Sanam Teri Kasam Movie

by - 10:00:00 AM

assalamualaikum and hello lads! ingat tak haritu aku ada share satu lirik lagu dari satu movie yang bernama Sanam Teri Kasam. tak silap aku, Sanam ni macam sayang kot. Kasam pula janji. filem ni dah lama ada dalam simpanan aku. cuma tak berkesempatan nak tengok. dari cover filem dia, aku ingatkan cerita tipikal Hindi. rupanya ada lah beza sikit. of course, kalau cerita Hindi ni, aku layan romantik punya sekali. and yes, filem ini bergenre romance. siapa minat romance, boleh layan sinopsis yang aku akan kongsikan dengan korang. 

Image result for sanam teri kasam
Rating IMDb : 7.4/10
Pelakon: Hashvardhan Rane, Mawra Hocane

Sanam Teri Kasam Movie Review


Sanam Teri Kasam mengisahkan tentang seorang gadis nerd yang masih lagi single sehingga ke dewasa. of course lah lumrah seorang perempuan, dia akan ada crush dekat someone, dan dia (Saru) tak terkecuali. masalahnya, dia tahu gadis skema macam dia takkan ada sesiapa yang berminat. yang menjadi tekanannya bila adik dia duk paksa dia kahwin. sebab parents diorang cakap, selagi si Saru tak kahwin, adik dia tak boleh kahwin. marah sangat adiknya. kesian si Saru. 

arranged marriage? of course bapa dia ada menolong. tapi tiap kali orang nak datang merisik, semua reject. sampai dia terasa macam kena curse pula. kisah cinta dia bermula bila satu apartment yang sama dia duduk, ada seorang lelaki baru sahaja menetap di situ. sayangnya, awal-awal lagi dah jadi bad impression sebab lelaki tu (Inder) dulunya criminal and baru sahaja keluar dari penjara. tapi masa ni tak ada apa-apa pun yang berlaku. 

Related image

sampailah terlalu desperate nak kahwin, Saru sanggup datang rumah Inder awal-awal pagi buta sebab nak minta Inder temukan dia dengan girlfriend Inder yang merupakan model dan juga MUA tak silap aku. tapi silapnya bila girlfriend Inder tiba-tiba je datang rumah Inder. habis girlfriend nya salah anggap. and terjadilah pergaduhan sampai luka belakang badan Inder. sebab luka tu, Saru jadi kesian. and bawa Inder pergi ke farmasi berdekatan. 

guard yang jaga apartment tu, ternampak and pergi bagitahu si mak bapa Saru yang kononnya Saru ada hubungan sulit dengan criminal tu. masa ni aku rasa kesian gila dengan Saru. mak bapa Saru salah faham and terus halau anak dia dari rumah. terus kata dia dah consider anak dia mati and jemput semua datang untuk death ritual something something. bayangkan kau sebagai anak dengar macam tu. sedih kot. niat nak tolong family, last last jadi macam ni. 

Image result for sanam teri kasam

Inder yang tak sampai hati tengok Saru macam tu terus sewakan rumah untuk Saru. macam-macam lagilah Inder buat untuk kasi Saru happy. tapi tanpa sedar, Saru tak tahu Inder dah lama ada perasaan dengan dia. terlalu sangat sayang dengan Saru and dia sedar dia adalah bekas penjenayah, dia sanggup carikan calon suami yang sesuai dengan Saru dan juga boleh menjadi menantu favorite bapa dia. 

Image result for sanam teri kasam

tapi lain pula yang jadi. something happened to Saru. tu korang kena tengok sendiri. agak-agak dapat tak Inder luahkan perasaan dia dekat Saru? Saru memang dah nak kahwin dah masa tu dengan crush dia. tapi Tuhan sahaja yang tahu apa jadi lepas tu. macam mana pula dengan mak bapa Saru? sanggup ke diorang maafkan Saru? 





post signature

You May Also Like

4 comments

  1. filem ni banyak cakap tak??huhu..lama tak layan filem Hindi new gen.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat.
    Semuga hari ini penuh dgn kesejahteraan dan penuh dgn kebaikan.

    ReplyDelete
  3. pernah tengok video lagu filem ni.. best juga..
    jalan cerita pun lain sikit dari kebiasaan.. ok nanti nak cari.. :)

    ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.