Jenis-Jenis Manusia di dalam Bas Awam - Amy Syeera

Friday, December 30, 2016

Jenis-Jenis Manusia di dalam Bas Awam

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? dah ready ke nak menghadapi tahun baru 2017 ni? cepatnya masa berlalu kan. tak sangka aku dah nak masuk umur 25 tahun! apalah aku nak buat pula lepas ni. dari dulu aku memang susah nak buat peracangan sebab tiap kali buat je mesti tak jadi. asal buat je ada aral melintang. susah susah. 
 
Image result for public transport
 

5 Jenis Manusia di dalam Bas Awam


tapi yang pastinya macam tahun-tahun sebelum, aku masih belum memiliki kereta. hatta kereta kancil. am i pathetic? tak kan. hahaha. aku kalau diberi pilihan antara public transport atau kereta sendiri, aku lebih rela orang lain yang bawa daripada aku sendiri. tak tahulah. rasa macam tak confident pula nak bawa kereta atas jalan. takut jadi gelabah. tapi kalau motor tak apa. aku rasa macam nak bawa motor besar lah one day. motor kuasa tinggi tu. pergh. serious idaman aku sejak dulu.
 
masalahnya bila dah naik public transport ni, macam-macam benda terjadi! aku geram tahu tak. bukan masalah bas tu, tapi karenah manusia sendiri yang aku tak faham dekat mana conscience dia. aku dah berzaman naik public transport. so, tengok sekali je dah boleh tahu dia kategori apa. 
 

1. Pole Dancer

 
kalau perasan dekat dalam bas ada tiang-tiang tu kan. khas untuk orang yang berdiri. takut masa inertia terjadi, dia terjatuh. tapi aku tak maksudkan tiang tu. aku tengah bercakap mengenai tiang yang ada scanner Touch n Go/My Rapid tu. 
 
selalu sangat berdiri dekat situ. dia tak perasan ke orang nak sentuh kad sebelum keluar dari bas. kalau dah dia melekap, macam mana nak letak kad tu? belakang badan dia ke? aku rasa lepas ni bas rapidKL yang baru kena letak TNG scanner jauh ke atas. senang orang nak touch. tak payah nak selit-selit tangan sentuh kad. 
 

2. Ghost of A Friend

 
bas yang biasa kita naik dekat Malaysia ni lagi-lagi bas RapidKL memang tak banyak seat. aku setuju benda tu sebab bila tak banyak seat, dia tak banyak makan space and lagi ramai boleh berdiri dalam bas. seksa berdiri je la. tak ada masalah. 
 
tapi yang menjadi hangat hati bila sorang duduk tapi dua seat dia ambil. kalau barangnya sebesar 'gajah' tak apalah. orang lain boleh terima sebab memang tak ada tempat lain dia nak letak. tapi ini takat handbag kecik bola sepak, alahai kak, letak atas riba pun tak sakitlah. dia nak kasi kawan imaginasi duduk situ juga agaknya. 
 

3. Loud Talking Stranger

 
kita ni pagi-pagi dah kena bangun awal. nak solat, mandi siap-siap semua. bila dah naik bas tu, mestilah nak ketenangan dahulu. badan je aktif tadi. tapi otak masih mamai. duk berangan sekejap. barulah stress fikir pasal kerja semua. 

Related image
 
masalahnya terjadi bila ada seorang manusia yang bercakap punyalah KUAT macam nak 1 dunia tahu pasal kisah dia. pernah tak kena macam ni? aku selalu kena. daripada aku nak tidur, tak memasal segala kisah keturunan dia aku terdengar sekali. aduhai. bang, kak, saya tahu excited nak cerita kisah awak tu, tapi tengoklah sekeliling. nobody cares. seriously. tolonglah jaga hati dan perasaan orang lain. kalau ikut bad mood, memang sedas je kena sound tu.  
 

4. Deejay

 
ini lagi satu perangai. pasang lagu/video/seangkatan dengannya dengan volume yang sangat menggugat sanubari. kalau faham tak apalah. lama pula tu dilayannya. lepas tu makin kuat pula. maklumlah, duduk dalam bas tu bunyi ngaumannya kuat. ini pun kes main redah je pasang asal dia puas hati. tak tahu ke sekarang zaman 2016. zaman revolusi earphone ke bluetooth ke wireless headphone semua. tak pernah try nak beli ke and dengar sendiri?

Image result for people bad behavior in public transport
 

5. Sardin dalam Tin

 
biasa tak nampak bas tu penuh dengan orang? penuh macam sardin? mesti selalu kan. lagi-lagi waktu peak time. kalau korang jarang naik bas atau train tapi tiba-tiba haritu rasa nak alaminya, better jangan naik waktu peak time. seriously korang akan menyesal nak guna public transport lepas ni. tapi bagi kami yang hari-hari naik, memang tak dapat nak elak. istighfar je lah banyak-banyak ye. aku tahu masing-masing nak balik cepat. tapi...

kadang-kadang jadi tak faham bila diorang ni dah nampak bas tu padat, dia lagi beria nak masuk. padahal dia tak tahu memang tak boleh dah. ya ALLAH diorang ni. tak perasan ke ada maksimum berat khas untuk 1 bas tu? aku pernah satu masa naik bas, tapi ada juga pendatang asing yang berkeras nak masuk juga, at the end baru separuh jalan, bas tu rosak. then pergi salahkan bas tu. kan tak memasal je! kak, bas ni dari pagi/tengah hari lagi dia beroperasi, kalau tiba-tiba jadi macam tu, terkejutlah bas tu. mahu tak rosak. geram betul aku. akhirnya aku request Uber je. habis cerita. 

siapa nak naik free ride RM10 for the first time, boleh pakai promo code ni > amyj438

Image result for people bad behavior in public transport
hahaha. amelia amelia. emosi pula bercerita pasal benda ni. kalau dulu boleh lah bersabar. lama-lama macam makin tak faham pula dengan perangai manusia yang kuno walaupun dibesarkan di zaman modenisasi. aku teringat satu ayat dalam filem Bad Moms. 

'every mom knows how to raise a child. but not every mom knows how to raise a good child.'

mungkin ayat ni tak membawa sebarang maksud tapi dia sangat deep pada aku. aku setuju 100% dengan kata-kata dia. nak besarkan anak memang senang. tapi bukan mudah membesarkan anak yang baik. so, hopefully one of us or anak-anak kita tak ada perangai macam ni bila diorang dah besar. jangan jadi selfish and menyusahkan hidup orang lain. 


itu sahaja. adios~
post signature

7 comments:

  1. Teringat zaman dulu-dulu time naik bas mini 20.
    Hahhahhaaa... hazab sangat

    ReplyDelete
  2. Haha. Yang nombor lima tu pernah lalui. Masa tu dah lewat nak kejar bas balik pahang. Nak taknak terpaksa naik rapid yang memang dah penuh macam sardin. Tu first & last lah lepas tu taubat taknak naik dah. Yime tu jugak rasa nyesal gila tak download apps grab/uber siap siap dalam phone. Hahahah. Pengalaman betul 😂

    ReplyDelete
  3. The loud talking and the deejay tu selalu kena.. Memang sakit hati and most of the time kena yang non-muslim buat.. Ikut hati rasa nak sound je.. -.-

    ReplyDelete
  4. terkedu kejap bila nampak 'pole dancer' sbb tak dapat nak relate mula-mula tu. lepas tu baru fahammm :D baru tahu jugak atas bas boleh guna touch n go :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. hehe kelakor.. teringat pulak zaman muda mudi dulu. nak keluar g dating naik bas. bahahahaha :D

    jalan2 la ke sini nnt ye. hehe :-* tq awak https://superbvitaminhouse.blogspot.my/

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.