Cara Memilih Boots yang Betul - Amy Syeera

Saturday, December 3, 2016

Cara Memilih Boots yang Betul

bila aku sebut boots, kawan lelaki aku suka bayangkan boots PCK (Pua Chu Kang) warna kuning tu. kurang asam betul -.- memang saje mengusik aku. padahal diorang memang dah tahu aku pergi office je pakai boots. esok warna lain harini warna lain. hahahaha. aku tak boleh la tengok kedai-kedai jual boots ni. badan terus je berhenti and melencong masuk. then tengok harga, telan air liur, keluar balik. biasa sangat dah macam ni. memang mahallah, dah pergi masuk kedai Marks n Spencer, Charles n Keith, Zara. 

Image result for boots tumblr

Cara Memilih Boots yang Betul

dulu memang beli murah-murah punya je. tapi bila 1 kasut tu kau ends up pakai dekat mana-mana je, lama-lama rosak binasa lah. kasut murah memang tak tahan lama. sebab tu ayah aku suggest beli kasut mahal terus. kasut yang ada brand. betul juga. kalau aku duk beli murah yang dalam rm70, tapi asyik kena beli, alang-alang beli yang mahal je. 

boots ni ada macam-macam jenis. jangan sangka bila sebut boots je, korang bayang yang tumit tinggi. ada yang flat, ada yang medium, ada juga yang tinggi 5 inci. kalau teringin sangat nak pakai, aku cadangkan pakai yang flat dahulu. macam biker boots tu ke. aku ada 1 dari Marks n Spencer. memang selesa. memang nampak rugged la. sebab aku ada plan nak bawa motor kuasa tinggi tu. so, beli je boots dulu. muahahahah. then, bila dah selesa pakai boots flat, baru naikkan tumit dia sedikit demi sedikit. 

Image result for mark n spencer black ankle biker boot

selalu orang pandang rendah dengan boots. mereka rasa boots ni hanya sesuai dipakai dekat oversea sahaja. typical minded. kalau pakai yang berbulu-bulu tu lainlah. boots memang panas. boleh buat kaki berpeluh. tapi aku rasa aku pakai sneakers ke kasut sukan ke, sama juga peluhnya. so, it doesn't make any difference at all. bagi aku lah. haha.

Cara Berjalan Pakai Boots Tumit Tinggi


cara berjalan masa memakai boots agak berbeza dari berjalan guna kasut flat. kalau nak buat gaya sama, memang orang akan ketawa. sebab nampak awkward sangat jalan dia. kalau nak lebih nampak cara dia, boleh search dekat Youtube. 

Image result for how to walk in boots with heels

kita kalau jalan pakai sneakers or kasut flat, biasanya ada certain orang dia jalan seret je. and bahagian depan dulu yang bergerak. tapi bila pakai boots, kena start pergerakan dari belakang. dari tumit mencecah lantai dahulu, barulah depan follow sekali. okay, maybe mula-mula akan nampak complicated. tapi lama-lama dah pakai, biasa je. tak ada masalah pun. kalau susah, tak ada orang sanggup nak pakai apatah lagi berlari. yes, aku ni kerja duk mengejar bas dekat seberang. kadang-kadang bas dah sampai pun. so bila lari pakai boots ada tumit tu tak jadi masalah. hahaha. cuma haus je la kot.

semakin tinggi tumit, kita kena jalan makin slow. ini untuk beginners sahaja. sebab barulah rasa selesa and boleh faham cara macam mana nak berjalan pakai boots bertumit tinggi. tapi kasut tumit tinggi tak digalakkan sangat untuk pakai hari-hari. kalau boleh beli each boots with different height heels. aku baru beli 1 Zara chunky heels boots setinggi 4 inci. and this one is for special occasion only. sebab dia sangat tinggi. and aku tak suka tumit halus tu, macam tak confident je nak jalan stabil. haha. chunky heels is better kalau korang teringin sangat nak try sebab tapak dia memang besar.

Image result for zara chunky heel boots

tumit tinggi ni akan affect postur badan kita. bila sakit je, rehatkan kaki dulu. tapi jangan buka boots tu. nanti kaki jadi kembang, nak masukkan balik dalam kasut akan rasa lebih ketat. so, biar sahaja kaki berehat sambil tayangkan kasut gorgeous korang tu.

Saiz Boots yang Sesuai dengan Kita


aku tak galakkan beli online terus. sebab saiz kasut boots berbeza dengan saiz kasut biasa kita pakai. ini aku punya lah. aku biasa pakai kasut biasa (flat) yang saiznya 6/37. tapi bila pakai boots, kena pakai 1 saiz besar pula. lagi-lagi kalau korang suka boots yang tirus depan dia. so, sekarang kasut aku pakai semua bersaiz 7/38. 

Image result for  boots tumblr

sebenarnya banyak lagi kena belajar pasal boots ni. maybe next time okay. outfit apa yang sesuai dipakai bersama boots. or cara pakai seluar jeans dengan boots. di luar atau dalam nampak lebih kemas semua. setakat ini sahaja aku beri info. kalau ada sesiapa nak tambah, silakan komen di bawah.

adios~


post signature

3 comments:

  1. Untuk wanita yang suka bertumit tinggi..
    Berhati2..mungkin penyakit belakang dah pun mengintai-gintai..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. dofollow blog ni..

    mmg nampak cantik tapi klu akak utk kaki yg sihat pakai scholl atau medifeet je utk p mengajar, klu x.. confirm x larat berdiri sampai tengah hari!

    lagi cun kalau hadiakan emas pg pada yang tersayang..

    ReplyDelete
  3. akak suka pakai boots ms abroad
    mmg comfy & bonusnya appearence nampak cantik
    dan cantik juga bila ber gambar

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.