Tukar Kad ATM yang Terbaru - Amy Syeera

Friday, December 9, 2016

Tukar Kad ATM yang Terbaru

assalamualaikum and hello lads! ini scheduled post. mengantuk sangat-sangat. tapi dah janji dengan diri nak buat entry at least sehari sekali. so here goes. siapa sini dah tukar semua kad bank? ha, kelam kabut semua pakat tukar kad bank kan. aku ni pun sebenarnya dalam kategori last minute juga. hahaha.

Tukar Kad Debit Bank Terbaru


Image result for bank card

kad CIMB dah settle bulan lepas. itupun ada masalah juga. aku dah pergi tukar, tapi dalam masa 24 jam, aku TAK KEY IN pin nombor yang dia kasi. last-last terpaksa tolak RM12 dari akaun CIMB untuk buat yang terbaru lagi sekali. adoi. tak memasal je amelia. nasib kau lah ambil ringan -.- ni kalau ummi aku tahu, mahu mengamuk. hehe. shhh... kad CIMB aku buat dekat KL Sentral je. tak ramai rupanya tahu ada CIMB dengan Maybank branch dekat situ. semua pakat ingat ATM dengan CDM sahaja. memang kecil pun tempatnya. staff yang jaga kaunter pun tak ramai. ada 2 kaunter je. so, bila dah ramai tu, sabar je la nak ye menunggu. 

sekarang ni masalah kad Maybank pula. eh, tak ada masalah pun. aku yang duk tunda-tunda nak buat kad baru. haritu dah siap design kad Maybank dah. letak gambar family. punya sebulan tunggu, rupanya tak jadi. lerr. mana la aku tahu. penat je tunggu -.- last-last aku decide untuk buat kad biasa sahaja. ceri pun cerilah. or apa sahaja gambar terbaru sekarang. esok baru plan nak pergi. harapnya tak ramai. 

tadi pun ummi aku pergi dengan ayah, ambil nombor giliran lagi 50 orang, okay. ummi aku balik rumah dulu, solat, makan. then, datang balik tinggal lagi 20 orang. hahaha. efficient tak. daripada menunggu lama dekat situ, dah dapat makan dengan solat. kalau duduk rumah dekat macam ni, senanglah. nasib baik boss aku okay. dapatlah masuk lambat sikit ke office. untuk settle kan benda ni. aku baca dekat whatsapp, last day dia 18 disember. betul ke? 

adoi, minggu depan aku travel ke negara orang. so, memang tak dan nak buatnya. korang pula dah settle ke? 




post signature

3 comments:

  1. Elok settle kan pblm kad sebelum travel

    ReplyDelete
  2. semua kad debit telah ditukar baharu kecuali BSN..sebab ramai sgt org di cawangan...jenuh nak menunggu..

    ReplyDelete
  3. AM baru je siapkan maybank..
    itu pun buat online je..

    CIMB kena pergi buat nie..
    Nantikan xdapat nak keluar gaji bulan2 lak..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.