Reunion 2nd batch MRSMKB di Majlis Perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani

assalamualaikum and hello lads! harini dah awal bulan November pun kan. cepatnya masa berlalu. tak sangka dah nak masuk 7 bulan aku kerja di sini. banyak aku belajar. tapi tak tahulah nasib macam mana, dapat ke tak jadi permanent. ada rezeki, adalah. apapun, aku ucapkan good luck untuk korang yang masih mencari kerja. semoga dapat jumpa. 


Majlis Perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani

okay, harini aku nak cerita pasal reunion kecil kami di majlis perkahwinan Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani. kalau pernah baca entry aku yang dulu, Da'i Izzhar dan kami semua satu MRSM dulu di Kepala Batas. aku tak berapa rapat dengan dia. tapi kami bukanlah ramai mana pun. dalam 160++ orang sahaja. so, boleh tahu nama masing-masing. cuma tak rapat sahaja. 


and haritu dapat jemputan dari dia. mula-mula fikir macam tak dapat nak datang. sebab aku ni, masalah nombor 1 dunia adalah tak ada transport. kalau ada kereta (ada je tapi tak reti bawa dah), dah lama aku ke sana sini. haha. bajet. tapi tiba-tiba Shahrul call aku, ajak pergi kenduri sama-sama. pergh, aku apalagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. aku on je la. ajak Hana sekali sebab patutnya keluar dating dengan bestie. tapi dah ada kenduri. better dating sesama dekat sini. hahaha. 


so, esok paginya kami gerak sama-sama, ambil Hana dekat LRT Gombak. dan dalam waktu tengah hari barulah sampai ke rumah Izzhar. masa dah park kereta, terjumpa pula Buncho a.k.a Syafiq. okay, truth to be told, aku tak ingat nama betul dia. hahaha. aku recognize muka dia. cuma tak boleh nak letak nama dekat wajah tu. so straight to the point je aku tanya. nama kau siapa eh? haha. nasib baik dia tak tahu nama aku juga. kalau tak, lagi malu.



bila dah makan, lama-lama baru one by one datang. kebetulan dah separuh jalan makan, hujan lebat turun mencurah-curah. huuu hujan rahmat. alhamdulillah. jadi, kami pun makan secara berjemaah. duduk rapat-rapat. sebab hujan angin punya pasal. haha. memang lama menapak dekat situ. sampai semua jenis makanan aku rasa. 



baby Auni. baby first budak kelas 506 2009

then, barulah dapat bergambar dengan pengantin baru. wah, sama cantik sama padan. tahniah Da'i Izzhar Nazri dan Ilyani. semoga berkekalan hingga ke Syurga. semoga beroleh anak yang soleh solehah. aamiin.

tapi kan part paling kelakar bila nak ambil gambar by the professional photographer tu, aku dengan Hana berdiri sebelah pengantin perempuan. and the guys sebelah Izzhar. kebetulan Zack pegang anak Atiqah. tiba-tiba je photographer tu cakap,

erm, minta berdiri dengan pasangan masing-masing ye.
kami dah terkedu. whatt? kami semua datang single mingle je ni. mana nak kaut pasangan? hahaha. sedih gila dengar masa tu. first time dapat komen macam tu. hahahahaha. aduhai. last-last separuh kawan lelaki aku beralih ke sebelah kami sebab berat sebelah sana gambar jadinya nanti. hahaha.

dari kiri, Buncho, Zack, Saprol, Izzhar, Ilayni, Aku, Hana, Nash, K.A


anyways, itu sahaja. :)

adios~

post signature

4 comments :

  1. selamat pengantin baru da'i Izhar

    ReplyDelete
  2. Saya boleh bayangkan kemerian reunion ni.
    Memang happening.

    ReplyDelete
  3. Bila pergi kenduri kawan kawan la dapat jumpa balik kawan kawan dulu. Tahniah Da'i Izhar :D

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes