Keseronokan Aktiviti Di Port Dickson

by - 10:30:00 PM

pernah tak korang rasa Malaysia ni sebenarnya memang cantik? cuma bila kita dah dari kecil memang duduk di tanah air ni, kita macam terlepas pandang certain tempatkan. apatah lagi gunung-ganang, pantai-pantai di sini. rasa macam negara orang lebih lawa berbanding negara sendiri. well, maybe korang tak. bagi aku ya. tapi ada masanya bila dah travel ke negara orang, aku mula perasan Malaysia pun ada banyak tempat menarik juga. biasalah bila kita tetapkan dalam fikiran yang 'ala, setakat Terengganu tu, esok-esok pun boleh pergi.' hahaha. bayangkan Masjid Shah Alam pun aku tak pernah pergi sebab aku ni duduk Shah Alam. so, this time aku rasa sementara nak menunggu next travel destination aku tahun depan, aku nak explore pantai-pantai di Malaysia.

amysyeera

Keseronokkan Aktiviti Di Port Dickson


assalamualaikum and hello lads! Jom siapa nak ikut aku pergi bersantai? Boleh rehat-rehatkan badan dan minda. Asyik sibuk dengan kerja seharian saja, bosan sangat. Bahaya bila sentiasa stress ni walaupun kerja tu memang passion kita. Tak salah pun sekali sekala bercuti ke tempat menarik, lebih-lebih lagi tempat yang ada pantai dan permandangan yang cantik serta aktiviti yang menarik. Aku biasa kalau berjalan, aku lebih memilih tempat nature. Ada orang suka historical building. ada yang suka kesibukan kota. Sebab tu kalau tengok Pinterest aku, memang banyak gambar nature sahaja. Sambil merehatkan minda, boleh juga luangkan masa dengan anak-anak, orang tersayang dan kawan-kawan. Pergi sendiri pun tak salah apa. Jadi, apa kata jom pergi bercuti ke Port Dickson atau lebih dikenali dengan nama PD. Ha, siapa lagi yang tak tahu PD tu dekat mana? Tsk tsk tsk. PD tu terletak di Negeri Sembilan dan merupakan destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Mempunyai kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan pelancongan. Terdapat juga pelbagai pilihan penginapan yang selesa seperti hotel Port Dickson, resort, homestay, dan lain-lain lagi.

Hotel-Hotel di Port Dickson


Bagi korang yang berdekatan tu mungkin dah selalu dapat tengok pantai dan melakukan aktiviti yang menarik di sini tapi bagi korang yang rancang untuk bawa family bercuti dan lebih-lebih lagi yang datang dari jauh-jauh tu mestilah nak stay lama-lama sikit kan dekat sini. Pemilihan tempat penginapan juga pasti korang perlukan yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan. Di sini terdapat banyak hotel yang sangat cantik dan unik seperti Grand Lexis Port Dickson, Avillian Hotel, Klana Beach Resort, Thistle Hotel dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya, kebanyakkan penginapan di sini terletak betul-betul di tepi pantai dan di atas air. Haaa, pasti ia akan menjadi pengalaman percutian korang yang sangat menyeronokkan. Jadi, korang boleh buat pilihan mengikut bajet percutian korang.

Image result for port dickson beach tumblr

Kalau korang nak cuti berbulan madu atau perlukan tempat privacy yang menarik dan cantik, aku cadangkan korang stay dekat Grand Lexis Port Dickson kerana tempatnya sangat unik. Hotel ni juga, boleh dikatakan 5 Star hotel kerana ianya bersih, environment yang tenang, terdapat pelbagai kemudahan, view yang cantik, dan tempat yang selesa. Bagi korang yang baru first time ke sini pasti akan teruja. Di sini juga mempunyai banyak aktiviti yang korang boleh lakukan, antaranya ialah bermain mini segway, memanah, berbasikal, dan macam-macam lagi. Apa yang lebih menyeronokkan ialah korang boleh bermain swimming pool hanya di bilik korang saja. Jadi, dah tidak perlu malu untuk mandi di luar dan korang boleh menikmati masa berseorangan dengan tenang.

Pantai Teluk Kemang


Selain itu, korang juga boleh berkunjung  ke pantai Teluk Kemang di mana ia merupakan kawasan pantai Port Dickson yang paling popular. Keluasan pantai ni ialah kira-kira 1.6KM panjangnya dari Kemang Indah hingga ke Baitul Hilal. Bagi pengetahuan korang, pantai ni sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama di hujung minggu. Ramai yang datang untuk bermandi-manda, bersantai atau berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan sambil bersantai menikmati pemandangan indah ditepi laut. Banyak kemudahan yang disediakan dekat sini seperti tandas, bilik mandi, surau, pondok rehat, gerai dan restoran. Korang juga boleh melakukan aktiviti yang menarik seperti bermain banana boat, kayak, jet ski, parasailing dan lain-lain lagi.

traveloka teluk kemang
credit to google

Blue Lagoon


Tambahan lagi, korang juga boleh pergi ke Blue Lagoon atau nama melayunya dikenali sebagai Tanjung Biru. Ia adalah sebuah pantai yang terpencil terletak berdekatan dengan Tanjung Tuan. Walaupun pengunjungnya tidak seramai seperti di pantai Teluk Kemang, namun Blue Lagoon juga adalah salah satu kawasan pantai Port Dickson yang menarik dan cantik. Korang boleh melakukan aktiviti menarik dan bersantai sambil menikmati permandangan pantai tanpa kesibukan pengunjung lain.  Ia juga berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan atau dikenali dengan Cape Rachado. Bagi korang yang cadang untuk bermalam di sini terdapat banyak pilihan hotel dan resort yang menarik boleh dipilih sebagai tempat penginapan percutian korang.


Ostrich Farm


traveloka ostrich farm

Siapa pernah main dengan burung unta?? Korang nak bermain dengan burung unta? Uish bestnya kalau dapat main even for once! Haaa, kalau nak, korang boleh singgah ke PD Ostrich Farm yang terletak tidak jauh dari pantai Teluk Kemang. Ia adalah salah satu tempat menarik yang harus dikunjungi jika korang bercuti ke PD. Selain melihat dan memberi makan burung unta, korang juga boleh menunggang dan berlumba dengan burung unta. Pasti ia akan menjadi pengalaman yang menarik untuk korang. Di PD Ostrich Farm juga terdapat haiwan lain seperti keldai, unta, kambing, arnab, angsa, ayam belanda, itik dan lain-lain lagi. Yang pastinya, kalau korang bawa anak-anak pasti mereka akan terhibur dan mendapat pengalaman baru setelah berkunjung ke sini. So,  have fun! Selamat bercuti and be safe. :)

Adios~



post signature

You May Also Like

4 comments

  1. Banyak juga aktiviti di pd ya. Tak pernah explore semua

    ReplyDelete
  2. PD ni selalu sesak, kena pandai cari tarikh yang sesuai, kalau sesak sangat boleh menyampah dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Reen dah pernah pergi Ostrich Farm.. Memang best. Heheee lupa nak up entry tentang Ostrich Farm ni. Dapat merasa makan telur Ostrich. Fuh.. Sedap.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.