09/01/2016 - 10/01/2016 - Amy Syeera

Friday, September 30, 2016

Misteri Rumah Dua Penghuni

7:59:00 PM 12
Misteri Rumah Dua Penghuni
assalamualaikum and hello lads! agak-agak takut tak bila aku buat tajuk macam tu? actually, it's not an horror story. tapi bagi aku, andai kata benda ni kena dekat aku sendiri, aku boleh jadi takut untuk duduk situ dah. so, this is what exactly happened to one of my mother's son's friend. and ini kisah benar tau. 

Image result for apartment

Misteri Rumah Dua Penghuni


anak kawan mak aku ni, let say his name is Badli. Badli ni baru sahaja berkahwin dengan Dania. so, biasalah plan orang baru berkahwin ni untuk berpindah ke rumah sendiri. so they can have their own privacy. orang baru nak merasa erti perkahwinan lah katakan. cari dan cari, mereka akhirnya berkenan dengan satu apartment ni. dalam seminggu duk punggah barang ke rumah baru, akhirnya rasmilah duduk di situ. 

Wednesday, September 28, 2016

Penuhi Kepuasan dengan DASHING ADVENTURER 2.0

8:00:00 PM 0
Penuhi Kepuasan dengan DASHING ADVENTURER 2.0
Siapa antara korang yang sama macam aku, lebih suka bau perfume or bedak yang direka khas untuk kaum lelaki berbanding bauan perempuan?  yes, dari dulu aku macam addicted dengan bau perfume lelaki. so, pelik tak kalau aku mencuba minyak wangi lelaki? hahaha. and of course, salah satu daripada bauan yang aku suka datang daripada jenama Dashing. Dashing menjadi kegemaran aku dan juga adik lelaki aku sejak dari dulu. so, bila ada keluaran terbaru dari Dashing, confirm sahajalah kena cuba kan! jadi apa keistimewaan Dashing yang terbaru ini? Apa signifikan yang cuba disampaikan oleh produk Dashing ini?


Inovasi Terunggul Yang Pertama di Malaysia

Lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman. 

Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan keyakinan, DASHING sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki Malaysia - pengeluar pelbagai dandanan lelaki lengkap yang di cipta bagi mereka yang sedang menuju ke puncak keyakinan mereka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, DASHING membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan. Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. 

Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0. 

Dashing Bold 2.0


1. Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan! 

2. Sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.

Dashing Edge 2.0


1. Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran. 



2. Perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka. 

Deodoran semburan NO GAS Dashing Adventurer 2.0


Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden, DASHING ADVENTURER benar-benar memahami kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Walaupun mereka meletakkan kepentingan yang tinggi dalam menarik perhatian orang lain, kemudiannya mengekalkan kesegaran dan keselesaan diri sambil menjalani aktiviti harian mereka juga merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, memaksimumkan kesegaran dan keselesaan, DASHING ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia. Dapatkan kepuasan 2x ganda dari deodorant anda Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. 

Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari. "DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deodoran ‘NO GAS’ di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapatkan 2x lebih manfaat daripada deodoran anda. Melalui cara ini, anda boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER. 

"Kata Encik Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran DASHING. Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati. 

Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang 'sedia untuk bergerak' dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda. 

********** Tentang Rangkaian DASHING ADVENTURER: 



 

· EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST. 
· EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST. 



  
· Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST. 

www.amysyeera.com



  
· Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. 

www.amysyeera.com


Tentang WIPRO UNZA Semenjak tahun 1980, WIPRO UNZA Group telah berjaya membina portfolio yang luas dengan jenama-jenama barangan penjagaan diri dan produk isi rumah bagi pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, Kumpulan ini mengeluar dan memasarkan pelbagai jenama di 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan sebagainya. WIPRO UNZA mempunyai portfolio 24 jenama dengan 6 jenama utama. Antara jenama- jenama terkemuka WIPRO UNZA termasuk ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan VITALIS dalam pasaran produk penjagaan peribadi dan VIGOR dan MAXKLEEN dalam pasaran produk isi rumah. Banyak produk WIPRO UNZA menikmati kedudukan terulung di pasaran kerana jenama- jenamanya direka khusus dan dicipta selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna di Asia. post signature

Personally, aku sangat suka dengan Dashing Edge 2.0. bau dia tak kuat. and tak meninggalkan sebarang kesan di baju or di tubuh bila pakai. adik aku setiap kali ke sekolah pun memang takkan miss pakai deodoran and perfume Dashing Edge 2.0 ni. kalau korang lebih suka pada bau yang kuat, korang boleh cuba Dashing Bold 2.0. depends pada aroma mana yang menjadi pilihan. para gadis/isteri pun boleh juga cari produk Dashing terbaru ni untuk diberi pada buah hati kesayangan kan. :)

Kes Dua Mak Berebutkan Anak

2:00:00 PM 11
Kes Dua Mak Berebutkan Anak
Siapa emak dekat sini? rata-rata kalau aku cerita pasal ini, mesti korang pun boleh memahami apa yang dirasai oleh satu mak yang hakikatnya baru sahaja kehilangan anak tapi dia sangkakan anak lain itu adalah anak dia. apa yang berlaku sebenarnya sampai berebut ni? assalamualaikum and hello lads! kalini aku nak share cerita yang terjadi di rumah aku. 

www.amysyeera.com

Dua Kucing Berebutkan Anak


Aku ada kucing yang dah lama keluarga aku bela sejak dia kecil lagi. yes, aku bercerita pasal kucing peliharaan aku.  namanya Anna. Anna ni baru sahaja melahirkan 3 ekor anak kucing. 2 ekor warna oren sama sepertinya dan seekor lagi putih. Ollie ni pula anak Anna sebenarnya. tapi tak tahulah, maybe kucing jantan aku, Meki tak tahu Ollie tu bawah umur -.- , habis si Ollie pun bunting. and end up keguguran. sepanjang dia bunting, tak ada sebarang masalah pun. tapi bila dah nak sampai masa melahirkan, bawa pergi klinik sebab ummi aku sensed something is wrong with Ollie. bila check, doktor kata dah besar baby tapi maybe belum sampai masa dia untuk jaga baby dia tu. jadi Ollie terpaksa tinggal sementara di klinik untuk doktor pantau kesihatan Ollie. Tapi disebabkan dia baru sahaja melahirkan anak yang sudah mati dalam perut, doktor haiwan kata hormon 'ibu' tu automatically ada dalam tubuhnya. 

Thursday, September 22, 2016

Aku Seorang ENFJ | Myers Briggs Type Indicator Test

10:00:00 AM 5
Aku Seorang ENFJ | Myers Briggs Type Indicator Test
assalamualaikum and hello lads! i hope you have a very good day today. aku happy sikit harini sebab train sepatutnya sampai lagi 6 minit tapi tiba-tiba datang satu train kosong tak sampai 1 minit pun aku berdiri di stesen tu. so, aku dapat mengelakkan diri dari rasa claustrophobic. yes, aku ada fobia tu. cuma takdelah terlalu berat macam orang lain. minor sahaja. ingat lagi tak kes train rosak selama 2 kali dalam 1 minggu haritu? aku salah seorang yang terkena. sedih. stress. semua ada. cuma tak berkesempatan je nak naik atas trek keretapi tu. hahaha. 

Ujian 16 Personaliti


Image result for enfj personality tumblr

Wednesday, September 21, 2016

Beli Go Pro Hero 3+ Black untuk Travel

12:00:00 PM 18
Beli Go Pro Hero 3+ Black untuk Travel
hallo hallo hallo. assalamualaikum and hello lads! lamanya aku tak update dekat sini. kesian blog aku. rasa bosan tu sangat-sangat mencanak naik sampai rasa nak tutup blog pun ada. tapi mengenangkan ada tanggungjawab dekat blog ni, aku kena fikirkan juga cara untuk hidupkan blog aku sampai bila-bila. tapi bayangkanlah sendiri bila kita dah lama tak update, penulisan pun dah macam zaman SPM aku dulu. almost fail. hahaha. kelakar pula bila fikir balik kenangan masa SPM lepas.

Go Pro Hero 3+ Black untuk Travel



Image result for gopro hero 3+ black

Saturday, September 3, 2016

Lunch di Panacea Cafe, Seksyen 9 Shah Alam

8:00:00 PM 8
Lunch di Panacea Cafe, Seksyen 9 Shah Alam
assalamualaikum and hello lads! korang dah makan belum? memandangkan aku ni kuat makan and suka explore cafe/restoran baru, aku cuba pula di satu tempat yang boleh lah dekat dengan rumah aku. still dalam area Shah Alam lagi. nampak tak bila orang kuat makan, kesungguhan nak makan dia sampai naik Uber pun tak kisah. haha. kalau korang biasa lalu Seksyen 9, korang boleh perasan punya Panacea Cafe ni. dia berada berdekatan dengan area perumahan. 

Panacea Cafe, Seksyen 9 Shah Alam

apa yang best bila datang sini sebab suasana dia santai. nak cari parking pun senang. tak bising dengan bunyi kereta lalu lalang dekat jalan besar tu. sesuai sangat jadi port untuk melepak dengan member-member. sementara menunggu makanan dihidangkan, aku sempat berbual dengan pemilik Panacea Cafe ini. 

Thursday, September 1, 2016

My Kind of Bucket List

10:00:00 AM 8
My Kind of Bucket List
salam 'alaik and hello lads! salam Khamis. salam Merdeka. harini aku ada jamuan dekat department aku iaitu Network Quality Assurance. just simply to get to know each other. ye lah, ada yang berhenti. ada yang baru masuk macam aku. so, masa ni je nak kenal tu siapa ni siapa. well, most of them aku dah kenal. cuma segan sahaja nak tegur. is it okay not to tegur some of the staff dekat office sebab aku ni pemalu? 

Image result for dream tumblr

Bucket List


ops, back to the story. aku percaya each one of us mesti ada impian masing-masing. percaya tak, impian aku hanya bermula masa aku berumur 15 tahun. dan impian aku cuma satu masa tu. nak dapatkan kulit wajah sihat tanpa jerawat pada umur 18 tahun nanti. kelakar pula bila fikir. tapi tak sangka, memang menjadi. i guess it's the miracle of having a dream. bila ada satu impian and bersungguh nak dapatkan dia, kita akan berjaya. in shaa ALLAH. at the age of 18, aku dapat juga apa aku idamkan. tak adalah betul-betul selicin wajah seperti gadis lain, but still. :)