Confident Goreng Keropok Lekor, Ini Padahnya - Amy Syeera

Thursday, November 3, 2016

Confident Goreng Keropok Lekor, Ini Padahnya

assalamualaikum and hello lads! siapa pernah goreng keropok lekor?? ha, siapa yang biasa goreng, memang tahulah keropok lekor ni ada macam-macam jenis. ada yang tak meletup bila goreng. ada yang masuk je dalam kuali, pop pop lah namanya. aku teringat yang suami kak Aisya pernah kena minyak panas gara-gara goreng keropok lekor tu. ada baca tak?

Image result for cooking tumblr

Muka Melecur Kena Minyak Panas


hehehe. alkisahnya haritu crush aku ada bagi keropok lekor dekat aku. dia kata yang dia kasi tu tak meletup. so, memang aku masak, tak ada apa-apa jadi pun. harini nak dijadikan cerita, anak saudara makcik aku (anak saudara belah suaminya), kasi kami keropok lekor. 

aku dengan confidentnya goreng. mula-mula okay je. agaknya dah panas kan. ha, kau! habis dahi aku sampai ke tepi muka kena minyak panas. tangan pun kena juga. cepat-cepatlah letak muka dekat air paip. 

mula-mula tak perasan apa jadi. aku cuma rasa panas je. lama-lama bila dah masuk waktu malam ni, baru ummi bagitahu, ada line sepanjang pembaris dekat tepi muka aku. bila tengok cermin, memang ada pun T_________________T 

sedihnya. aku harap tak menggelembung je. sobs. nasib baiklah aku pakai cermin mata. so, minyak panas tak kena dekat bahagian mata. aduhai. tu la, lain kali jangan confident sangat. nanti jadi macam aku. nak tunjuk gambar pun tak boleh. sebab dekat bahagian aurat aku. dah buruk T_____________T 

kalau apply minyak gamat je boleh tak?

Image result for cooking tumblr
okay tiba-tiba


post signature

8 comments:

  1. Ehh sis jgn letak ubat gamat. nnti parut TT_TT namo namo. cuba cari ubat dkt pharmacy.

    ReplyDelete
  2. prektis make perfect..kena banyak kali goreng baru ok ni...ntah2 amy berangan kot masa goreng kopok lekor...

    ReplyDelete
  3. laa.. siannya awk. kena lekat ubat yg betul2 bagus . sbb nanti takut mengelembung kulit tu.

    ReplyDelete
  4. Alahaiii...kesiannya awak dik. Semoga cepat smbuh yer (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  5. klu kena minyak panas mmg berparut la jawabnya..huhu

    ok fine yg tetiba bwk sekali tu mmg win..haha

    ReplyDelete
  6. Amy! Adeh yg baca ni pun rasa sakit..camna skrg dah okey sikit. Sis JM kenaminyak panas bia goreng ayam pastu sapu aloevera kasi sejuk mmg x gelembung cuma nanti kulit tu akan mengelupas lelama hilang x de kesan parut pun

    ReplyDelete
  7. Alololo sian dik mi..lain kali kena hati2 lbh tau..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.