Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan
dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat
untuk rakyat Malaysia
Jualan Online Revolution Sale Lazada
MALAYSIA, 3 November 2016 – Lazada
Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,
“Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000
peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula
dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution”
yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.
Tema untuk jualan “Online
Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan
menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat
Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution”
pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé,
Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch,
Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada
berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur,
dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang
berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah
bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami
menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang
berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para
pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari ini, kami mempunyai
demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar.
Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk
menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami
menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7
juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami
termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di
hujung kata.
Semasa acara ini, para
pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran,
termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan
antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi
dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah
penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi,
Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa
“Online Revolution” 2016.
Mengenai “Online Revolution” Lazada
“Online Revolution” Lazada adalah acara
menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang
membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12
Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang
membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan
selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang
menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada
telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang
tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar
telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan
menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka
produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna
dari Asia Tenggara.
Mengenai Lazada Group
Lazada Group mengendalikan Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang
terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).
Dilancarkan pada Mac 2012,
Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada
para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai
termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan
penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk
beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah,
permainan, fesyen, dan peralatan sukan.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.
Parcel of Joy


woooww rambang mataa laa kaki online shopping hhahaha.
ReplyDeletekc tag kak amy kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/november-bloglist-by-fatina.html :)
eh eh nama kita sama hehe done follow
ReplyDeletehttp://mellyacrayola.blogspot.com/
Ini dah ikut trend 11 november ali baba dan black friday belah barat sana.
ReplyDeleteMenatang mentang orang dah naik gaji kan. haha