Persediaan Kelengkapan Musim Sejuk Sebelum Ke Beijing - Amy Syeera

Saturday, December 31, 2016

Persediaan Kelengkapan Musim Sejuk Sebelum Ke Beijing

sejuknyaaaa masa dekat Beijing haritu. nasib baik semua kelengkapan aku dah siap sedia letak dalam beg Deuter tu. penting sangat barang-barang ni sebab kita ni orang yang biasa hidup dekat negara panas sentiasa. so, bila sejuk memang macam culture shock sikitlah. sedangkan orang yang dah biasa pun still menggeletar tak ingat dunia, ini lagi kita. kalau rasa air cond dekat bilik tu dah sejuk, ha, meh datang negara lain masa musim sejuk. aku balik Malaysia je terus selsema.

Related image

Barang Yang Perlu dibawa Semasa Travel Musim Sejuk

kalau sebelum ni aku pernah share pasal persediaan sebelum menunaikan umrah masa musim sejuk, kalini lain sedikit. dekat Madinah dengan Mekah agak berbeza sejuk dia. masih boleh tahan. so, barang tak bawa banyak tak apa. pakai jubah sahaja pun okay. kalau dekat Beijing ni pakai jubah je tak pakai apa-apa dekat dalam, memang hardcore.
okay, puas membebel. ini antara senarai barang yang perlu dibawa. 

1. Winter Coat/ Winter Jacket

winter coat ni ada macam-macam jenis. ada fleece coat, parka, windbreaker dan macam-macam lagi. depends untuk korang mana satu yang korang prefer. member aku kata windbreaker is better sebab dia memang tak bagi angin lalu masuk dalam badan. kot lain bila pakai memang still sejuk juga. tapi aku tak berapa gemar windbreaker sebab tak ada style. hahaha. yes, maafkan aku. aku seorang yang suka bergaya. comfort itu penting juga. so, aku pilih atara fleece coat ataupun parka. cuma kena pakai berlapis la. dia memang boleh tahan cuma kalau dah sampai suhu -20 tu, aku tak rasa kot macam ni mampu menahan. better safe than sorry. 
Image result for parka winter coat
Image result for windbreaker winter womens
ini adalah windbreaker

2. Winter Gloves x 1

winter gloves pun ada macam-macam jenis juga. aku rasa better cari sarung tangan yang boleh touch tu. senang tak payah duk keluarkan tangan sebab nak ambil gambar pakai handphone. lagi pakai phone yang memanjang kena pakai fingerprint untuk buka. pakai biasa je boleh tapi jadi macam akulah. tangan beku. tunggu masa masuk dalam bas je untuk recover. memang tak rasa apa dah. 

Image result for touch screen winter gloves

3. Long John and Thermal Wear x 1

 
ini siapa tak pakai memang aku kagumlah. aku pakai thermal wear pun kadang-kadang rasa menyucuk lagi kesejukan Beijing tu. ini pula yang tak pakai langsung. better bawa lah. satu pasang pun dah cukup. aku pergi Beijing 6 hari. 4 hari tu pakai thermal wear yang sama. sebab bukan berpeluh pun. confirm takkan berbau. 

4. Mafla x 1

 
mafla ni kalau diikutkan sangat menyemak. apatah lagi kita yang tak biasa. aku rasa rimas sangat. tapi sejuk punya pasal, mafla memang sangat-sangat penting! lagi-lagi kalau malas nak bawa mask untuk tutup muka daripada kena angin sejuk. mafla membantu tau. so, nak tak nak. pakai sahaja. 
Image result for Mariano Di Vaio

5. Stoking Tebal

6. Ear Muff (Optional)

bagi siapa yang dah pakai topi seperti gambar di bawah, tak payah bawa ear muff pun okay dah. telinga kita pun mudah masuk angin juga. lagi-lagi lelaki. kita perempuan yang bertudung tak ada effect teruk sangat pun. 

7. Topi (Optional)

Related image

8. Winter Boots / Sneakers

kalau ikut style aku, aku suka pakai boots. kat rumah ni memang banyak dah. tipu je. so, bila ke Beijing pun, aku dah siap sedia beli winter boots masa dekat Mesir dulu. macam kawan aku pula berbeza. dia prefer pakai sneakers sahaja. senang nak bergerak. no, pakai boots pun senang tau. yang membezakan dua cuma satu berat dan satu ringan sahaja. bila dah biasa pakai, benda tu macam tak perasan pun. untuk aku lah. 

hakikatnya, pakai boots pun sama juga sejuk dia. haha. kaki ni rasa macam tak bergerak pula sebab tahap kesejukan dia hanya Tuhan yang tahu. so, sebab tu ada ramai suggest beli heat pack. and letak dekat tapak kaki. bila berjalan lama pun macam tak kekal juga hangat tu. sebab tu kena beli stokin tebal juga. winter socks. dekat Soxworld tu ada je jual.

Image result for winter boots style Image result for winter boots style
 

9. Botol Air Kosong 

 
okay. ini sangat penting. lagi-lagi kalau kita pergi dekat negara yang TAK MENGGUNAKAN AIR TETAPI KERTAS TISU SAHAJA selepas membuang air. make sure masa masuk dalam toilet, tengok ada hand bidet ke tak tau. tak ada paip, ha sama-samalah amalkan sekali pakai kertas tisu dia sediakan tu. 
 
botol kosong tak berat pun. jangan isi air. isi masa masuk toilet je. memang senang. serious memudahkan kehidupan and nak berjalan ke destinasi lain. 

10. Heat Pack

 
ini pun optional juga sebenarnya. siapa memang tak tahan sejuk, tolonglah beli benda ni. dia tak adalah panas mana pun. hangat-hangat je rasa. tapi dapatlah membantu sedikit daripada tak ada. nak peluk suami, suami tak ada lagi kan. haha. eh.  
aku beli dekat Daiso je. tapi dah sampai Beijing tak pakai pun. sebab boleh tahan lagi kot. mau tak tahannya, sampai 4 lapis pakai dekat dalam termasuk winter coat sekali. antara 4 lapis tu aku pakai thermal wear, tshirt pendek, tshirt panjang and winter coat. tshirt pendek tu crop top je. hahahhaha. peliknya. tapi nak tahan sejuk punya pasal.

11. Miscellaneous

- moisturizer for dry skin. aloe vera tak berapa menjadi untuk aku. kawan aku suggest Nivea yang dibeli khas dari oversea sebab diorang dah memang selalu ada winter kan. malaysia tak ada.
- ubat-ubatan (pil d emam/selsema/batuk), minyak panas, plaster, minyak cap kapak
- toilettries
- lip balm
- minyak wangi, minyak rambut (make sure segala cecair kena bawah 100ml)

- snacks. member aku bawa 4 kotak makanan dari Brahims. boleh la nak isi perut masa lapar. maggi pun just in case. 

barang-barang macam ni biar bawa lebih tak apa. sebab kalau nak beli dekat sana memang mahal. kadang-kadang tak beragak harganya. so, bawa sahaja apa yang perlu. part yang boleh kita kurangkan cuma dekat pakaian. 

so, ini antara senarai barang aku masa ke Beijing dahulu.

- 1 helai winter coat
- 1 helai cardigan
- 1 helai seluar jeans.
- 2 pasang pakaian tidur
- disposable undies (ikutlah nak bawa berapa banyak)
- 1 pasang telekung
- 1 helai sejadah kecil | asal boleh lapik muka sahaja
- 1 pasang winter boots
- 2 helai shawl/tudung bawal + 1 masa pakai pergi dan balik Malaysia

harapnya dapat membantu sedikit sebanyak. itu sahaja. selamat travel. adios~


post signature

2 comments:

  1. hai awak...i likeee so much your blog.. best nya travel to beijing..
    kalo ade rezki pi travel sana i refer yours.. nice entry..niceee blog =)

    ReplyDelete
  2. Kena siap sedia dan pastikan tarikh dengan betul bila nak travel..musim sejuk pasti best..nak2 bila ada salji

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.