Hit The Road to BEIJING Day 2 | Great Wall of China - Amy Syeera

Monday, January 2, 2017

Hit The Road to BEIJING Day 2 | Great Wall of China

assalamualaikum and hello lads! malam sebelumnya memang tak lena tidur. mungkin sebab tempat baru kan. siapa biasa rasa macam ni? penat memang penat. so, bila lelap je terjaga, bila lelap je terjaga. and kena bangun awal pula tu since nak pergi Tembok Besar Cina. memang excited sangat! lagi-lagi bila Tembok Besar Cina ni merupakan salah satu 7 wonders of the world. Tembok ni agak jauh dari hotel kami. hatta jauh dari bandar Beijing juga. so, dalam 7:00 pagi dah kena naik bas. memang sedaplah tidur dalam bas. 

amysyeera

Great Wall of China


Tempat: Beijing Snow World Ski Resort (Beijing Xueshijie Ski Resort)
Hari: Khamis
Masa: 11:15 pagi
Suhu: 0 degree C

kami gerak awal sebab kena pergi tempat lain dulu. ini yang tak berapa best bila pergi dengan tour guide local. dia bawa kita pergi kedai-kedai government yang tak sepatutnya. lama pula tu melepak di sana. bosan -.- kadang-kadang best je dengar presenter tu bercerita pasal produk diorang. aku ada masa macam berminat dah tapi bila dengar harga satu barang, mak oi. takpelah. aku spend duit beli fridge magnet je macam tu. 

dari silk centre ke jade factory, macam-macam ceritalah kami kena tadah telinga dengar. bagi siapa yang kaki shopping, memang best lah kot pergi tempat macam ni. bagi aku and member, well, not so much. ini mungkin kali terakhir aku akan pergi bersama travel agency. bukan kata travel agency yang salah. aku dengar kalau pergi Beijing, tempat macam tu memang wajib lagi-lagi bila kita pakai tour guide local. so cadangan aku, better korang pergi sendiri sahaja. lebih lama nak bersantai ambil gambar and menikmati alam semulajadi. 

and nasihat aku. jangan sesekali terpedaya dengan kisah yang diorang ceritakan pada korang. contoh macam pergi kedai Pearl. diorang akan kata tu asli and murah. ada siap kasi free lagi siapa boleh teka mana design yang diorang buat. hakikatnya, aku rasa better korang beli mutiara dekat Sabah je. lagi lawa bak kata-kata ahli group travel aku yang lain. since diorang memang duduk Sabah. and lagi murah. nanti aku ceritakan kisah yang terjadi di kedai Beijing sana. 

Beijing Snow World Ski Resort


Ski Resort ni pun agak jauh dari bandar. kami sudah mula mendekati tempat yang berbukit bukau. so, bayangkan suhu dia macam mana. memang bertambah-tambah sejuk. dengan beranginnya lagi. fuh, kalau tak pakai gloves, memang beku tak berdarah tangan aku. serious cakap. pakai gloves pun still merah tangan kebas, ini pula bila tak pakai. Beijing Snow World Ski Resort terletak 40km daripada bandar Beijing. jauh kan. sebenarnya aku tak nampak dekat mana resort dia. aku nampak tempat main snow je. and well, truth be told, snow dekat situ adalah ARTIFICIAL sahaja. sedihnya! sebenarnya dalam hati berharap nak main dengan real snow. tapi hajat tak kesampaian. maybe one day. maybe. 

okay, so ini adalah harga tiket-tiketnya kalau korang nak masuk. 




bila convert:

30 RMB/ Chinese Yuan : RM19.31 (as of 23 December 2016)


Ski memang agak mahal dekat situ. so, memang tak ada sorang pun berangan nak main ski dekat sana. dah lah palsu. punah harapan nak praktis main. haha. last-last diorang main benda lain je. ada satu ni. tak sure panggil apa. dia gelongsor ke bawah pakai pelampung. budak-budak kecil under 8 tahun tak dibenarkan main. sebab maybe bahaya kot. ni memang murah. naik 2 kali. 20 RMB. tapi aku tak main. takut seluar basah. haha. tapi memang nampak seronok diorang main. kira once in a lifetime experience kan. maybe later dekat negara lain aku akan try. kat situ aku sibuk ambil gambar je. 

amysyeera






suasana environment dia memang sangat-sangat lawa. walaupun pokok semua tak berdaun sebab baru habis musim luruh, tapi subhanallah, cantik dia tu buat jadi speechless. rasa melepak sambil study dekat situ pun seronok je. haha. jauh benau mikirnya. 

bila semua dah puas main, barulah akhirnya kami bergerak ke Great Wall of China!!! inilah saat yang paling aku nantikan sekali. tak silap haritu perjalanan dari Ski Resort ke Great Wall of China hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai. dari jauh memang dah boleh nampak dah Great Wall tu. perasaan tu memang sama masa aku pergi tengok Piramid Giza depan mata.

Tembok Besar Cina


Tempat: Great Wall of China
Hari: Khamis
Masa: 1:15 petang
Suhu: 1 degree C

amysyeera


subhanallah. memang berbeza sungguh dari expectation aku. it was better than my imagination. mungkin sebab aku dah biasa nampak dalam gambar Google macam straight je sampai ke depan, rupanya keliling gunung-ganang yang ada dekat situ. memang seriously panjang. patutlah ramai terkorban masa nak buat Tembok tu. setiap tembok ada tempat untuk memerhati. macam kubu jugalah kiranya. disebabkan bawa budak and orang yang sudah berumur, kami cuma berhenti sampai ke stop yang pertama sahaja. kami pun dah semput juga sebenarnya. haha. kena naik tangga sahaja okay. mahu tak lelah. aku suggest kalau nak habiskan Tembok Besar China ni, better exercise betul-betul masa dekat Malaysia. kuatkan balik stamina yang ada.








oh, Beijing sudah semestinya sejuk. tapi Great Wall of China ni lagi sejuk tau. sebab dia ada di atas gunung-ganang. ha, siapa biasa naik bukit tu tahulah sejuk dia lain macam punya. so, kalau nak datang ke sini, better musim lain kot. sebab winter dia masha ALLAH sejuk sangat sampai merah hidung aku. and boleh pakai light sikit. kalau time winter semua benda nak kena cover. muka, badan, kaki, tangan. haha. complete. masa season lain pun sejuk juga tapi tak adalah extreme macam ni. 
lagi satu! toilet ada dekat bawah je tau. kalau dah start naik tiba-tiba nak ke toilet memang kirim salam lah. tahan je lah sampai tiba ke destinasi di bawah semula. dekat bawah pun ada kedai kopi. Beijing ni memang banyak betul coffee shop. and harga dia jangan cakaplah. lagi MAHAL daripada Starbucks. tapi kalau dah datang negara orang, tutup mata je lah beli ya. kalau dah haus and lapar sangat. aku beli Hot Chocolate dia dalam 24RMB = RM15. kawan aku pula beli White Coffee dalam 25 RMB. fuh. 











tak silap aku, orang kata kalau kita berjaya habiskan Tembok Besar China ni, kita akan diberi sijil. tahniah siapa yang berjaya tu! kalau nak beli sendiri pun tak apa. dalam 100 RMB. boleh buat 2 nama. 200 RMB pula besar sedikit. boleh letak 4 nama. tambahan mereka ada satu quote bagi sesiapa yang naik ke tempat ni. bunyinya something like this. 
You're not a hero until you climb the Great Wall of China. 
tapi bagi orang yang dah habiskan, almost semua orang akan cakap it's not really great. biasa-biasa sahaja. so, kalau nak tahu best atau tak, kena pergi sendirilah. 
okay, sampai di sini sahaja aku bercerita. nanti aku sambung lagi ye >.<
adios~
post signature

2 comments:

  1. berapa lama ea masa biasanya orang ambil untuk habiskan tembok besar China?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. tengok gambar Amy mula-mula pasal Tembok Besar China tu tercari-cari juga mana temboknya...?? hahahahaaa.. :p rupa-rupanya tembok tu melingkar-lingkar di balik bukit bukau.. hiksssss..

    kalau kak ain sampai sana pun dapat naik sampai pit stop pertama dah kira syukur.. hehehehee.. Alhamdulillah and tahniah amy dah sampai Tembok Besar China.. good..! :)

    ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.