Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu

assalamualaikum and hello lads! salam Khamis. semoga hari korang semua dalam keadaan yang indah sahaja. hopefully in shaa ALLAH. aku pula macam mana? entah. asal nak masuk hari Khamis je mesti rasa malas nak pergi kerja. haha. kenapa? sebab aku ni fiil suka siapkan semua report hari Isnin dengan Selasa. kalau dahulu 1 report ambil masa seminggu untuk siapkan. tapi bila dah selalu buat for almost a year now, 4 report aku berjaya buat dalam 2 hari sahaja. of course lah awal-awal banggakan, lama-lama menyesal sebab hari seterusnya blur tak ada benda nak buat dah. -.- now i know kenapa ramai suka tangguhkan kerja. haha ops. but i don't know how to do it. kadang-kadang boss aku random je minta report. kadang-kadang dia senyap. so, better siapkan sahaja secepat mungkin. nasib baiklah ada masa email masuk minta buat work order bagai, terasalah juga busy macam orang lain.

Image result for classic love tumblr

Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu


tapi bila dah sibuk sangat dengan kerja, kadang-kadang terlupa juga soal cinta ni. bab cari jodoh. eksyen je kau amelia. maklumlah, dah makin berusia ni, lagilah rasa macam oh no, oh no! i'm getting older!!! what am I supposed to do?? run away and go live somewhere else?? so overthinking. yes, that I am. bila sebut soal cinta, fikir balik, aku tak ada pengalaman macam orang lain. tengok wayang berdua, makan berdua, call 24 jam sehari. jealous? of courselah! hahahaha. masa tu je lah. bila bayangkan aku di tempat diorang, tiba-tiba rasa rimas pula. asyik attached dengan orang sama je. tak bosan ke? 

nevertheless, aku ada banyak sangat experience dalam soal mencari cinta ni. hahaha. seriously banyak. dulu yes aku tahu macam mana nak pendam perasaan for 2 YEARS dekat someone yang aku suka. lama kelamaan, rasa benda tu macam mengarut je. dah alang-alang kau suka, kenapa kau nak senyap je ni??? so, aku cuba tukar pendirian diri. lebih baik menyesal sebab kau dah did something daripada menyesal sebab tak pernah buat langsung. cakaplah apa sahaja cara untuk mencari jodoh ni, macam-macam dah aku cuba. tapi satu pun tak berjaya. hahaha. maybe sebab aku sibuk mencari and tak perasan jodoh depan mata? who knows. well, at least I already tried. 

Image result for what is love tumblr

cuma satu part aku tak suka dengan kisah cinta zaman sekarang ni, cara approach nya berbeza dengan zaman parents kita bercinta kan. kalau masa kecil-kecil dahulu, masing-masing sibuk layan Hindustan. sampaikan nak tidur je mimpi harapkan benda yang sama. teringat movie Dil To Pagal Hai. si Pooja berangankan sang Putera menyelamatkan dia dan mengembara ke tempat lain dengan menunggang kuda. so aku pun tak pasal-pasal duk berangkan kisah cinta macam tu juga. hahaha. hebat penangan filem Hindustan dalam hidup aku. tapi bukan itu yang aku harapkan. ada masa bila dengar mak ayah bercinta pakai surat letak bedak, keluar dapat bunga sekuntum, ambil gambar simpan dalam album and macam-macam lagi. sweet sangat. benda tu memang boleh simpan dalam kotak memori sampai bila-bila. 

tapi bila zaman dah makin moden, kenapa kisah cinta macam tu semakin pupus juga ye? dah tak dikira romantik juga ke? sekarang ni aku tengok masing-masing bercinta pakai phone je. yes, phone tu lagi senang and cepat. tak adalah tunggu sampai seminggu nak dapat jawapan dari orang tercinta kan. hahaha. tapi kenapa nak approach orang pun pakai phone ni? nooo.. be a man! be a woman! ajak depan-depan. takut kena reject. well, it happens. itu lumrah kehidupan dalam alam percintaan. itu baru nak bercinta, belum lagi masa bercinta. dating pun sempat hadap phone. cerita yang awek duk bebel dari tadi, separuh je dia dengar. alahai. terasa macam cakap depan dinding je. 

sekarang pun ambil gambar berdua je simpan dalam Instagram, tunjuk pada orang dekat Facebook yang dialah manusia paling bahagia dalam dunia ni sebab dapat soulmate yang tak sangka dia akan jumpa. kalau dahulu tak perlu pun nak canang satu dunia dia orang paling happy tapi hubungan kekal lama sahaja. maybe aku paranoid. tapi hakikatnya benda ni selalu terjadi kan. kecoh dekat orang kita dah kahwin. siap tak sabar nak tukar relationship status dekat Facebook Married To or In A Relationship. at the end, baru berapa bulan kahwin dah bercerai berai. Allahu. tak semua jadi macam ni, aku tahu. seboleh nya sama-sama kita elakkan. 

Image result for old couple in love tumblr

mungkin sebab tu ramai lebih tertarik dengan filem The Notebook ataupun Mohabbatein. sebab zaman sekarang memang susah nak jumpa orang macam ni. kalau perasan pun, cerita dalam filem The Notebook bukan berkisar pada tahun 2017 tetapi sebaliknya pada tahun 1940an. lelaki tu bawa si perempuan tu bersiar-siar atas tasik instead of ajak tengok wayang selalu. apalagi eh, aku tak layan sangat filem ni. cuba tengok pula Mohabbatein. ingat tak Raj tulis surat cinta atas kertas daun pada Neha? hahaha, simple je act dia kan sebab dah tak tahu nak tulis atas apa tapi sweet sangat bagi aku. Karan pun masa nak berkenalan dengan Kiran, dia pergi offer diri untuk jumpa keluarga perempuan tu and ajar music dekat anak buah dia.

jadi, korang rasa masih wujud ke cinta seperti itu zaman moden ni? nampaknya aku perlu lenyapkan diri dalam dunia khayalan sahaja untuk dapat kisah cinta seperti mereka. hehe. and seriously, lucky for you kalau ada classic romance story macam ni. cherish it every moment you have. itu sahaja. 

adios~

And don’t look at love through a screen. Look at it, in it’s true form. Look at it, dead on. And don’t ever let it fade. - J. G. Lauren



post signature

3 comments :

  1. Secara jujurnya, saya belajar dari pengalaman orang lain yang cinta tu tak perlu dihebah-hebahkan pada semua orang. Cukup pada orang yang kita sayang saja. Bukan ada orang peduli pun. Dan mungkin kita yang lebih-lebih rasa hubungan kita la yang paling sweet. Saya tengok, cinta hari ni, jenis yang selalu nak berlumba. Nak membanding-bandingkan pasangan sendiri dengan orang lain. Saya sendiri kadang tak faham. Faedah apa yang mereka dapat dengan mencanang sweetnya pasangan dia pada 1 dunia.. haha..

    Saya sendiri prefer untuk tak kongsi hal hubungan cinta pada sesiapa. Dulu saya pernah muda. Pernah buat mcam org muda lain selalu buat. Tapi bila dah meningkat dewasa, rasa lebih matang nak membezakan apa yang perlu dan tak perlu untuk dikongsi.

    Saya doakan awak bertemu jodoh. Insyaallah.
    Jaga diri. =)

    ReplyDelete
  2. ada..! masih ada..
    cuma dah jarang-jarang jumpa.. mungkin Amy salah seorang yang terpilih akan melalui moment cinta macam tu.. who knows kan.. heheheehee.. :)

    jangan berhenti berharap..


    ...

    ReplyDelete
  3. Ehm cinta macam zaman dulu memang sweet dan special.

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes