAU SIAP CAPSLOCK

    ReplyDelete
  3. once you start traveling, that bucketlist will be beranak pinak. hahaha terus penuh dengan list tempat2 nak pergi

    ReplyDelete
  4. bucket list kak gee takkan habes cik amy oi..
    akan sentiasa berupdate mengikut perkembangan semasa.. hehe

    ReplyDelete
  5. semoga impian amy Jdipermudahkan...

    semoga cepat sembuh dan kembali taip entry dan boom blog arzmoha.com :p

    ReplyDelete
  6. no 10 tu nak jugakkkkk hahaha. teringin nak rasa macam mana pegang salji :P

    btw, may your wish come true one fine day! amin :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.