siapa sangka di tengah bandar kota yang sangat sesak dan penuh dengan bangunan pencakar langit, ada terselit satu kawasan hutan simpan. Pada mulanya aku pun tak tahu. tapi sejak join couchsurfing yang aku ceritakan pada korang sebelum ini, aku jadi tertarik nak tengok apalah keindahan yang ada di Malaysia ni especially Kuala Lumpur. aku rasa KL ni macam tak ada apa untuk ditengok.
Bukit Nanas Forest Reserve Kuala Lumpur
hakikatnya, ada juga nature di bandar KL ini. memadangkan hari jadi aku jatuh pada hari Isnin, jadi Hana ingin sambut birthday aku pada hari Ahad. dan juga menyambut boyfriend nya Irfan yang baru sahaja dapat kerja. tahniah! awal perancangan cuma melepak makan di Hoagies Hauz je. tapi lepas tu tiba-tiba terus kami bertiga blur nak buat apa. nak tengok wayang, semua dah penuh. cerita best tak banyak pula tu. so, fikir punya fikir, Hana cadangkan untuk pergi ke KL Eco Forest Park sahaja.
dari KL Sentral nak ke situ menaiki Uber cuma makan sebanyak RM4 sahaja! murahnya. cuma balik sahaja agak mahal. dalam RM9. sebab lalu jalan lain. so, kalau nak free rides for the first time, korang boleh pakai code promo ini > amyj438 . tempatnya sangat dekat dengan bangunan Bursa Saham. apatah lagi KL Tower! kalau dah sampai KL Tower, boleh lah melepak di Bukit Nanas Forest Reserve tu seketika.
menurut pakcik kaunter di situ, buat masa ini, nak masuk ke dalam Forest Park tadi adalah percuma! tapi lepas ni akan start dah bayar. aku tak tahulah berapa bayaran dia. sebab canopy walk tu pun baru sahaja dibina. maybe sebab tu dia mula buat admission fees. tak mahu cakap lebih, ini antara gambar yang diambil oleh aku, Hana dan juga Irfan (photographer sambilan).
perjalanan yang diambil di dalam tu cuma memakan masa selama 1 jam 30 minit sahaja. tak lama pun. bergantung pada stamina korang. haritu daki bukit sikit kami dah mengah. hahahaha. nampaknya lepas ni kena exercise. bagi aku, KL Eco Forest Park ni boleh la kalau nak berjalan saja-saja kalau bosan duduk di KL tu. kalau bawa anak-anak agak penat sikit. sebab nak naik ke canopy walk tu agak tinggi dan banyak kali. hahahaha. and kami pula datang waktu petang, adoi memang tak ada angin. panas sokmo. and jangan lupa bawa air. aku rasa macam sekejap je tapi haus dia jangan cakaplah.
cadangan aku, kalau ada binatang ke burung-burung ke apa-apa lagi flora dan fauna yang lain, mesti lagi menarik tempat ni. kalau bayar pun, at least aku rasa worth it to go. maybe someday kot. who knows.
okay itu sahaja dari aku. and aku dapat bunga dari bestfriend. dapat baju kurung special dari umi. aku suka sangat warna dia! nanti aku share ye :)
Selamat hari jadi Amy.. Dah menginjak satu angka dah dia.. Usia makin tua, harap jiwa sentiasa muda ye ^_^ Kak Gee sepanjang dok KL, tak pernah jejak kaki kat sini. Alahai jelesnya. Huhu T_T
cantik tmpat dia..:)
ReplyDeletecantik la juga cuma kalau dapat colorful lagi lawa ^^,
Deletemenarik sangat tempat ni... akak baru tahu.... dah lama ke tpt ni dibuka? thanks for review
ReplyDeletenot bad lah :) ha kan. saya pun baru tahu. dah lama juga katanya. cuma canopy walk tu je baru buat tahun lepas. try la pergi before kena bayar ^^
DeleteSelamat hari jadi Amy.. Dah menginjak satu angka dah dia.. Usia makin tua, harap jiwa sentiasa muda ye ^_^ Kak Gee sepanjang dok KL, tak pernah jejak kaki kat sini. Alahai jelesnya. Huhu T_T
ReplyDeleteTempat nih dekat jer dengan tempat kerja tapi tak pernah lagi pergi.huhu
ReplyDeleteif and only if we have autumn in malaysia, this place gonna be seriously moreeeee beautiful. sekarang pun cantikk, hijau jeee. :D
ReplyDeletehanisamanina.com
Selamat hari jadi..! Entry menarik! First time dapat tau ada tempat mcm ni kat tengah KL. Selalu dengar tentang Bird Park, Taman Rama-Rama. :)
ReplyDeletewah..kawan Amy pakai sandal je.kalau akak, melecet dah kaki
ReplyDeletehappy belated birthday kak amy. cantik sangat tempat niii.
ReplyDelete