Dilema Pilih Antara Universiti atau Politeknik

by - 9:00:00 PM

ah stressnya! mana satu yang terbaik untuk aku ni?? kalau pilih ni, nanti jadi macam mana? kalau pilih tu, nanti ramai mengata pula! habis tu tak payah study langsung?

Image result for college life tumblr

Dilema Pilih Antara Universiti atau Politeknik


ha, bagi adik-adik yang baru sahaja habis SPM, some of us mesti akan ada masalah macam ni. universiti mana lah yang patut kita pilih kan. antara ipta dengan ipts, mana satu lagi bagus? politeknik pula macam mana? kalau salah pilih, nanti kerja macam mana pula? tak apa, jangan overthinking things. aku pun pernah berada dalam situasi sama juga. so, i'm gonna give some advice to you okay. and hopefully dapat membantu serba sedikit.

masa aku masuk PLKN dulu, aku dapat tawaran dari UTP (Universiti Teknologi Petronas). dalam hati agak bangga juga sebab bukan senang nak masuk UTP ni. apatah lagi bila dapat scholar kan. memang kurang sikit beban parents kita. malangnya, kos yang aku dapat tu bukan apa yang aku harapkan. aku dapat kos Business Information System. tapi MISTAKE aku paling besar masa ni, kos best tak best, aku ambil sahaja. and masuk sana, tak sampai 5 bulan, betul-betul sebelum final exam, aku keluar dari UTP. 

so nasihat aku, gah mana pun universiti tu, ada scholar ataupun tak, kalau dalam hati memang dah lama tak minat benda tu, aku tak galakkan ambil. kalau rasa minat korang boleh berubah, then just give it a try. tapi untuk take risk try dulu then keluar tiba-tiba macam aku, you will regret it for the rest of your life. sebab satu korang kena bayar balik duit scholar. second, korang dah bazirkan masa belajar benda yang satu apa pun takkan korang minat. third, kalau nak sangat cuba dahulu, better lah study dekat IPTA sahaja. yuran lebih murah (sangat) berbanding IPTS. 

hebat sangat ke belajar dekat different universities ni? orang kata, kalau dekat UNITEN, kos elektrik memang power. huh, aku rasa macam tak ada apa pun. teori je belajar tak habis-habis. masuk kerja, satu apa pun tak masuk. so, sia-sia sahaja 5 years aku belajar dekat sana. teori yang hanya 2 hari hafal, forever lupa. Autocad pun kami tak belajar. sedih lah. aku tahu Autocad, selalu budak mechanical je yang ambil. tapi kami dulu pun subjek Mechanical kami kena ambil, kenapa alang-alang tak ajar software ni sekali? aku lebih suka praktik berbanding hafal everything. betul orang kata. kita periksa dekat sekolah, universiti ni, bukan menguji intelligence kita, tapi menguji memori kita. 

politeknik ni rendah sangat ke taraf dia? BIG NO. aku tak pernah masuk politeknik. tapi aku ada ramai kawan dekat poli. especially kenal rapat dengan someone masa internship dulu. orang dekat office pandang pelik dengan aku kenapa aku yang belajar degree elektrik ni end up kerja dekat situ. selalu taraf budak poli je apply situ. aku tak expect langsung dia akan cakap macam tu. aku tak rasa bangga. aku tak rasa hebat. aku rasa malu. sebab hakikatnya, bila kerja involve hands on macam ni, kawan poli aku lebih banyak belajar berbanding aku. aku belajar dari dia macam mana nak pasang lampu, macam mana nak repair aircond. macam-macam lagi. and he's very smart. sekarang kerja apa? kerja engineer. sama sahaja macam kami budak universiti ni. so, please. jangan pandang rendah pada mereka. 

satu lagi yang menjadi dilema bila tak tahu nak ambil kos apa kan. kadang-kadang bila kita dah terlalu minat seni lukis or fashion design or maths, tapi keluarga saudara mara bising pula. cakap bidang macam tu susah nak cari kerja. aku pun kalau ikutkan nak ambil bidang yang aku suka, tapi bila jadi macam ni, akhirnya engineering je mampu fikirkan. benda dah terjadi, what to do. aku tak boleh nak salahkan siapa melainkan diri sendiri. tapi nasihat aku pula untuk adik-adik, kalau betul benda tu korang minat and boleh guide korang untuk berjaya pada masa depan, then just go for it. 

contoh lah ambil architecture. dulu best friend aku dalam dilema juga nak ambil ke tak. sebab kos tu diploma sahaja. tapi aku tahu dia kreatif. she likes to draw. she can imagine things beyond our normal thinking. biarlah hanya diploma. at least diploma dah selamat berbanding asasi. so, dia ambil. and now, dia berjaya menjadi salah seorang arkitek di KL. if you have passion for something and you know it can lead you to success, cuba pujuk mak ayah, bagitahu matlamat korang, maybe, just maybe they will understand. tapi kena tahu juga sama ada korang betul-betul nak ataupun tak. ini bukan masa untuk pilih sana pilih sini dah. this is not a game. life is not a game. kalau orang kaya tak apalah. ataupun kalau lagi hebat, ambil dua degree. 

okay, sampai sini sahaja. choose wisely okay. :)

adios~


post signature

You May Also Like

4 comments

  1. kadang2 kita rasa kita minat bidang tu tapi bila dah belajar, minat boleh berubah jadi tak minat jugak kan :D hehe pastu end up agak terlambat dah kita kalau nak backoff dari bidang tu sekarang haha :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. betul.. mesti ada minat..

    dah follow.. jemput singgah dan follow my blogshop, ada pucci yang cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    jom exchange link nak?

    ReplyDelete
  3. yup..strongly agreed!

    bdk poli byk didedahkan ngan hands on...diaorg byk belajar amali..kadang lecturer malu ngan student sebab x reti pakai mesin..student lagi pandai..hahaha..

    ReplyDelete
  4. akak setuju!!! Macam akak main aci redah course ended up kerja luar bidang.semoga bermanfaat entry ni untuk adik-adik di luar sana.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.