Sekolah Menengah VS Universiti

pejam celik pejam celik tak sangka aku dah melepasi alam sekolah menengah sehinggalah ke alam universiti. begitu cepatnya masa berlalu. sampai usia pun makin meningkat dari tahun ke tahun kan. and sekarang alhamdulillah, aku mula bekerja di salah satu syarikat ternama di Malaysia. kalau ada rezeki, dapatlah berkhidmat lebih lama di situ. assalamualaikum and hello lads! kalini aku akan menyelami dunia silam aku pada suatu masa dahulu.

Sekolah Menengah VS Universiti | Mana Lagi Best?

Image result for college tumblr

so, apa je yang aku boleh cerita pasal kehidupan di sekolah menengah dengan universiti ni? sama ke? ha, ini aku nak cakap untuk adik-adik di luar sana sama ada baru sahaja masuk alam menengah mahupun akan menjejak kaki ke universiti. sememangnya sangat berbeza hidup pada usia 13-17 tahun dengan 18-24/25 tahun ni. kitaran hidup kan. biasalah.

masa first time masuk sekolah menengah tu, terasa macam dah matang sikit. hahaha. dah boleh buat ikut keputusan sendiri. dah boleh keluar dengan kawan-kawan. boleh flirting dengan boys/girls. apa orang kata, masa ni lah nak mencuba everything yang orang di sekeliling kata best. tapi hakikatnya betul ke? yes, curiosity pada budak-budak remaja ni memang sangat membuak-buak. bila tengok orang tu bercinta, dia nak bercinta juga. bila tengok orang tu merokok, dia nak sama jadi jantan, merokok juga. macam-macamlah!

mungkin ada antara gadis-gadis sudah pandai bergaya walaupun masih remaja. bagi aku yang masih hingusan ni memang tak adalah nak hadap 24/7 dengan barang mekap. Hatta barang mekap aku tahu pada masa tu cuma Maybelline sahaja. kelakar kan. hahaha. dahulu aku bukanlah orang yang suka barang mekap. tumpuan aku cuma buku, buku dan buku sahaja! oh, so skema I am. hahaha.  

Image result for university life tumblr

cinta? crush sahajalah mampu. zaman-zaman remaja ni memang pandang rupa dulu. most of them lah. biasalah, rasa mahu disayangi tu dah timbul dalam hati. but is it worth it to fall in love around that time? nah, it's definitely not for me. unless korang memang 100% yakin dia tu jodoh (soulmate) korang. and trust me, korang akan jumpa lebih ramai lelaki bila masuk alam universiti. and lebih matang. and lebih fokus dengan impian masing-masing. tapi kalau dah dari sekolah rendah sampai ke kolej korang sama dengan lelaki/perempuan (crush) tu, dah memang jodoh agaknya. macam adik aku. hahahaha. just kidding. 

so, my advice is, focus on your study first. and have fun dengan kawan-kawan! biasanya bila dah berpunya ni, asyik berkepit dengan kekasih. sekali bila breakup barulah sedar kawan-kawan tu wujud di samping dia. bila dah berjaya, dah banggakan parents kita, barulah kita boleh fokus dengan benda lain pula. and kalau ada rezeki, dapatlah belajar di luar negara. merasa hidup berdikari dekat negara orang. dapat travel merata tempat sambil belajar. 

alam universiti? adakah indah seperti yang dikhabarkan? hahahaha. well, ini aku tak boleh nak cakap untuk semua orang. sebab masa ni memang completely different. so aku akan cakap berdasarkan pengalaman aku sahaja okay. :)

Timetable

Sekolah Menengah sangat pack! Tak kisah lah sesi pagi ataupun petang. memang kalau dah start kelas awal tu, sampai ke tamat sesi persekolahan barulah otak boleh berehat. then, ada kelas tambahan pula. ada kokurikulum. banyaknya. memang stress kan. ahahaha. takpe. kalau masih lagi di sekolah menengah, just be patient. nanti dapatlah merasa hidup di universiti. 

Image result for college life vs university life

Universiti punya timetable sangat flexible (not really). bergantung dengan masa yang kita pilih or dapat. ada certain times pukul 8 pagi dah start class, and tak ada kelas sampailah ke esok harinya. ada masa pula lagi pack dari sekolah menengah. kawan aku pernah dapat kelas dari awal pagi sehinggalah pukul 8 malam baru habis. so, actually as flexible as it is, ada masa kita tak boleh nak elak daripada dapat timetable macam tu. dua-dua aku pernah rasa. sebab ada 1 sem tu terpaksa ambil 7-8 subjek sebab nak habiskan cepat. so, bila dah ambil banyak subjek, semester lain kurang lah sikit stressed nya. okay, turns out tak best rupanya -.-
Gaya
sekolah menengah ni masih lagi hingusan. baru nak belajar hidup 'baru'. so, muka pun sememeh je lagi kan. haha aku lah tu. nak belajar bergaya pun tak tahu dekat mana. 
tapi bila dah masuk universiti, everything starts to change. lagi-lagi bila dah tak perlu nak pakai baju sekolah hari-hari. masa 1st year, 2nd year, rajinlah pakai baju kurung, kasut flat, tudung automatik (tudung sarung). tapi bila dah tengok orang lain sakan bergaya, tukar pula gaya yang kita lebih selesa. pakai shawl, blouse, boots and mekap. 

ada one time tu aku dengar daripada siapa entah. dia kata dia cukup benci perempuan yang pakai tudung auto, sebab nampak macam nenek. kurang asam. haha. agak-agaklah sikit nak cakap. berlapik sikit bab gaya dengan perempuan ni. 


Duit

oh my oh my. bila dah masuk universiti ni, bab duit memang sangat dititikberatkan. unless korang datang dari keluarga kaya raya, yang duit tak pernah habis. then, it's okay. tapi macam kita golongan biasa-biasa ni. banyak benda kena fikir. antaranya macam ni:

1. yuran pengajian 1 semester
2. yuran accomodation
3. yuran miscellaneous (mahal bukan main, padahal tak pernah guna pun)
4. duit makan
5. duit berjoli
6. duit minyak (kalau bawa transport sendiri)

Image result for college life vs university life

haritu aku naik Uber dengan sorang student ni. dia belajar di UiTM. katanya 1 semester dia bayar cuma RM800 je. WOW. seriously WOW. tahu tak, dulu aku belajar dekat uniten tak pernah kurang RM6k 1 semester. kau tengok berapa jauh beza. of course lah kan. aku compare kan IPTA dengan IPTS hahaha. member aku kata, kalau study dekat Monash lagi berganda ganda mahal dia. nasiblah kita ni. dengan siapa yang bergantung pada PTPTN pula. jenuh nak bayar. 

Pelajaran

aku ingat lagi masa dekat MRSM dulu, aku hampir fail (seriously sikit je lagi nak fail) dalam ujian Bahasa Melayu. of course lah devastated. UJIAN BAHASA MELAYU kot. aku bukan orang melayu ke? terasa hati bila tengok perbezaan kertas ujian English (A) and BM (D). but then, aku cuba ubah apa yang aku rasa macam tak kena. bila cuba dan cuba, barulah dapat A+ dalam SPM 2009. hehe. alhamdulillah. 

tapi bila dah masuk alam universiti, aku memang langsung tak megharapkan untuk dapat A+ tu. tak pernah niat di hati nak kejar A+. bukan sebab tak nak berusaha. tapi susah sangat! tengok kos juga la kot aku rasa. masa dah masuk U ni, tengok subjek kita ambil dapat C pun dah cukup rasa hebat! 

so, study lah elok-elok ye. ada kawan aku siap pergi study dekat McD sampai ke pagi buta. then, balik asrama, tidur sampai ke tengah hari. ada pula study siang je. malam dia layan movies. macam-macam perangai. kita susah nak capai macam sekolah menengah dulu sebab kita dah terdedah dengan macam-macam benda. Laptop, Phone, Kereta. asal nak study je, ada notification terbaru dekat phone. asal nak study pakai laptop je, terbuka 1 movie, dah melekat sampai habis cerita, lepas tu terus tak ada mood. sungguh. memang mencabar!
conclusion dia, depends pada orang juga. ada yang suka masa dekat high school dulu. maybe sebab dia famous. or ramai kawan. or dapat fokus study. ada pula yang suka zaman universiti sebab lebih bebas and jadi tanggungjawab sendiri pula untuk menjaga diri sendiri. aku? aku suka high school life sebab aku ramai kawan. and aku berdikari sekarang ni masa aku mula masuk sekolah menengah. tapi aku suka university life juga sebab aku suka hidup bebas. dapat ke sana sini. cuba makan dekat restoran baru. travel ke tempat yang tak pernah pergi. korang pula mana 1?

Image result for university life tumblr

adios~
post signature

Share:

4 comments

  1. seronok baca post ni...teringat kembali zaman study dulu =)

    ReplyDelete
  2. semua itu bakal menjadikan warna warni dalam coretan perjalanan hidup amy :)

    ReplyDelete
  3. Terlalu banyak perbezaannya kan Amy.
    Tapi masa berada di U pada kak Gee adalah masa emas dalam hidup seseorang.
    Bila sebut pasal emas, bukan semua orang bertuah memilikinya kan Amy?

    Kalau diikutkan, kak Gee lebih suka & merindui kehidupan semasa di U.
    Somethimes, I think I can do it better.
    Tapi siapalah kak Gee ingin mengubah benda yg dah terjadi, kan?

    ReplyDelete
  4. lagi satu sem nak habiskan study university..tp dalam masa yg sama rindu gak zaman sekolah ^^

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.