Hit The Road to BEIJING Day 1

by - 4:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! ni hao. alhamdulillah. Ahad lepas baru sahaja aku mendarat di tanah air tercinta, Malaysia tepat pada 12:36 tengah hari. penat memang penat. badan terkejut pun ada. dari panas ke sejuk ke panas semula. tapi experience tu memang takkan lupa sampai bila-bila. so dengan semangat yang membara, harini aku akan mula bercerita mengenai perjalanan kami ke Beijing. 

Hit The Road to Beijing 

Day 1 
Tempat: KLIA, Sepang
Masa: 1:45 tengah hari
Flight: Cathay Pacific (Transit ke Hong Kong)
Suhu: 28 degree C
Group: Wiya Travel B
cathay pacific
memandangkan ini pertama kali aku travel bersama kawan, aku decide untuk travel menggunakan travel agency terlebih dahulu. barulah slow-slow travel sendiri bersama dengan kawan-kawan. and hopefully jadi solo traveler pula. hehe. but for now, aku pakai travel agency dari Wiya Travel. group aku pergi bersama ni terdiri daripada 24 orang termasuk 4 orang kanak-kanak. almost 80% dari group aku datang dari Sabah. it was really fun getting to know them. first time sahaja agak awkward. biasalah tu kan. baru nak saling mengenali.

kami semua diarahkan untuk menunggu di kaunter balai pelepasan H. sebenarnya aku dah plan dari awal nak gerak pukul 7:30 pagi untuk naik bas ke LRT Ara Damansara then barulah naik train ke KL Sentral then naik bas semula ke KLIA. tapi kena marah dengan ummi aku. last-last ummi sponsor naik Uber. RM60 je. so disebabkan naik kereta, awal 2 jam lah aku sampai KLIA tu. so menunggu sahajalah sambil makan KFC sorang-sorang like a loser.

kami naik flight Cathay Pacific for 5 hours straight. ada transit dahulu ke Hong Kong. sekejap je pun di sana dalam 1 jam. sampai sahaja di HK, terus naik Dragon Air pula ke Beijing selama 3 jam. memang sakit badan betul duduk lama dalam flight ni. flight kami berlepas pada 2 petang. and sampai ke Beijing dalam 11 malam. kami disambut oleh tour guide local, Mr John. memang sejuk sangat-sangat masa tu. nasib baiklah aku dah siap sedia keluarkan winter coat dari beg. rasa kelakar pun ada. semua orang dalam group bawa beg bagasi besar-besar belaka. aku bawa beg deuter seketul je dengan beg silang satu. hahahaha. memang serious sikit sangat aku bawa. and tak menyesal pun bawa beg deuter 60L tu. cuma bila balik je macam menyesal sikit sebab tak muat nak simpan ole-ole untuk family. nanti aku cerita. 

Cathay Pacific best lah bagi aku. plan nya nak tidur dalam flight sebab lama kan. tapi tiba-tiba ada video pula boleh pasang. cerita best-best pula tu. habis 2 movie aku layan. hahahaha. sempat aku layan movie Te3n dengan X-Men Days of Future Past. makan pun sedap. tak sangka dapat merasa makan ais krim Haagen Dazs. hahaha. then, sampailah ke negeri Beijing, China. masa nak lepas imigresen tu, tak ada masalah sangat. semuanya berjalan lancar. masa nak balik je complicated sikit.

cathay pacific
cathay pacific

dragon air

cathay pacific


Day 1 Soluxe Winterless Beijing Hotel
Tempat: Soluxe Winterless Beijing Hotel, Beijing, China
Hari: Selasa
Masa: 12 tengah malam
Suhu: -2 degree C
Bilik: 2810
soluxe winterless beijing hotel

kami menginap selama 5 hari di Soluxe Winterless Beijing Hotel. selesa juga. dua katil single. luas juga lah. ada tv. ada peti ais. ada air conditioner. cuma view sahaja biasa-biasa. rasanya kami ni agak jauh juga dari bandar utama. dapat sahaja kunci bilik masing-masing, mandi, unpack, terus lelap. esok pagi dah nak gerak.



Day 2 
Tempat: Soluxe Winterless Beijing Hotel, Beijing, China
Hari: Rabu
Masa: 630 pagi
Suhu: 0 degree C
soluxe winterless beijing

soluxe winterless beijing

soluxe winterless beijing

soluxe winterless beijing
kami sarapan seawal 6:30 pagi. kalau dekat Malaysia, time macam ni aku baru nak mandi. ahahaha. sarapan pun 830 baru nak start makan. memang awallah. sarapan dia macam biasalah makanan orang Cina. memang tak ada rasa sangat. tapi ubi kayu dia pergh, memang sedap. sampai 3 ketul aku ambil. sarapan tak banyak. kalau campur ubi kayu tadi, cuma roti sekeping dengan telur sebiji je. aku bukan jenis sarapan banyak. perut aku sangat produktif sikit pagi-pagi. haha. siapa sama macam aku?

Summer Palace

Tempat: Summer Palace
Hari: Rabu
Masa: 07:30 pagi
Suhu: 0 degree C


then, dalam pukul 730 pagi, barulah kami gerak ke destinasi pertama iaitu Summer Palace. bagi siapa yang travel ke Beijing masa winter macam aku, better prepare betul-betul barang yang perlu dibawa. nanti aku kongsi keperluan yang kena ada okay. sampai sahaja di destinasi kami iaitu Summer Palace, kami tunggu sementara waktu di hadapan sebab nak masuk kena ada tiket. 



subhanallah. first time tengok memang luas betul tempat dia. bayangkan sejuk lagi. berangin. memang terketar-ketar duduk situ. disebabkan aku ikut tour guide, hanya 30 minit sahaja duduk di situ sebelum menuju ke tempat lain. sedih tau. kalau pergi sendiri, boleh lah berlama sikit. tapi orang kata kalau pergi musim lain, lagi lawa. memang betul. masa winter ni, air dia dah almost frozen. pokok pun tak ada daun-daun. tapi still lawa lagi. ada toilet dekat situ. don't worry. jangan lupa explore sampai habis bila dah sampai sana. 

summer palace

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1
next destination kami adalah Herb Centre. perjalanan mengambil masa selama 30 minit. bosan pula masa pergi ke sini. sebab aku bukan minat herba sangat. cuma yang seronoknya dapat rendam kaki dengan air teh panas. mula-mula tu memang sakitlah sebab panas membara air dia. haha. lama-lama boleh terima. masa tu dia pergi promote produk-produk herba dia. aku bersandar je tak dengar apa. jahat tak -.- 
Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1


Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1
then, dah selesai merendam kaki. kami pergi makan tengah hari pula. memang dah lapar sangat-sangat. suggestion aku. kalau time sejuk macam ni. bawalah apa-apa snack dalam beg tangan. boleh buat kunyah-kunyah dulu sebelum makan berat. menyesal sangat tak bawa apa-apa snacks. so bertahan lah sampai ke restoran. 

Tempat: Restoran
Hari: Rabu
Masa: 1230 tengah hari
Suhu: 2 degree C


haggling everywhere


basikal sini boleh sewa. tak sure lah berapa Yuen.


bila kita dah datang China ni, memang kena expect untuk makan makanan berkhasiat lah. lagi-lagi kita yang beragama Islam. hari-hari aku makan sayur dekat sini. dengan minum teh cina. kalau sebulan duduk sini, memang sihat sungguh aku. dalam 8 hidangan yang mereka berikan pada kitorang, 5 daripada tu adalah berasaskan sayur. kawan aku dah lah tak makan sayur. memang sikit lah dia hadam makan. hahaha. selain tu adalah daging. ada ikan. ada ayam. seafood memang tak ada langsung. makanan dia so far not bad. tak adalah sampai tak ada rasa. ada satu restoran ni memang sedap makanan dia. nanti aku cerita di entry lain.

Beijing Niujie Mosque

Tempat: Beijing Niujie Mosque and Niujie Qingzhen Supermarket Food City
Hari: Rabu
Masa: 630 pagi
Suhu: 2 degree C

Hit The Road to BEIJING Day 1

Hit The Road to BEIJING Day 1

habis makan, pergi solat dahulu. kami solat Niujie Mosque. Masjid ini merupakan masjid tertua dan terbesar di Beijing. lawa sangat-sangat tempatnya. dekat pula tu dengan Niujie Qingzhen Supermarket Food City. supermarket ni supermarket muslim punya. so, kalau dah habis solat, nak shopping sementara dekat situ pun boleh. carilah apa-apa sahaja snacks sebelum bergerak jauh ke tempat lain pula.

part paling tak best bila tengok snacks semua dalam bahasa mereka, aduhai. terus tak tahu nak beli apa terus -.- masa dah naik bas, baru Mr John tunjuk snacks yang sedap-sedap. cis -.- kalau tahu awal, dah habis dah duit beli makanan. haha. supermarket dia sebiji macam Econsave.


Flying Acrobatics at Chaoyang Theatre


Tempat: Flying Acrobatics at Chaoyang Theatre
Hari: Rabu
Masa: 17:00 petang
Suhu: -1 degree C
perjalanan seterusnya agak excited bagi aku. sebab ini pertama kali aku tengok acrobatics show depan mata. show ini diadakan 3 kali sehari. ada pukul 3:50 petang, 5:30 petang dengan 7 malam. kami pergi yang belah petang punya. show bermula pada pukul 5:30 petang. siap ada orang jual popcorn lagi. haha. dah macam tengok wayang pula. memang lama juga sebenarnya. dalam 1 jam. tapi kami tak belilah. tak tahu popcorn jenis apa dia buat tu. 


bagi aku, memang berbaloi la. sebenarnya aku tak tahu pun setiap row ada berbeza harga. kami bantai je duduk mana-mana seat haritu. aku memang pilih seat depan lah. nak tengok macam mana mereka beraksi dengan lebih dekat. whoa, seriously whoa! aku kagum betul. it was so amazing yet so scary! macam manalah diorang boleh buat benda tu hari-hari. mesti masa praktis dah banyak kali jatuh sampai lali kan. hebatlah korang! 

okay, itu sahaja. malamnya kami beransur makan dan pulang untuk tidur. esok aku akan cerita pasal Great Wall pula. 

adios~


post signature

You May Also Like

3 comments

  1. gambau lawa sangat pakai apa ni kak amy? total semua berapa habis? mcm tak leh tanya kat wassap pulak kan. ehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Beijing, hopefully one days saya dapat jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  3. 1. Agree yg Chinese food ni banyaknya sihat2, sayur, rebus bla bla. Tapi, wonder kenapa takde seafood? China ada laut kan?

    2. Teringin nak tengok seat VIP tu camne. hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.