Perempuan Mulakan Langkah Dahulu Ketika Mencari Jodoh?

by - 4:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! kalini pasal cinta lagi. punyalah lama fikir nak buat entri pasal apa. sampai aku berselisih dengan someone yang aku tertarik untuk berkenalan. but then, idea ni muncul dalam kepala. haha. punyalah excited sangat nak menaip pasal entri ni, terus hilang niat di hati nak mulakan perkenalan.
Image result for find love tumblr

Bila Perempuan Mulakan Perkenalan Dahulu

sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak tanya. siapa perempuan di sini yang pernah cuba mulakan langkah dahulu ketika ingin berkenalan dengan lelaki yang dia berkenan? ha, percaya atau tidak. aku adalah salah seorang dalam kategori tu.


dulu masa sekolah rendah, aku punya tipikal minded fikir yang soal cinta ni, lelaki wajib mulakan langkah dahulu. and lepas tu terserah sama ada perempuan nak atau tak. benda tu terbawa sampailah ke alam sekolah menengah. lagi-lagi bila tengok kawan-kawan semua, seorang perempuan pun tak ada yang nak start dulu. sampailah timbul isu timba cari perigi. sebenarnya, boleh atau tidak kaum hawa mulakan langkah dahulu dalam mencari jodoh ini?

dulu aku akui, aku sangat-sangat malu untuk mulakan perbualan. lagipun, perempuan memang ada sifat pemalu kan. kena pandai jaga pergaulan. jadi, aku hanya tunggu dan tunggu sampai sudah aku tak jumpa sesiapa. haha. sedih tau. dengan confidentnya percaya yang jodoh ni kita perlu tunggu. dia akan datang sendiri. mungkin juga betul. mungkin juga salah. but who knows. semua orang punya kisah berbeza.

so, i change my ways of searching for my soulmate. aku malas nak tunggu dah. aku cuba ubah persepsi aku dengan pepatah perigi mencari timba. biarlah aku yang mencari pula. bagi aku, tak salah pun untuk aku cuba juga kan. selagi mana batas perhubungan atau pergaulan tu sentiasa terpahat dalam ingatan dan hati, aku akan terus mencuba. and of course, penantian aku masih lagi bergelar penantian. hahaha.

bila aku ceritakan mengenai benda ni kepada one of my colleagues, rupanya dia bersetuju dengan aku. sebab dia sendiri pun buat benda yang sama. masa dah nak habis zaman belajar, dia kata terus je dia berjumpa depan-depan dekat lelaki tu and ajak kahwin. wow. just like that. simple nya. and alhamdulillah. mereka sudah pun berumah tangga sekarang ini. 

so, apa jadi dengan konsep menunggu dan mencari tu? perlu ke kita kaum Hawa ni menunggu ataupun kita juga perlu mencari soulmate kita? cari sahaja dan tunggu. dua-dua konsep boleh pakai. dalam masa kita sibuk mencari (don't search too hard or you won't be able to find him), kita tunggu juga. kalau dah jumpa jodoh pun, tapi ALLAH tahu kita belum bersedia, kita tak boleh nak buat apa. jangan pertikaikan kenapa orang lain dah jumpa dan dah kahwin, tapi kita masih sendiri. 

jadi, bagi yang memang ada courage untuk mulakan dahulu perkenalan, jangan tunggu lama-lama. at least we tried right. daripada menunggu benda yang tak pasti. tapi jangan letak harapan terlalu tinggi pada sesuatu yang kita tak tahu akan jadi atau tidak pada kita. so, instead of focusing on finding your true love, buat something yang boleh buka mata kita or challenge diri kita to be someone better than yesterday. 

korang pula macam mana? 

adios~

post signature

You May Also Like

7 comments

  1. alaa...khadijah dulu pon mulakan dulu..Rasulullah kita ok jer..hee~

    hi tuan tanah..lama tak jenguk sini..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni nak cari lelaki baik susah. Dulu yang oinang nabi pun rasulullah saw kan.

    ReplyDelete
  3. wah beraninya awak...betul kata awak tu xsalah pown sesiapa pon mula dahulu..
    http://fiesahana.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. benda paling pelik akak pernah buat, bagitau one guy yang akak suka dia. point blank to his face. tu lah pertama dan terakhir.hehe. tak salah pun, at least kita dah cuba

    ReplyDelete
  5. all the best with your crush by the way ;)

    ReplyDelete
  6. Sedang dlm crush with someone, x brape kenal dia, pnah jmpa dlm beberapa event je... hari2 rasa nk msg je, tp xde keberanian...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, hai.. Tgh cr feeds about perempuan mulakan langkah dulu and then come across your feed. Actually saya tgh nak cr keberanian nak mulakan dulu nih. Haha part at for me.. Your feed helps a lot.. Thank you!!

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.