Asssalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? aku harap semuanya sihat sahaja sepanjang bulan ini In Shaa ALLAH. tapi apa pula jadi dengan aku. badan aku sihat alhamdulillah sahaja. cuma tiba-tiba satu insiden yang membawa kepada jangkitan pada bibir aku.
Bibir Terkena Infection
alkisahnya aku ni rakus. disebabkan tekak terasa sangat haus, aku capai gelas plastik di atas meja and terus tuang air teh yang aku nampak depan mata. permukaan gelas memang dah terasa panas. tapi bila minum teguk terus, tak sangka pula PANAS gila. -.- dah masuk dalam mulut, terpaksa lah telan. habis bibir aku. luka jadinya sebab panas. tapi silap aku juga, bila dah panas, aku biarkan bibir aku macam tu je.
and next day, nak keluar jumpa bestfriend, aku bantai p pakai lipstick. -.- masa sebelum pakai tu dah rasa kering bibir. macam biji-biji pun ada. tapi aku tak boleh nak perhati betul-betul. sebab memang halus sangat lukanya tapi panjang. full upper lips lah kiranya. bila pakai lipstick tu, baliknya rasa macam kering sangat. macam makin teruk. alahai. T_T
and harini jadi makin worst! aku rasa macam aku dah tak minum selama 10 hari berturut-turut. bayangkan keringnya bibir aku macam mana sampai kawan-kawan pun boleh nampak dari jauh. so aku decide untuk pergi ke klinik. aku tak rasa cuma sekadar kering je bibir aku ni. bila pakai aloe vera macam tak ada apa-apa effect pula.
doktor bagitahu memang ada terkena infection ni. bibir aku dah luka sebab kena air panas. lepas tu belum sembuh lagi, aku dah gatal pakai lipstick, so chemical yang ada dalam lipstick tu mungkin bagi reaksi yang negatif pada bibir aku. so, jadilah biji-biji kecil macam ni. dah macam kulit ular pun ada aku rasa -.-
so doktor suggest aku untuk
- jangan minum air panas sangat or sejuk sangat. air sejuk takpe. air BERAIS tak boleh.
- jangan makan pedas, masam
- seeloknya apply Vaseline pada bibir. sekerap mungkin.
aku harap lepas ni dapatlah balik keadaan bibir aku macam dulu. sobs.
semoga bibir back to normal :)
ReplyDeletealahai Amy.. moga cepat baik bibir tu. :)
ReplyDeletealahai kesiannya...get well soon, dear. MMMMUahhhhhh (sambil muncungkan bibir) hehe, gurau je
ReplyDeleteMoga cepat sembuh, Amy :)
ReplyDeleteperasaan bibir kering tu faham sangat T__T huhu
ReplyDeletehanisamanina.com
paham sangat your condition sebab pernah kena jugak like almost a month baru completely back to normal. nightmare. get well soon!
ReplyDeletependek kata, kena puasa dari makan menu favouritelah ye.
ReplyDeletehuhu. semoga cepat sembuh Amy. ^_^
apply vaseline paling best. bibir masalah cepat recover
ReplyDelete