5 Perkara Aku Belajar Semasa Dibesarkan oleh Ibu Tunggalku

Pernah tak rasa betapa susahnya hidup kita ni kadang-kadang? baru sahaja hendak merasai hidup penuh nikmat, tiba-tiba sahaja datang lagi ujian menimpa diri. mestilah semua pernah rasa kan. tapi kalini aku cuma nak fokuskan pada kehidupan seorang ibu tunggal sahaja. sebab apa? aku pernah melihat depan mata sendiri benda yang terjadi. kisah umi aku. aku tidak mahu menyentuh terlalu peribadi. sebab takut menangis pula. jadi, aku tuliskan apa yang aku rasai sahaja secara general. assamualaikum and hello lads! jom hayati seketika cerita aku ini. 

Image result for mother daughter islamic tumblr

Perkara Aku Belajar dari Seorang Ibu Tunggal


1. Belajar Berdikari

aku juga belajar untuk melakukan semua sendiri. aku rasa aku tak perlukan lelaki untuk selamatkan aku atau menjaga aku. aku tidak pasti kelak macam mana untuk aku bergantung harap pada suami nanti. aku belajar dari umi yang aku juga boleh hidup happy tanpa perlu bergantung pada seorang lelaki. aku juga tahu aku mampu untuk memasak, mengemas rumah, bekerja dan membesarkan anak-anak pada yang sama tanpa sebarang lelah dan rungutan.

2. Cinta Tak Bersyarat

indahnya bila memiliki ibu ni bila kita dapat merasai kasih sayang yang tak berbelah bahagi diberi olehnya. aku cukup bersyukur dapat umi aku. maaf, aku tak berniat nak kecilkan hati sesiapa yang sudah kehilangan ibu. tapi dari umi yang selama 8 tahun bergelar ibu tunggal, aku belajar umi aku sanggup korbankan masa dia, kesihatan dia, dan masa sendiri dia untuk menjaga dan membesarkan kami berlima. satu patah ayat negatif sekalipun tidak keluar dari bibirnya. apa yang keluar sentiasa cuma ukiran senyuman manisnya walaupun aku boleh nampak riak sedih di mata itu. dia mengajar aku bahawa cinta sejati sebenarnya wujud dan tiada sesiapa (manusia) yang boleh menandingi kasih sayang seorang ibu. 

3. Belajar Mencintai Diri Sendiri

bagi seorang wanita mahupun lelaki, bukan mudah untuk mencintai diri sendiri. aku juga berperasaan yang sama. cuma bila perhatikan umi aku, aku belajar untuk menjauhkan diri daripada benda tak berfaedah untuk aku. meaning keluar dari sikap negaviti yang ada pada diri. belajar untuk teruskan kehidupan walaupun ada yang mengata mengeji. iya, bukan mudah bergelar ibu tunggal. apatah lagi ibu yang mempunyai anak yang ramai untuk dia sara. pasti mulut di luar sana akan bercerita. aku belajar bahawa kegagalan, kekecewaan, dan kesedihan do not define who we are, tetapi cara bagaimana untuk kita naik semula menjadi orang berjaya dan lebih kuat, itu lah yang menjadi apa diri kita sekarang ini.


4.Hati Lembut, Fizikal Kuat

seorang ibu yang kuat ni, walaupun dari luar kita nampak dia sangat kuat. umi aku boleh menjahit, boleh bawa kereta ke mana-mana seorang diri, boleh bertukang, boleh berkebun, tetapi hatinya yang sensitif itu sangat pandai dia pendam tanpa pengetahuan anak-anaknya. hakikatnya aku tahu, sekuat mana seorang wanita, pasti waktu malam air mata akan jatuh jua. menangis dalam diam melihat anak-anak dalam kesakitan, atau berjaga sepanjang malam demi memastikan anak-anak sihat kembali, hati tidak tenang bila melihat anak-anaknya resah gelisah, bila umi memeluk kami ketika kami terlalu bersedih atas sesuatu benda walau remeh sekalipun. ternyata biar lembut mana hati itu tidak membuktikan sama sekali dia lemah. hebatnya seorang ibu.

5. Tidak Berpaling Lagi ke Belakang

kenapalah aku yang jadi anak sulung?

kenapalah aku yang kena ujian macam ni?

kalaulah abah masih ada, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu menyusahkan


ya, aku akui masa di awal pemergian abah aku dulu, aku selalu merungut. macam orang meroyan pun ada. aku masih lagi di usia 14 tahun. baru nak merasa hidup freedom. tapi sebaliknya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. aku mula buka mata dan melihat dunia dengan makna yang berbeza. apatah lagi bila aku mula nampak pengorbanan umi pada kami. aku belajar bahawa tiada gunanya untuk mengungkit lagi kisam silam. kalaulah aku macam ini, kalaulah aku begitu. tidak perlu untuk aku menoleh ke belakang dan tertanya-tanya kenapa aku dilanda ujian sebegini sekali, berbeza dengan orang lain. aku belajar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan lebih bersemangat. aku belajar bahawa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri yang ALLAH sudah suratkan buat kita. 

Image result for mother tumblr


alhamdulillah. aku mempunyai umi. ada ketegasan dalam kelembutan. ada kekuatan dalam kekecewaan. ada sinar harapan dalam kegagalan. aku mahu menjadi seperti umi juga. tidak gentar walau apa sahaja ujian yang akan ditempuhi. kini umi sudah pun berkahwin. and aku mula nampak umi aku happy semula seperti dulu. tidak terbalas jasa yang umi dah lakukan pada kami. hanya doa sahaja yang tidak akan pernah putus padanya. mudah-mudahan. nak juga simpan duit so umi dapat pergi berjalan berdua dengan ayah di negara orang. Mauritus maybe. one day. in shaa ALLAH.

adios~

post signature

Tags:

Share:

6 comments

  1. Yup..its not easy at all..11 tahun akak bergelar ibu tunggal..apa yg ada dlm hati akak cuma nak berbakti pada mak abah akak dan nak besarkan satu2 nya harta dunia akhirat akak..i will do anything for them asalkan mereka bahagia..tak rasa terbeban dan x rasa apa yg akak rasa..sebab tu akak pernah ckp..pada yg pandang serong pada ibu tunggal..try to be in our shoe only for 1 day..tahan ke tak tahan diorang..

    ReplyDelete
  2. Sebab itu dikatakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. :')
    Kak Gee doakan keluarga Amy dan umi terutamanya bahagia till Jannah. Alhamdulillah moga-moga apabila bergelar seorang ibu nanti, Amy juga akan mencontohi sifat-sifat umi Amy dan menjadi role model pula kepada anak-anak Amy. ^_^

    ReplyDelete
  3. Allah memberi kekuatan kepada hambaNya yang tabah dan redha dengan ujian..
    Umi Amy memang kuat..
    Ikhlas dan tulus dalam menjalani kehidupan yg diuji oleh Allah..
    Semoga syurga Allah ganjaran Umi atas kesabarannya..

    ReplyDelete
  4. ya cerita kita hampir sama....cumanya arwah mak ibu tunggal sampai ke akhir hayatnya nak membesarkan anak-anak...al fatiha buat sekelian arwah

    ReplyDelete
  5. akak paling geram kalau ada mulut2 yg mengata ibu tunggal...rasa nak cili jer..hari ni hari dorg..hari esok x tentu lg yg bahagia tu berpanjangan bahagia..
    takde sape boleh menidakkan kuasa Allah..

    ReplyDelete
  6. paling penting kita mampu bawa diri sendiri lepas mereka dah tak ada nanti :(

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.