Pengalaman Digital Interview ala-ala Vlogger - Amy Syeera

Friday, January 20, 2017

Pengalaman Digital Interview ala-ala Vlogger

Que Sera Sera. itu sahaja yang aku terfikir masa dah habis interview. ya Allah, rasa tergelak ada, rasa sedih ada, rasa geram ada. felt like i can do better than that! mesti biasa kita akan sebut macam tu kan bila sesi interview dah tamat. aku dah merasa pengalaman kena interview depan-depan. aku dah merasa interview menerusi telefon. dan sekarang ini yang terbaru (baru sahaja pagi tadi), aku mendapat experience dengan bercakap seorang diri di hadapan laptop pula. interesting kan! hahaha. so, ini kisah aku.

Image result for interview online

Pengalaman Digital Interview Menggunakan Video 


minggu lepas aku dapat satu email mengatakan aku dapat interview. Alhamdulillah. masa di hujung-hujung kontrak dekat company telco ni, aku agak susah hati sebab lepas ni nak kerja apa pula kan? takkan nak menganggur. habis tu nanti travel siapa nak sponsor? Dato'? haha as if... so, aku pun apply sahaja segala companies yang available dekat Jobstreet dan juga tempat lain. aku ada apply PTD haritu tapi dia kata apa entah. aku lupa. tapi tak layak la kiranya. it's okay. maybe tak ditakdirkan kerja dengan kerajaan. nan, nampaknya aku tak dapat kahwin dengan kau. hahaha. jk.

tapi Digital Interview? i mean like for real?? apa dia Digital Interview tu? kena Skype dengan orang company tu? or kena video conference or something? then, aku google and bertanya pada sahabat-sahabat di dalam group whatsapp. bila cari, baru tahu maksud Digital Interview ni, soalan sudah tersedia dalam website tersebut dan kita hanya perlu jawab depan laptop sahaja. pakai telefon bimbit pun tak ada masalah. tapi kadang-kadang kita tak perasan habit kita duk goyang sana goyang sini, nanti skrin jadi terganggu. SO PLEASE. jangan guna handphone. but instead you have a laptop with you right. Laptop is the best way to communicate in an interview. 

and please make sure tak ada orang dekat rumah masa tu. sekali tengah jawab soalan, adik kecil kau bogel berlari dekat belakang. adoi, malu pula kan. kita pun terganggu duk marah dia tak pakai seluar semua. it sounds funny but it's the truth. carilah tempat yang sesuai dan tak gelap. lebih better pakai earphone so suara kita memang lantang orang dengar. even benda ni ala-ala vlogger, meaning cakap sorang-sorang tapi kita akan terus hantar video tu pada interviewer. so, jangan main-main tau.

okay, aku expect memang lain soalan dia akan kasi. since company ni company ternama. aku carilah contoh soalan yang biasa orang tanya. dari pagi aku dah mentelaah segala soalan dan jawapan. i know for certain people tak suka prepare benda macam ni. diorang lebih prefer on the spot jawab. but not to me. not ever. aku pernah buat and it turns out to be a completely disaster. so, korang jangan memandai tak prepare. just do it! it's not that hard. 

TAPI. hahahaha. this is where it gets interesting. soalan yang diajukan ada 7 kesemuanya. and oh my oh my, soalan dia kasi memang aku tak jangka langsung. it was very fun i must say. tapi nak jawab tu ada masa terketar juga. antara soalan aku dapat adalah...

1. Kalau saya call kawan baik awak sekarang, apa 3 benda yang dia akan cakap pasal awak. 
2. Apa yang awak buat setiap malam Sabtu
3. List 2 strength yang awak miliki.

and bla bla blaa... lain tu soalan standard. tapi soalan paling aku blank sekali masa dia SURUH MENYANYI LAGU FAVORITE! yes, benda tu sangat senang. tapi bila kita dah set mind untuk fikir benda serious, kita jadi lupa benda senang. hahahahhaa. bayangkan masa tu aku duk fikir,

Ya Allah, nak nyanyi lagu Hindustan ke ni? ish takkanlah. lagu apa pula. Rab Ne Bana di Jodi ke? tapi lagu tu tinggi. alamak, apa lagi. Call Away? Phone Away? oh demit, apa nama tajuk lagu tu?

and then, aku nyanyilah. TAPI AKU LUPA LIRIK!!!! hahahahahhahahahahahahaha. lawaknya masa tu. dia suruh nyanyi satu line je tapi sampai 4 line aku kasi sebab first 2 line aku lupa. -.-

weyh, habis tu memang menggeletar satu badan. aku rasa macam banyak sangat aku melalut dalam interview tadi. mesti duk gelak je interviewer bila tengok video aku. alahai, tapi benda dah buat, tak dapat nak patah balik. walaupun nama dia digital interview, video tu hanya sekali sahaja boleh ambil. tak boleh retake or something. sekejap je interview aku jawab. sedih. i knew i should have done better than that. tapi que sera sera. kun fayakun. apa nak jadi, jadilah. macam kawan aku cakap, kalau dah ditakdirkan rezeki aku dapat, kelakar macam mana aku rasa tetap aku dapat rezeki tu. iye betul cakap dia. terima kasih Allah sebab kurniakan kawan-kawan macam ni. terubat sikit rasa nervous tu. 

so, ini nasihat aku untuk korang. be prepared for the worst. hahahaha. jangan sangka soalan mudah macam tu korang boleh jawab. sedangkan orang yang dah biasa baca surah Al-Ikhlas tapi bila depan Tok Kadi, kena baca habis terbaca Istighfar pula. ha, benda ni berlaku tau. and imagine dahulu that you can ace it in your interview no matter what happen. ini KC ajar pada aku. bila kita imagine benda baik masa kita tengah nervous, kita akan buat benda ni dengan tenang sahaja. trust me. bila kita duk fikir tak dapat tak dapat, memang takkan dapat. i did this for a few times now already and aku berjaya. aku duk bayang semalam masa interview aku duk sengih-sengih jawab, and akhirnya memang jadi benda tu. hahaha. aku tak katalah bila fikir benda tu akan jadi. tapi itu semua mindset sahaja. be cool okay. 

and many thanks to my beloved brother Izzat for not disturbing me masa aku tengah jawab interview. sebab dia tu kaki karok juga. sekali elok aku nak menyanyi terdengar suara dia pula. hahahaa. i wish you guys and girls the best of luck!

adios~



post signature

1 comment:

  1. tak pernah lagi merasa kena digital interview ni.....dahsyat betul zaman sekarang ni ya =)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.