Apa Perlu Tahu Sebelum Travel ke Luar Negara

assalamualaikum and hello lads! sejak masuk alam universiti, aku dah mula tertarik untuk travel. tengok dunia luar. kenal orang yang berlainan budaya dan bangsa. sebelum ni entah kenapa tak ada rasa macam tu. so, bila tak tahu tentang keindahan dunia luar yang ALLAH ciptakan, aku bazirkan duit ke arah lain. menyesalnya rasa. haha. ada sesiapa pernah rasa macam apa aku rasa? 

Apa Perlu Tahu Sebelum Travel ke Luar Negara

Image result for travel tumblr

tapi bila nak travel ni, aku tak berani lagi untuk travel seorang diri. dekat Malaysia dah biasa lah ke mana-mana keseorangan, tapi bila jauh sangat, probability untuk aku ke sana sangat rendah. memandangkan aku masih single and aku masih lagi di bawah tanggungan parents aku. mestilah ummi aku risau kan anak dia jauh. so, apa aku buat. aku berjalan jauh sedikit demi sedikit. pergi Perak, Penang, Johor dan lain-lain negeri dalam Malaysia. then, barulah minta izin untuk pergi lebih jauh dari negara kita. and alhamdulillah, ummi ayah tak ada masalah untuk aku travel ke luar negara. 

and masuk sahaja tempat kerja, aku jumpa member yang boleh travel sama. oh my, seronok sangat! aku bila dah excited, korang akan nampak aku buat benda tu je sepanjang masa. oh, kawan aku ajak pergi Eropah. siapa tak nak! tapi kami decide untuk pergi sendiri, bukan under pakej. sebab kawan aku kata, pergi sendiri lebih murah. and so, aku buatlah itinerary bersama member aku tu. nak pergi Eropah bukan senang kan. and aku ni kinda perfectionist. sebab tu aku kena make sure plan yang dibuat almost perfect. dah sampai sana, tiba-tiba nak ke tempat lain takpe. asalkan persiapan segala perancangan tu dah siap sedia. yes, aku tahu semua orang pun mesti buat sama kan. haha. 

bila dah mula research di situ dan di sini, tak sangka banyak juga benda aku tak tahu pasal travel ni. apa yang penting bila nak travel secara sendirian ni (maksud aku dengan kawan-kawan, bukan pakej/travel agency), mestilah cari semua benda yang murah kan. kalau boleh dapat free, lagi baguslah senang cerita. tapi dekat dunia ni, ada ke benda yang free? ha, maybe ada. tapi susah nak cari kan. ini antara cara aku boleh suggest supaya korang dapat travel dalam minima duit yang ada dalam simpanan. 

Travel Itinerary

ini maybe cara setiap orang berbeza dalam buat itinerary masing-masing kan. ini cara aku. nampak complicated tapi so far aku puas hati dengan apa aku buat. 

1. Sygic Travel


Sygic Travel ni kalau naik kereta memang senang. tapi aku bukan naik kereta, most of the time akan jalan kaki or naik public transport sahaja. tapi Sygic Travel ni membantu dari segi mana nak pergi dulu and apa yang terdekat dengan attraction tu. dia tunjuk sekali berapa minit kalau berjalan kaki or naik kereta. so, aku tak perlu nak tenung maps lama-lama apa pula next destination. 

kalau tak tahu pula nak pergi mana, dia ada kasi suggestion plan yang orang dulu pernah guna/pakai. so, boleh buat reference dari situ. contoh macam aku nak start dari Rome, Italy dulu. so, aku search di website dia. 

amysyeera.com

and tengok, dia kasi suggestion. kalau nak skip terus pun takpe. buat itinerary sendiri.


amysyeera.com


let's say aku skip and nak try buat sendiri. so, ini jadinya. 



amysyeera.com

amysyeera.com


nampak tu, semua attractions dia tunjuk. korang scroll je sampai bawah. dia akan highlight bila korang letak cursor dekat Pantheon (contoh). and add sahaja ke mana-mana day yang korang nak. ada simbol + tu kan. click je situ. part jalan jangan risau. bila dah add sana, add sini, dia akan tolong susun mana patut pergi dulu. and make sure korang tengok dekat arrow merah aku tunjuk di bawah. ada had masa dia. takkanlah nak pergi semua tempat dalam 1 hari. ini dia cadangkan sekali estimated hours patut berada dekat satu tempat tu. 

amysyeera.com


click pada Daily Plan untuk tengok itinerary korang. masa ni dia akan tunjuk tempat mana je yang korang dah add dalam schedule. kalau nak add hotel sekali lagi bagus. dia akan ubahlah kedudukan mana korang patut pergi dulu. and kalau tak nak follow apa dia cadangkan tak ada masalah. boleh reorder sendiri.


amysyeera.com
amysyeera.com

2. TripHobo

amysyeera.com
amysyeera.com


yang tu aku mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Berlin then Kuala Lumpur semula. kalau tiba-tiba tak nak balik KL lagi, nak pergi ke Amsterdam pula. tak ada masalah. korang tambah je banyak-banyak negara korang nak sebelum akhirnya pulang ke tanah air. dia akan kasi suggestion banyak. 

Tarikh boleh tukar. kalau nak start dari December ke January ke tukar sahaja. and boleh tukar juga nak berapa hari duduk dekat satu negara. 

Transport boleh tukar juga. dia akan kasi banyak suggestion. depends dekat mana negara korang nak pergi seterusnya.

Then, Let Me Plan or Suggest Me A Plan. Let me Plan, kau plan lah sendiri nak pergi mana dulu and semua. Suggest, dia akan kasi terus PAP itinerary untuk korang. 


amysyeera.com

Sebelum plan, dia akan kasi cadangan hotel mana korang nak and so on. kalau nak skip pun boleh, no problem.

amysyeera.com

and voila. susun lah sendiri mana korang nak pergi dulu and semua. tapi ini dia tak susunkan ikut direction and jarak. dia follow sahaja apa yang korang nak dulu. sebab tu aku pakai Sygic travel dulu. search di belah sidebar kanan. then, drag sahaja ke mana hari yang korang nak pergi tu. 

amysyeera.com


Drag sebanyak mana korang nak sampailah tengok dah pukul berapa perjalanan akhir destinasi tu. ada certain things korang kena ambil kira. 

1. kalau nak tukar masa pun boleh. kot la nak breakfast sampai pukul 10. then, mulakan perjalanan pukul 10:15. 

2. Nak stay sampai 4 jam? boleh. tukar je. macam Sygic tadi tak boleh tukar. tapi sini boleh. 

3. Dia bagi suggestion paling mudah. sama ada jalan kaki or naik teksi. tapi kalau nak tukar pun boleh aje. 

4. Merah tu maksudnya tempat tu belum buka. so kena tukar destinasi or anjakkan masa.

amysyeera.com


ini contoh itinerary Europe aku buat. memang serabut sangat bila buat iti untuk lebih dari 10 negara. sampai ke 3-4 pagi aku habiskan masa buat benda ni. tapi Triphobo ada kelemahan juga. make sure di awal-awal susun negara tadi, susun hari seeloknya. sebab kalau tukar tarikh dari awal je, habis semua drag, habis semua tempat dah susun tadi, dia keluarkan.

okay, aku rasa itu sahaja website yang aku guna untuk buat itinerary. dah puas hati, barulah susun balik semuanya dekat Excel. senang nak kira harga sekali. 

Accommodation
aku rasa ni mungkin korang dah biasa tengok di mana-mana blog kan. banyak suggestion aku dapat daripada orang-orang yang berpengalaman. and so far, aku pun nak mencuba juga duduk di salah satu rumah yang tertera dalam website-website berikut.

1. Airbnb

Airbnb ni semakin popular bagi kalangan traveler. certain times, hotel 3 bintang memang sangat mahal berbanding rumah airbnb. nak duduk di hostel pun boleh, tapi untuk aku yang tak suka tempat crowded (claustrophobic), and kind of hygiene freak, aku memutuskan untuk pilih airbnb sahaja. 



kalau korang pandai cari, sebenarnya boleh dapat murah sangat tau! dengan kelengkapan serba serbi ada. lawa pun lawa sebab most of rumah yang ada dalam Airbnb tu merupakan rumah mereka sendiri. and lagi lama korang stay dekat rumah tu, lagi banyak diskaun boleh dapat. kebanyakan rumah yang ada dekat website Airbnb tu ada kasi 10-15% diskaun untuk mereka yang stay lebih 7 hari dan 20-30% untuk stay lebih sebulan.


nak filter dahulu pun boleh. macam aku, cari washer. cari yang dekat dengan bandar. and MAKE SURE bagi orang Islam, hati-hati pilih rumah. cek bahagian details mereka. ada yang tulis mereka ada pet. and pet mereka adalah anjing. kucing pun ada. so make sure kalau ada alahan, jangan ambil rumah tu pula.

nak tengok based on review orang pun boleh. ada rumah yang dah menjadi favorite traveler. aku pun suka tengok review orang. hahahah. judge rumah based on rating. tak kurang juga ada rumah yang asyik canceled je traveler punya booking. aku pun tak sure kenapa. so, aku rasa better sebelum booking, message private dengan host tu dulu. tanya available or tak bulan yang korang nak pergi. kalau dia kata free, baru book. sebab airbnb ni kira third party. so, kalau dah bayar, susah juga nak deal bagai semua. leceh. kalau takat rm200 je takpelah. aku consider. tapi ni nak pergi 7-8 hari dah makan rm3k. sampai bila nak tunggu refund tu. travel dah tak lama. kan.



kalau tengok total memang banyak, tapi aku buat tu untuk 3 orang. and total terus untuk 4 hari. so, jadilah RM1k. cuba bahagikan 3. dapat berapa. dah murah kot. dalam rm85 seorang sahaja 1 malam.

kalau nak try for the first time, boleh cuba guna PROMO CODE ni. and korang akan dapat RM90 travel credit! kalau tak nak travel, tapi nak jadikan rumah korang sebagai tempat untuk traveler berehat, boleh juga cuba airbnb ini dan jadi host. dapatlah duit sampingan sikit kan. :D

2. Couchsurfing

Couchsurfing agak unik dan menarik. tapi ini cuma untuk orang yang travel solo or berdua. sebab couchsurfing akan stay bersama dengan host tu. and dia kasi free stay je. tapi ikutlah nak bayar diorang lepas tu ke. sambil dapat duduk free, dapat juga kawan baru and explore tempat korang tak letak dalam itinerary korang. diorang local kan. they know better where and when to go. 


kalau tak nak orang duduk di rumah kita tapi teringin nak bawa traveler melancong ke negara kita, pun boleh juga. kita akan interact dengan mereka dalam couchsurfing tu dan meet up di mana-mana yang dijanjikan. aku ada interact dengan seorang traveler dari Dubai. tapi aku lambat respons so tak dapat nak jumpa dia. hahaha. sedih. sobs. 

3. Trustedhousesitter (Trusted House Sitter)

pernah dengar babysitter tak? of course lah pernah kan. tapi pernah dengar pasal house sitter? ha, ini pun kira dapat duduk dengan free selama mana yang korang nak (depends antara korang dengan owner rumah) TAPI syarat dia, WAJIB jaga haiwan peliharaan mereka. YES! bagi peminat kucing or anjing (bukan Islam), boleh lah cuba website ni. itu je syarat dia. kena bagi makan. kena bersihkan najis dia. kena bawa jalan-jalan (usuallly anjing yang selalu berjalan pagi petang kan), macam-macam lagilah. itu sahaja. 

tapi Trustedhousesitters ni kena register dulu baru boleh tengok secara details rumah yang kita nak kena jaga tu. so, ikutlah korang nak buat mana. aku tak dapat nak tunjuk next steps dia sebab aku malas nak register. hahahahha. 
okay, sampai di sini sahaja. nanti ada idea pasal travel ni, aku kongsikan lagi.
adios~
post signature

Share:

3 comments

  1. walaupun dah biasa travel, tapi websites yg Amy share ni kinda new to me :D

    Tahu airbnb n cs tu je. kita biasa guna tripadvisor kalau nak plan trip, and consider berbaloi tak pergi attractions sekian2

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Kak Gee tak pernah terfikir nak travel walaupun pernah jadi salah satu dari wish list kak Gee.
    Sifat yg ada pada diri kak Gee ni menyebabkan kak Gee rasa susah nak percaya diri sendiri bila berada di tempat orang..

    ReplyDelete
  3. best nya Amy...!
    kak ain teringin sangat nak travel mcm ni.. semua plan sendiri, cari sendiri, susun sendiri.. woohaa.. mencabar tp mesti seronok dan puas hati.. paling penting kita dpt belajar banyak benda kan kalau buat sendiri.. :)

    take care Amy..
    thanks share info ni.. nak bookmark.. :)


    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.