Hi Tea di Haagen Dazs Nu Sentral - Amy Syeera

Tuesday, December 6, 2016

Hi Tea di Haagen Dazs Nu Sentral

assalamualaikum and hello lads! Sabtu lepas aku keluar dengan member aku ke Amcorp Mall sebab dia ni peminat barangan antik. and dia kata setiap Sabtu Ahad ada ala-ala pasar karat dekat dalam Amcorp Mall. aku pun ikut je lah sebab honestly, aku rasa Amcorp Mall tu antara shopping mall yang tak hidup. tengok dari luar nampak macam elok je. tapi sejujurnya, masuk dalam memang rasa lemah je tengok. pasar karat bermula seawal jam 10 pagi. bagi korang yang memang barangan vintage, sesuai datang sini. aku tak berapa. so, aku follow sahaja ke mana kawan aku pergi.

Hi Tea di Haagen Dazs Nu Sentral


Image result for haagen dazs malaysia menu

then, petang tu barulah gerak ke Nu Sentral. dah lama dia janji nak belanja aku Haagen Dazs ni. adalah perjanjian antara kitorang. haha. ini first time aku merasa makan ais krim dekat Haagen Dazs. selalu tengok dari jauh je. memang sampai bilalah aku takkan masuk. nasib baik ada orang belanja. 

and yes, macam apa yang aku bayangkan. mak oi, mahalnya menu dia. telan air liur lah tengok harga dia. tapi berbaloi ke ais krim dia dengan harganya? jom kita tengok. kawan aku pilih Waffle Dream sebab tu memang favorite dia. aku pula pilih Paradise. 

HÄAGEN-DAZS PARADISE


amysyeera


ais krim dia, kita boleh pilih sendiri. ada macam-macam jenis perisa ais krim. since aku punya kena pilih 8 flavors, agak lama juga lah nak fikir. kalau tak silap aku, aku ambil Macadamia Nut, Strawberry, Belgian Chocolate, Caramel Biscuit & Cream, Green Tea, Salted Caramel, and Mango and Raspberry sorbets.  Bukan setakat ais krim je ada, ada kepingan biskut wafer yang crunchy ditambah dengan sos coklat bersama potongan buah strawberry. pergh, meleleh aku tengok. rasa tak sampai hati nak makan pun ada.

Related image

HÄAGEN-DAZS Waffle dream

Zaimi punya pula hanya 2 scoop ais krim sahaja. boleh pilih juga nak perisa apa. and ditambah dengan waffle yang bersalut sos karamel bersama whipped cream. pergh, sedap weyh sedap.


aku rasa kalau nak treat family sekali sekalah boleh lah. memang sedap sangat ais krim dia. walaupun baru habis lunch masa tu, memang aku tak boleh biar ais krim tu terbiar begitu sahaja. kena lah dengan harga dia. campur dua orang punya sekali dalam RM60. air biar air kosong je pun okay. sebab manis kan.

taraa, tengoklah muka orang yang happy sebab ada orang belanja ni. hahaha.

amysyeera


adios~








post signature

3 comments:

  1. Hadoiii sedap pulak eskremm tu.. Hehe.. Menarik pulak tu.. HAhaha

    ReplyDelete
  2. perrgghh..!! sampai 8 flavours boleh pilih.. best nyaaa... hehehehee.. :)


    ...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Gmba pun cantik!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.