Memoir Hidup 2016

assalamualaikum and hello lads! haritu blogwalking sekejap sementara mencari idea nak tulis pasal apa. and rupanya banyak juga yang buat pasal apa yang berlaku sepanjang tahun 2016 mereka. menarik juga rupanya. so, aku teringin juga nak buat. ahahahahaha.. sorry copy idea. nampak gayanya wish aku untuk tahun 2017 sangat simple. tapi aku ni kalau diikutkan bukan orang yang suka ingat benda dah lepas. sedangkan apa terjadi pada aku masa usia 7 tahun pun aku tak tahu. and amazingly how my sister can still remember what i did back then. wow. just wow. gaya aku ni macam orang yang terlalu banyak kisah silam menyedihkan pula kan. 

Image result for memoir 2016 tumblr

Memoir Hidup 2016


nevertheless, i'll give it a try. tengok kalau aku masih mampu ingat apa je yang sudah terjadi masa tahun 2016 aku dahulu. cewah, cakap macam dah berzaman je. let's see...

Kerja Baru


alhamdulillah. setelah puas mencari, aku mendapat satu kerja di salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. banyak experiences aku peroleh di sini. actually memang tak sangka boleh dapat dekat sini. sebab banyak sangat company lain aku apply. and masa terjumpa position dekat company ni, aku tengok sampai beribu apply. aku pun macam down sikit. dalam fikiran cuma, alah, kalau company kecil pun tak terima aku, apa lagi company besar macam ni. tapi rezeki ALLAH nak kasi. walaupun cuma kontrak selama setahun, tapi dapat kerja macam ni pun dah cukup bagus untuk aku. ada reason kenapa aku dapat situ kan. ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. 



sebab tu, impossible or not, try sahaja. kalau dah ditakdirkan kita dapat benda tu, kita akan dapat juga. kalau tak dapat, maknanya tu rezeki orang lain. ALLAH dah sediakan benda lain untuk kita kan. doakan aku dapat kerja yang bagus juga lepas ni ye. :)

Travel bersama Kawan


okay, untuk orang lain maybe dah banyak kali. haha. tapi ini kali pertama untuk aku. i mean travel ke luar negara. biasa pergi dengan kawan dalam Malaysia ni banyaklah. aku pernah pergi ke Langkawi bersama kawan-kawan Uniten. aku pernah pergi berdua sahaja dengan best friend ke Perak. tapi ini jauh. possibility untuk ummi ayah aku kasi tu agak rendah juga. maklumlah, anak dara kan. mahu mereka tak risau. dah lah jauh. tapi alhamdulillah. ummi ayah bagi keizinan untuk aku merantau satu dunia. thank you ummi ayah. :')



so, tanggal 13-18 Disember 2016, aku menjelajah bumi Beijing yang serba sejuk tak ingat dunia. dapat conquer the Great Wall of China. tapi tak semua lah. kenapa? sebab tak habiskan keseluruhan Tembok Cina tu. hahaha. kalau ada rezeki, maybe nak ke sana and habiskan satu pusingan. with special one perhaps? lols. impian sangat. 

Dapatan Sampingan Pertama


ini pun kira high achievement juga la untuk aku. dapat 'gaji' pertama dari Google Adsense. hehehe. ingatkan nak simpan lama-lama dalam akaun tu tapi dia ada limit earning pula. cukup je $... , automatically dia akan masukkan dalam akaun bank kita. tak apalah. dapat belanja family makan besar. hehe. 


hahaha. weyh, sedihnya hidup. tu je aku mampu ingat selama 365 hari yang lepas. -.-  sorry, aku dah tak mampu nak fikir sedalam-dalamnya apa aku buat. macam tak ada benda yang menarik je. -.- 

okay tu sahaja. 

adios~

p/s: makin lama makin pendek pula entry. tak boleh jadi ni. 





post signature

4 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes