Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri

by - 10:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! ha, before aku masuk ke cerita yang aku nak bagitahu dekat korang, aku nak tanya satu soalan. sini siapa yang biasa buat semua sendiri? event travel solo? maybe lelaki okay kot. aku merujuk khas untuk perempuan. yes, itu tindakan yang sangat berani sebab nak pergi seorang sangat berisiko. anything can happen to us women right? adakah itu sexist? i don't know. you tell me. 

Image result for alone tumblr

Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri


aku pun biasa buat kerja sendiri. maybe sebab aku rasa macam aku tak suka nak menyusahkan siapa-siapa. so aku gunakan kebolehan yang ada untuk figure out by myself. i mean literally everything. ye keeee kau ni Amelia. tapi aku masih belum di tahap untuk travel secara solo. masih belum jumpa kekuatan tu. in shaa ALLAH one day.

okay, so this is what happened to one of my friend's friend. yes, ini kisah benar. tapi aku tak mahu sebut siapa orangnya. aku jadikan cerita dia sebagai satu pengajaran sahaja. sejak usia muda, dia dah biasa travel sendiri. memang hardcore lah. and orangnya sangat ceria. banyak cakap and semua. berani jangan cakaplah. orang berani je mampu buat macam ni kan.

so, tiba-tiba one day she decided untuk sambung belajar Master di Jepun seorang diri. dia rasa dia mampu buat tu sebab dia dah biasa buat benda lain seorang diri pun. so, apa hal kan kalau setakat belajar Master for 1 year di sana. emaknya bagi sahaja persetujuan since itu yang anak dia nak. 

tapi apa terjadi di sana. memang susah bagi dia. bagi orang yang tak tahu culture Jepun di sana, kawan aku kata, mostly diorang memang buat hal sendiri. tak bercakap dengan orang sekeliling even jiran sendiri. lagi-lagi kita yang memang tak faham bahasa diorang tu. itulah apa yang dia hadapi dari hari ke hari. bayangkan orang yang suka bercakap bila dia tak ada member untuk bercakap dengan orang lain, sangat frustrated. nak cari rumah susah. nak angkut barang. nak buat Master dia. hari-hari menangis dekat mak dia. tak sampai setahun, to be exact baru 4 bulan, mak dia suruh dia balik ke Malaysia semula. berhenti sahaja belajar di sana. 

and sekarang apa terjadi? dia disahkan menghidap penyakit kemurungan. and dia terpaksa bergantung dengan ubat antidepressant setiap hari. kesian kan. orang yang dahulunya cerita sekarang dah tukar jadi orang yang sangat pessimist. setiap kali nak buat sesuatu, dia akan asyik fikir benda buruk je. 

aku bagi nasihat dekat orang lain. kalau rasa hati tak cekal and tak biasa hidup seorang diri macam tu, janganlah buat ye. apa-apa nanti kita susah. dah la jauh dari keluarga. duduk di negara asing. memang susah. kalau mampu, bertahan sahajalah. maybe, just maybe juga sebab culture Jepun macam tu, ramai yang bunuh diri. allahu akbar. mohon dijauhkan dari perkara macam tu. 

Image result for alone tumblr

itu sahaja dari aku harini. 

adios~




post signature

You May Also Like

4 comments

  1. kesian nyaa. sebab dah biasa ceria tetiba tak ada keceriaan dalam hidup dia terus jdi depress. atau sebenrnya dia ada masalah lain kot sampai jadi macam tu.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya.. Tak salah kalau nak travel but I guess it depends to the place.. Kalau boleh nak jugak sambung oversea but selalu terfikir, nak bergantung dekat sapa if anything happens?

    ReplyDelete
  3. Kesiannya..susah juga kalau tak ada orang yang kita nak ajak bersembang kan..

    ReplyDelete
  4. Berani btul sorng2 g overseas..kalau akk kt malaysia ok la lgi kn..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.