Rahsia Kekal Muda Walaupun Sudah Berusia 47 Tahun

percaya atau tidak, aku sedang membicarakan mengenai ummi aku sendiri. takkanlah aku pula yang berumur 47 tahun kan. walaupun jurang umur kami memang of courselah jauh bezanya, tetapi bila tiap kali keluar berjalan bersama-sama termasuklah adik-adik perempuan aku sekali, ramai menyangka ummi adalah kakak kami. haha. ada masanya kelakar juga. ada masa sedih pun iye. mana taknya, aku yang terasa sangat tua ataupun umi aku yang tampak terlalu muda? hahaha. jadi apa tips sampai umi aku mampu kekalkan kecantikan sehingga kini? assalamualaikum and hello lads! mari sama-sama baca salah satu tips yang umi aku amalkan supaya kekal muda sentiasa.


Rahsia Kekal Muda Walaupun Sudah Berusia 47 Tahun


untuk memastikan wajah sentiasa segar dan berseri memang memerlukan disiplin yang tinggi. selain makanan seperti pil atau madu untuk kesihatan dalaman, luaran juga perlu dititikberatkan. jadi apa rahsia nya? Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan juga Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream. ada banyak lagi. tetapi hanya dua ini sahaja aku akan cerita okay. aku pasti Olay sudah biasa didengari oleh semua orang. Olay antara salah satu produk yang ramai kalangan wanita percaya kan. bagi aku harga mahal tidak mengapa, asalkan bawa kesan yang bagus dan berpanjangan untuk kita. 
tahukah anda, semakin usia kita meningkat, tenaga sel kulit juga semakin berkurangan. disebabkan itulah kedut dan kerut di wajah mula kelihatan. kekeringan juga turut terasa. ada masa sampai nampak sangat tua tidak bermaya walhal belum masuk usia 50an lagi kan. jangan kata usia dah tua, kita tak boleh nak melawa kan. kita masih ada perasaan ingin cantik dan bergaya di hadapan mata orang walaupun sudah mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa dari hari ke hari. di sinilah Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence sangat membantu. 
Produk: Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
Kuantiti: 40ml
Harga: RM63.80 di Lazada
Cara Menggunakan: Apply 2 kali sehari selepas toner, dan juga sebelum serum dan moisturizer. pusingkan cap dia sehingga terbuka. bahagian atas Olay Regenerist tadi kita boleh tekan, untuk kurangkan kuantiti yang ada di dalamnya. then, apply sahaja pada wajah. (make sure mata dan bibir tidak terkena). Untuk keberkesanan, titikkan sebanyak dua kali. 

Olay Regenerist Miracle Boost Youth dicipta untuk mengaktifkan sel kulit baru dan meningkatkan metabolisme kulit supaya wajah kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenarnya. Hanya dengan satu titik dari produk ini sahaja boleh membantu menghilangkan kedutan halus, mengecilkan pori yang terbuka, dan menghaluskan kulit wajah. bayangkan hanya satu titik sahaja aku cakap tadi? iye, sebab tu design dia seperti ini. supaya kita boleh control the right amount yang perlu digunakan untuk di apply pada wajah.


produk seterusnya ialah Olay Regenerist Micro Sculpting Cream

Produk: Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream
Kuantiti: 48g
Harga: RM79 di Lazada Malaysia
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream ini bertindak sebagai moisturizer anti penuaan. sangat sesuai dipakai oleh kaum ibu yang sangat-sangat menitikberatkan kecantikan. ia membantu menaikkan hidrasi pada kulit dan memperbaharui kulit baru dengan lebih tegang dan bertenaga. bayangkan dalam masa 1 bulan sahaja boleh nampak dah perubahan tau. yes, kalau produknya 1 bulan baru nampak kesan, then aku percaya. produk yang cepat sangat kesan dia akan bawa impak buruk pada masa hadapan.

ramai pengguna recommend produk ni sebab bau dia sangat wangi, menjadikan kulit lembut dan mengurangkan kedutan di wajah. bila tengok wajah umi aku pun jadi bercahaya macam tu, sentiasa kekal muda, aku nak amalkan macam apa umi aku buat juga. confirm.

kalau nak sangat beli secepat mungkin, boleh layari laman web di bawah. murah je tau bila beli dekat Lazada! aku dah banyak kali beli dengan Lazada. yes, aku memang puas hati dengan servis mereka.

Lazada Malaysia: Olay Regenerist
post signature

2 comments :

  1. AM dan isteri belum cecah 30-an lagi..
    Nak kena beli kat isteri nie..nak isteri awet muda selalu..

    Posting terbaru AM
    4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes