Pengalaman Interview Menerusi Telefon

by - 9:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! mengantuknya. mata dah sepet dah ni and yeah, this is a scheduled post. aku tak mampu nak buat on the spot punya entry. satu sebab aku busy siapkan segala kerja di office. kedua sebab dah balik rumah memang aku malas sangat nak taip entri. tapi bulan ni dah memang berhajat nak banyakkan sikit jumlah entry dalam blog aku. so, disebabkan itulah aku terdorong untuk menulis juga walaupun hari sudah semakin lewat. zzzz...

Image result for interview tumblr

Pengalaman Interview Menerusi Telefon


ha, aku tahu semua orang mesti sudah biasa hadap interview ni kan. tak kisahlah masa nak masuk MRSM ke, universiti ke, apatah lagi masa kerja. lagi macam-macam jenis interview kita dah pergi kan. cakap sahaja apa yang tak pernah, semua aku dah merasa. well, not literally. tak apa. biarlah banyak pun interview yang pergi even tak dapat sebarang berita baik, yang penting pengalaman yang kita peroleh tu sangat membantu pada masa akan datang. 

aku ingat lagi aku punya interview pertama adalah dengan JPA. fuh, memang berdebar sangat. seriouslah. tengok berapa ramai yang hadir untuk temuduga PLDN dan PIDN. aku tak ingat nama penuh program tu. something like Program Latihan Dalam Negara kot. aku apply luar negara punya and aku pilih US. malangnya aku tak berjaya. aku rasa bila fikir balik, banyak sebab jugalah kenapa aku tak dapat. satu sebab aku tak confident dengan English aku. kedua sebab aku tak yakin dengan diri sendiri. haha. alahai. tak apa. dah tersurat macam tu kan. tapi alhamdulillah, aku berjaya dapat juga scholarship JPA cuma di dalam negara sahaja.

and now, masa dah masuk alam kerja, ini pertama kali aku dapat phone interview. aku dah lama dapat email dari company tu. dia siap bagitahu the exact time and date bila dia akan call aku. tapi tunggu punya tunggu, akhirnya 2 bulan kemudian dia call semula. luls. memang aku tak expect langsung dia akan call. gelabah aku mencari balik notes yang aku simpan pasal company tu. Ya Allah, nasib baiklah dah tulis awal-awal apa patut aku cakap bila interviewer tanya soalan. 

memang nervous sangat! yes, memang lah orang tu tak ada depan mata. tapi ada cons dia juga tau. pros dia pun mestilah ada juga. contohnya macam aku, bila dia tanya, aku dah ada jawapan untuk soalan tu. so memang confident je jawab. smooth like a pro. hahaha. tapi cons dia, bila kita duduk dekat tempat orang lalu lalang, memang agak mengganggu. dengan suara interviewer kita tak dengar. yes! nanti aku senaraikan nasihat apa yang korang kena ikut untuk make sure you guys ace it! walaupun jawab macam orang tak betul, cakap melalut. alhamdulillah. aku terpilih untuk peringkat kedua. 

andai kata korang pun ada kena juga phone interview. ini antara soalan-soalan yang ditanya oleh company tersebut. 

1. What do you know about this company?


seriously cari dahulu website company tu and study a little bit. lagi-lagi dekat about section. tu penting! tapi jangalah duk copy paste ayat dia. baca and fahami. then rumuskan guna ayat sendiri. kalau hafal ayat dia, kau bayangkan kot lepas ni orang lain dia interview pun jawab benda sama. nampak sangat lah malas nak fahamkan. asal baca je.

2. Tell me a little bit about yourself.  


ini tricky sebab ini bukan personal question but more to professional question. so, jangan memandai cakap anak sulung dari 10 beradik, emak kerja cikgu, bapa pencen. adik sekolah tu. hobi masak dekat rumah orang. bla bla... no please don't make this mistake. tapi sebaliknya cerita korang graduate dari mana. and pernah kerja sebagai apa dulu andai ada. or kalau tak pernah bekerja, boleh cerita achievement masa dekat kolej dulu. 

3. Have you had your internship. Where and what do you do? 


4. Do you have any work experience? what makes you decide to choose this position? 


5. What is your strength and weakness.


HAHAHAHA. masa ni memang tak ready. entah mana aku letak paper, menggagau jawab. masa ni lah baru nampak gugup.  biasa kalau interview menerusi telefon ni memang tak banyak soalan dia akan tanya. panas dah telinga even 5 soalan je tau. 5 soalan tu jangan sangka tak ada anak-anak dia. almost 15 minutes juga la bercakap dengan orang tu. bayangkan masa tu dekat office, aku pergi lari duduk dekat tangga. and dan dan masa tu ramai orang nak pakai tangga instead of elevator. hahaha. so ini nasihat aku untuk korang.

1. kalau dia berikan masa untuk prepare interview tu sebelum dia telefon semula, better cari environment yang senyap dan tenang. so, korang tak senang distracted dengan benda lain. kot la mak tiba-tiba panggil, cakap dekat mak ada interview kejap lagi. karang mak duk panggil kita tak sahut, ada interviewer yang dengar kita kena bebel dengan mak. malu oi malu.

2. kalau memang tak dengar sangat soalan apa dia tanya, politely minta dia ulang semula soalan dia. tapi janganlah sampai 4-5 kali duk come again, can you repeat and something like that, ada interviewer yang tutup telefon terus karang. 

3. be confident. even dia tak nampak kita depan mata, tapi suara kita boleh buat orang tu bayang body language kita juga. suara ni memang main peranan. kalau perlahan sangat, orang bosan nak dengar. kalau laju sangat, orang susah nak faham. so, make sure cakap dengan penuh semangat. janganlah nada sekata je macam robot. 

4. akhiri ucapan dengan terima kasih. jangan lah macam cakap dengan member kan. okay babe aku dah kat sini. pap, tutup telefon. Please respect other people lagi-lagi yang tak kenal kita macam mana. 

okay, aku rasa itu sahaja kot. memang agak berdebar walaupun aku tak nampak orang yang interview aku. masuk je office memang rasa nak menangis sebab i felt like i can do better. tapi kesalahan sendiri. so, better be prepared. kertas kau letak semua atas lantai tu. tak apa. dia tak tahu kau tengah selak cari jawapan. good luck to all of you! :)

adios~












post signature

You May Also Like

4 comments

  1. Nice sharing. Kalau dalam fon ok la ada nota. Kalau depan mata mesti banyak aaaa je kan huhu

    ReplyDelete
  2. Ni pertama kali saya tau orang interview melalui telefon.
    Intresting jugak.

    ReplyDelete
  3. hi, saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete
  4. biasanya akan dicall at random time ke memang dia dah set 'company saya akan call awak hari sekian sekian'. bahayanya kalau tak taw, pastu orang tu call kita masa kat dalam tandas ke? haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.