Review Filem Dear Zindagi | Shah Rukh Khan & Alia Bhatt - Amy Syeera

Friday, December 2, 2016

Review Filem Dear Zindagi | Shah Rukh Khan & Alia Bhatt

don't let your past blackmail your present and ruin your beautiful future. aku suka dengan quote ni. quote yang disebut oleh Dr Jehangir Khan dalam filem Dear Zindagi. maybe bila baca macam tu sahaja, tak ada membawa makna sangat. tapi bila sekali korang dah layan filem Dear Zindagi, quote tu memang deep sangat untuk aku. aku suka dengan filem ni. sebab apa? sebab salah satunya movie ni bukan genre romantik. sebaliknya lebih kepada drama. drama yang sangat berkaitan dengan kita. walaupun first impression bila korang dengar aku sebut drama, mesti rasa macam tak best kan. dah lah kena hadap 2 jam 30 minit. memang sanggup ke? haha. i can definitely say (in shaa ALLAH) cerita ini memang takkan buat korang bosan.

Image result for dear zindagi
Rating aku: 8/10

Review Filem Dear Zindagi

apa yang terlintas di fikiran korang bila aku sebut psychiatrist or psychologist? some of people akan cakap orang gila or ada masalah jiwa melampau je akan jumpa dengan golongan doktor ni ataupun diorang panggil dalam filem ni, BD a.k.a Brain Doctor. memang aku perasan ramai fikir macam ni. sebab tu tak semua berani jumpa dengan BD. sebab fikir pandangan orang dekat kita nanti jadi pelik. sama jugalah yang terjadi pada mulanya dengan Koko (Alia Bhatt). 

Image result for dear zindagi

Koko merupakan seorang camerawoman yang sangat talented. she knows how to make the stories interesting. tapi di sebalik kejayaan dia tu, masalah yang dia hadapi sangat melampau untuk dia. bila dah ada rumah sewa, landlord halau keluar pula sebab dia single. bila dah ada suka someone, turns out si bakal boyfriend engaged dengan ex girlfriend. and dia dari dulu sampailah sekarang ada masalah dengan so called sweet couple ni. serious, dia menyampah sangat. hahaha. bila dia in a relationship pun, dia yang putuskan dulu sebelum lelaki tu dumped dia. 

Image result for dear zindagi

disebabkan dah kena halau, kawan baik dia ajak tinggal sama dekat Goa for a while sementara tunggu projek baru. actually, family dia pun tinggal dekat Goa. but again, selain masalah-masalah di atas, dia ada masalah dengan parents dia juga. sibuk nak kenenkan dia lah, sibuk tanya pasal tu pasal ni. benda tu memang stressful. i feel her. tapi bukan sebab tu dia kecewa dengan parents dia. korang kena tengok sendiri baru tahu apa sebabnya. muehehe.

masa dekat Goa ni lah dia jumpa Dr Jehangir Khan (Shah Rukh Khan). ayah Koko berjaya dapatkan satu projek kecil untuk 1 hotel ni. atas dasar nak tolong kawannya. and Koko pun since tak ada benda nak buat, dia terima sahaja tawaran tu. masa sibuk nak shooting video, dia terdengar satu konferens untuk para Psychiatrist. and dia tertarik dengan kata-kata dan gaya Dr Jehangir Khan. then, dari situ dia buat appointment dengan Dr Jehangir a.k.a Dr Jug.

macam-macam dia belajar dengan Dr Jug. mulanya memang awkward. sebab nak luahkan everything dekat someone yang kita tau memang BD pun. apatah lagi semua rahsia tu tak pernah kita dedahkan dekat siapa-siapa. but then Dr Jug has his own way. memang funny sangat Dr Jug. dia tak cakap direct dulu, but instead dia kasi cerita or dia guna cerita Koko menggunakan simbolik berbeza. ada masanya aku rasa macam aku pula yang tengah berdepan dengan Dr Jug. hahaha. 

Image result for dear zindagi

aku suka filem Dear Zindagi ni. sebab aku pun bukan jenis meluahkan segala-galanya dekat orang. aku anak sulung and sebagai anak sulung tu memang sangat berat. apatah lagi bila aku dah lost arwah abah, bila aku sedih je, aku terpaksa pendam sendiri. tak nak bebankan ummi dengan masalah-masalah aku. aku teringat Dr Jug cakap something like, kita susah nak expresskan rasa sayang dekat seseorang sebab perasaan benci sedih semua tu pun kita pendam. sebab tu juga lah ada masa kita terlalu takut nak getting involved in a relationship. takut benda tu tak kekal lama. maybe end up orang yang kita sayang akan tinggalkan kita. so nanti hatred and sedih tu jadi bertambah tambah.

sedih? adalah part sedih. aku ni tak boleh tengok kalau ada scene antara parents dengan anak. memang meleleh tak boleh control. lagi sedih bila dengar cerita Koko yang lama sangat dia simpan dari kecil. kelakar yes ada. romantik tu adalah juga. biasalah, kehidupan seharian kita. filem Dear Zindagi ni memang make sense lah. and nasib baiklah mereka berdua ni tak bercinta. aku mula-mula tengok poster dah risau dah. hahaha. bayangkanlah dah macam anak dengan bapa. rupanya, jauh betul dari sangkaan aku.

overall, aku recommend korang untuk tengok filem ni. kalau bosan, aku minta maaf. haha. filem ni kena sebiji dengan hidup aku, so maybe sebab tu aku suka filem Dear Zindagi. pelakon-pelakon dalam filem ni memang mantap semuanya. ada pelakon tambahan macam Aditya Roy Kapoor, Ali Zafar, Kunal Kapoor dan lain-lain lagi. happy watching!

Image result for dear zindagi

adios~



post signature

6 comments:

  1. Jangan biarkan masa lepas kita sabotaj masa depan. Memang best quote cerita zindagi ni

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  2. selalu nampak SRK mention cerita ni kat Twitter dia :D dah ada kat cinema ea? kita tak tahu sgt filem2 baru ni :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. senyum.. :)
    suka review Amy ni..

    tapiiiiii...

    ermmm.. takpe.. nanti-nanti..

    ;)


    ...

    ReplyDelete
  4. ada Shah Rukh Khan yay!!! hehe. Rasa tak pernah lagi kan dia bawak watak macam ni.Nice review. Rasa nak tengok plak

    ReplyDelete
  5. Filem hindi ni kena betul2 tonton baru boleh feeling. Pcl x boleh sebab suka terlena dlm panggung..haha btw cerita ni semestinya bagus sbb amy dah bagi 8/10.. kalau dah minat mesti jegei mata kan!

    ReplyDelete
  6. Wah, good review...suka filem ni, part lawak *lebanon* tak boleh blah haha....saya bagi 4/5 bintang ☺

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.