
Forbidden City | Tian'anmen Square
Day 3 Tempat: Forbidden City + Tian'anmen Square Masa: 8:30 pagi Suhu: 1 degree C


masa ni baru pukul 9 pagi tapi ramai dia jangan cakap lah. better datang awal kot. kalau tak nak elak overcrowds. entah lah. rasa macam sama je. -.- tapi memang worth it masuk dalam Forbidden City. luas sangat! part paling aku suka dalam ni adalah Jingshan Park dia. subhanallah taman dia lawa. aku rasa kalau aku duduk sini, andai kata stress and nak tenangkan fikiran, aku akan datang sini. make sure jangan sesat tau!!! oh, ada toilet di dalam kalau tak tahan sangat sejuk. tapi kena beratur la.




![]() |
pintu laluan masuk ke Forbidden CIty |





![]() |
tak ada kerja ambil gambar sambil duduk. sekali ada budak kecil mengepit daa.. haha |




![]() |
aku, Yan (Wiya Travel) dan Ana |
![]() |
tunggu jodoh ke Amy |
lepas dah puas bersantai dekat Forbidden City, kami pergi ke masjid pula. sebab hari tu jatuh pada Hari Jumaat. so, kenalah tunaikan apa yang wajib dahulu. aku ambil kesempatan untuk bertanya pada tour guide pasal kereta-kereta comel yang orang drive dekat Beijing. comel weyh! kalau dekat Malaysia ada, aku rasa kereta tu pun dah cukup okay untuk aku bawa ke mana-mana. hahahahahaha.
![]() |
sepanjang laluan pulang dari Forbidden City |


menurut Mr John, kereta tu memang ramai yang pakai. ada yang bawa parents pergi pasar. ada bawa budak-budak kecil pergi sekolah. kereta dia macam mana tau bentuk dia? macam beca. cuma lebih comel. tapi ada je secara illegal buat kereta tu sebagai teksi. hahaha. tapi aku rasa ada je kot yang naik walaupun kira kategori haram.
and cakap pasal kenderaan ni. nak tahu tak dekat Beijing ada polisi baru? untuk pengetahuan kalian, Beijing sangat teruk pollution. super teruk! cuma alhamdulillah, masa kami last day dekat sana barulah haze terjadi. jadi apa kerajaan dia buat? contoh pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, hanya kereta bernombor plate GANJIL di hujung sahaja boleh keluar. so, hari seterusnya kereta bernombor plate EVEN pula boleh keluar. aku tergelak dalam hati. ini kalau buat dekat Malaysia, mahu kena sumpah seranah. hahahahahaha. tapi menjadi! almost 50% tau kereta berkurang atas jalan raya.
Tempat: Fresh Water Pearl Centre | Tea Ceremony Masa: 12 tengah hari Suhu: 3 degree C
selesai solat, kami bergerak ke beberapa tempat yang tak best. iaitu Water Pearl Centre dan juga Tea Ceremony. alahai, bosannya pergi kedai macam ni. -.- sebab tu aku kata better pergi sendiri sahaja. tak perlu habiskan masa dekat tempat tak sepatutnya. masa kami kena TIPU tu, tak adalah seteruk berbanding kumpulan yang lain. kumpulan lain kena apa tau? masa dekat Water Pearl Centre tu, mereka sampai dikepung! selagi tak beli barang, selagi tu diorang tak kasi keluar. wey, tak baiknya!! tak memasal ada orang pakai kad kredit sampai 5K RMB sebab beli mutiara dekat situ. alahai.
tolong jangan terpedaya dengan cerita mereka. kata dia tak reti cakap English. lepas tu datang dari Shanghai bekerja dekat company pakcik. kata jade tak lawa, so better beli pearl. then, siapa boleh teka mana satu design dia, dapat free. bla bla bla.. cerita berbeza tapi plot nya sangat sama! cuba baca blog orang lain. memang sama. aku suggest janganlah beli dekat sini. pergi je lah Sabah tu. lagi lawa.
dekat tempat teh pun sama. hidang macam-macam jenis teh. memang sedaplah. tapi dengar harga sampai 100 RMB satu kotak. alah kak, saya beli dekat Cameron Highlands je la. sama je rasa dia.
Tempat: Bird Nest + Olympics Stadium Masa: 5:30 petang Suhu: 0 degree C

![]() |
Bird Nest |
![]() |
Water Cube |
![]() |
Jammed teruk gila even waktu malam. |
Tempat: Wangasi Muslim Restaurant | Wangasi Musilim Flavor Masa: 8:30 malam Suhu: -1 degree C




Jauh berjalan. Semoga menemui hikmah dalam pengembaraan 😅
ReplyDelete