Internet Bukan Social Media Sahaja

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? salam Sabtu. banyak ke plan hujung minggu ni? aku malas nak keluar. tak ada mood. maybe sebab dah selalu sangat keluar. so, kalini aku nak stay dalam bilik sahaja kemas rumah semua. and sebenarnya aku masih menantikan mesej dari seseorang. dari pagi tak ada khabar. aish, risau pula aku. 

Image result for internet tumblr

Internet Bukan Untuk Social Media


nasib baiklah ada juga social media macam ni kan. cakap je apa yang tak ada sekarang. nak connect dengan people, ada Facebook. nak berdrama banyak-banyak, ada Twitter. nak tunjuk gambar dekat orang, ada Instagram. nak share resepi, ada Blog. semua ada! semua di hujung jari sahaja. cakaplah rumah siapa je yang tak ada desktop/laptop. kalau masa zaman dulu, dalam 10 rumah, boleh kata ada 1 sahaja yang mampu beli. sekarang ni 1 rumah mahu ada 10 laptop kan. possible.

Adobe Photoshop


masalahnya budak-budak ni janganlah kita duk ajar benda tu sahaja. internet bukan sahaja tempat untuk main social media. tapi macam-macam benda kita boleh explore. contohlah ada budak ni sangat kreatif. selain dari melukis atas kertas, maybe dia juga boleh belajar main dekat Adobe Photoshop or Adobe Illustrator. sekarang pun adik aku dah berminat dengan gambar vector. aku tak dapat nak ajar dia, so aku suruh dia buka Youtube. yes, adik-adik. Youtube bukan untuk dengar lagu sahaja. tutorial pun ada. dekat website lain memang ada. tapi aku cakap dengan adik, Youtube is better sebab kita nampak apa orang tu click semua. and make sure tak ada 1 step pun tertinggal.

Business Online


oh lagi satu tengok sekarang. ada orang buat business online. bagus apa. alang-alang duduk rumah tak ada benda nak buat. cari kerja pun susah dah kan. aku faham perasaan tu sebab aku pun tengah mencari lagi sekarang ini. moga ada rezeki di mana-mana. business online sangat menguntungkan dua pihak aku rasa. lagi-lagi orang yang malas nak keluar. contoh macam aku sekarang ni. apatah lagi orang jenis macam aku juga yang tak ada transport untuk pergi mall and shopping. so, this is the best way. who knows, you could be the next successful entrepreneur and boleh masuk magazine Forbes. pergh. 

Image result for media tumblr

tips! aku suka internet sebab aku suka baca advice and tips orang setiap kali aku nak cuba sesuatu. or even nak ke mana-mana. tak susah pun untuk ambil 3 minit baca cerita pengalaman orang lain. take for instance, nak makan mana. YES! ini soalan paling susah setiap kali kawan aku tanya. kadang-kadang bosan juga asyik makan tempat sama. siapa tak bosan kan. unless memang nak bajet punya duit makan nasi bujang. tapi lama-lama muak juga. so, kami pun mencari kedai makan best dekat area kami duduk tu. ha, senang. terus jumpa and pergi sana, kami try. satu, dah jimat minyak kereta dari duk pusing satu bandar semata nak cari makan yang best. second, kita boleh recommend dekat orang sekali tempat tu. 

Tips Travel dari Internet


travel pun sama. senang sangat-sangat hidup kalau kita cari tips dari internet. contoh macam nak pergi Sydney ni, aku bila fikir Sydney, aku cuma bayang Opera House je. kalau tak ada internet ni, mahu aku pergi situ je. pastu wandering around the city. tanpa tahu ada satu lagi tempat yang sangat best tapi jauh dari Sydney. masa ke Beijing pun sama, aku sempat baca blog someone pasal dia kena tipu dekat kedai Jade. nasib baiklah baca dahulu. tak ada aku pun sama bazir duit beli benda tak berkualiti dengan harga yang sangat MAHAL!

Surat Letak Bedak


untung zaman sekarang makcik aku kata. kalau dahulu masa makcik aku bercinta dengan pakcik dekat US, bila nak hantar surat tu ajak date, kena seminggu awal, sebab surat tu akan tiba dekat makcik aku dalam seminggu juga. hahaha. plan baik punya. kalau bagi lambat, keseorangan lah kau dekat cafe tu menanti orang yang takkan tiba. so sweet juga bila aku dengar orang dulu bercinta. ingat lagi tak cerita Tentang Bulan? yang dapat surat letak bedak? haha. i'm so hopeless romantic. aku suka classic style macam tu. 

Crack Software


korang tahu tak satu perkara? folder gambar aku masa ke Beijing hilang!!!!!!!!!! ah, masa tu memang dah anxious sangat. dah short of breath dah. nak menangis pun tak guna sebab benda dah jadi, tapi menangis jugalah sebab tu je mampu. aku pergi gatal buang folder gambar dari GoPro. lepas tu aku ada habit tak boleh tengok desktop aku penuh dengan benda tak berkaitan. kalau boleh hanya ada Recycle Bin sahaja. tapi aku tak perasan folder Beijing di sebelah kanan. aku pergi Shift A and delete everything! and delete sekali dekat Recycle Bin tanpa cek. ahhhh!!! stress. dah lah tak boleh stress. aku ni sakit.

nasib baik and nasib baik aku jenis manusia yang suka download segala mak nenek software ade dekat internet ni. and aku jumpa satu software yang boleh ambil semula segala benda yang kita buang dalam Recycle Bin and local disk lain. alhamdulillah. syukur tak terkata. nak beli software tu memang tak mampulah. aku berjaya dapatkan semua gambar sebesar 5GB. sampaikan aku gurau dekat kawan-kawan aku, 

ini kalau tak dapat juga gambar, mahu aku pergi Beijing balik. hahahahaha -.-

macam ni lah jadinya bila kita dah start ada internet. hubungan jauh jadi dekat. hubungan dekat jadi jauh. banyak info salah yang kita ambil. info dari ilmuwan kita pandang sebelah mata. bahaya bila dah mula ada internet ni. yang penting kita pandai control diri sendiri. yes, it's super hard but it's possible. apatah lagi untuk anak-anak yang nak ambil periksa besar. tolonglah perhatikan diorang tu. janganlah mak bapa pun leka dengan internet sekali. tengok sahajalah video budak yang jatuh eskalator la kena langgar lah, semua tu sebab leka. Allahu. minta dijauhkan. itu sahaja dari aku. till finger meets keyboard again. 

adios~

Image result for media tumblr




post signature

3 comments :

  1. Banyak guna nya internet ni. Lagi banyak explore, lagi banyak yang perlu ambil tahu.

    ReplyDelete
  2. paling best dengan bisnes online tu.. uhuhuu.. :-)

    ReplyDelete
  3. Ada orang anggap kalau tak ada internet, rasa tak lengkap hidup. Saya pernah cuba 5 hari tak guna internet. Sebenarnya itulah waktu yag sangat tenang dalam hidup saya. Tak ada notifications apa-apa. Tapi disebabkan cara kita hari ni, banyak berkomunikasi dengan menggunakan internet, jadi tak boleh la lama-lama nak off. Org cari pulak nanti.. hehe..

    BTW, saya suka Bradley Cooper. Dan saya suka gambar atas tu.. hahaha..

    Take care .. =)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes