Jawapan Cinta ada Depan Mata Sendiri

by - 2:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! pernah tak korang tengok cerita He's Just Not That Into You? Panjang betul tajuk dia kan. filem tu tak adalah best mana pun. maybe sebab banyak sangat karakter, each stories jadi pendek and aku jadi pening. tapi point yang dia cuba sampaikan tu memang aku dapat. cerita dia pasal perempuan yang walau macam mana pun lelaki tu tak suka dekat dia, siap kasi hint yang dia memang tak pernah ada hati dekat perempuan tu, yet perempuan still rasa ada harapan untuk cinta dia berbalas.

Image result for confuse love tumblr

Jawapan Cinta Depan Mata


yes, kalau perasan, almost semua perempuan fikir macam tu. aku pun tak sure kenapa. lumrah ke? naluri? or just stupid? and hoping you can be the exception of one of these unfortunate love? aku bercakap ni dari pengalaman sendiri. dan juga daripada kebanyakan perempuan yang komen di blog aku. bertanyakan soal cinta. aku tak sure kenapa ada yang minta pendapat dari aku. sebab aku ni bukan kategori orang yang selalu bercinta. dah tahu pahit manis alam percintaan. no! aku tak pernah bercinta. kadang-kadang aku buntu nak tolong macam mana. at the same time, aku tak sampai hati biar orang terkapai-kapai tanya macam tu. i don't know. aku minta maaf dengan kata-kata kasar aku. 

okay, biar aku buat introduction macam mana sifat perempuan ni dahulu. most of the women. kalau kata semua, aku tak kenal 5 billion wanita yang lain. one thing wahai kaum Adam, perempuan ni sifat dia satu. kalau dia macam minta pendapat dalam 1 benda ke apa kan, sebenarnya dia nak kau back up apa dia cadangkan. bukan kasi cadangan lain. seriously. contoh nya macam mana? 

Perempuan: Kau rasa aku pakai cermin mata dekat luar tudung lawa tak?
Lelaki: Kenapa nak pakai dekat luar? macam makcik-makcik kot. Baik pakai dekat dalam.
Perempuan: Asal pula macam makcik. Orang lain pakai stylo kot. bla bla bla..

nampak tak boleh berlaku pergaduhan dengan situasi macam tu. ada masa kita cuma kasi idea je. sebab kita rasa benda tu lagi better untuk dia. hakikatnya dia nak cakap

 
Perempuan: Weyh, aku pakai cermin mata dekat luar ni. Kau kena cakap aku lawa pakai macam ni. 

sama jugalah macam kisah cinta mereka juga. bila aku baca pertanyaan-pertanyaan mereka, aku macam fikir banyak kali. diorang betul-betul nak aku cakap lelaki tu tak suka diorang or diorang nak aku back up kisah cinta diorang yang sampai bila tak kesampaian tu? serba salah nak jawab. takut terasa tapi they need to know the truth. kalau cakap lelaki tu tak suka, nanti kata aku tak kenal dia. kalau kata lelaki tu suka and dia go on and tiba-tiba lelaki tu memang tak suka dia, aku disalahkan juga. and she will have to deal with a painful heartbreak. so in the end, aku kasi the best option sahaja. terus terang dengan lelaki tu. you know, sometimes I don't even know women. or maybe lelaki macam tu juga? itu aku tak boleh komen. sebab so far tak ada lagi lelaki tanya macam tu dekat aku. 

tapi bila aku tanya mana-mana orang yang aku kenal, majoriti akan cakap, selagi orang tu tak buat apa-apa tindakan (macam kasar pula), maksud aku kalau dia tak initiate his move towards you, then he's really just not that into you. dia cuma anggap kau kawan biasa yang boleh bergurau senda bersama-sama. aku memang ramai kawan lelaki macam ni. tak kisah pun bila sebut pasal kahwin sama la apa lah. sebab tahu benda tu memang satu jenaka antara member. tapi yang jadi susah bila someone dari awal memang ada perasaan dekat sorang lagi. 

masa aku buat entri ni, aku ada bagitahu dekat member lelaki aku apa pendapat dia pasal perempuan macam ni. dia kata tak guna kau buat entry macam ni sebab orang bila dah so in love dengan someone, dia akan rasa entri aku sangat mengarut. dia akan rasa dialah exception tu. hehe. it's okay. aku cuma bercakap apa yang aku nampak dan rasa sahaja. baca atau tak, itu terpulang. 

aku tulis ni bukannya bermaksud aku nak orang tu berubah. no. tapi andai kata ada lelaki yang baca entri aku, tolong fahami perangai perempuan yang satu. bila kau rasa dah silap cakap and almost nak bergaduh tu, kau setuju je. hahaha. and one more thing, perempuan! please jangan mudah jatuh hati dengan lelaki setiap kali diorang buat small gesture dekat korang. kadang-kadang diorang just being nice to you. diorang selesa dengan korang sebagai kawan. tapi tak lebih dari tu. so, sebelum kita teruskan hubungan yang kita tak tahu hala tuju dia dekat mana, cari cara untuk belajar pasal dia. his body language. the way he speaks to you and his other girl friends. and macam-macam lagi. 

Image result for love tumblr
take care of yourself especially your heart. kita masih ada family and friends. enjoy your life with them. diorang sahaja yang kita ada selama ni. hargai apa yang ada depan mata kita dulu okay. tu je.

adios~
post signature

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau pasal hati dan perasaan ni mcm rumit sikit nk describe... lain org lain Pendapat kan...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.