Satu Ayat, Dua Makna

by - 3:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! salam Rabu. cepat nya masa berlalu. sedar-sedar sahaja dah masuk 4 Januari kan. hopefully aku dapat ingatlah apa yang aku buat sepanjang tahun 2017 ni. jangan jadi macam memoir 2016 aku. 3 benda penting je mampu ingat. hahahaha. -.- 

Image result for confuse tumblr

Satu Ayat, Dua Makna


okay, berbalik pada tajuk di atas. korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya? kalau difikirkan balik, benda ni selalu sangat terjadi dekat semua orang. kadang-kadang aku jadi kagum macam mana simple word boleh berubah jadi makna yang berbeza bagi setiap orang. lebih banyak contoh kita dapat tengok kalau ada orang viral kan something stupid dekat Facebook. laju aje orang share kan. ada masanya kesian. ada masanya memang lawak pun ada.

contoh macam ni. satu hari adik aku, Ain dengan kawan dia tengah berjalan-jalan mencari restoran untuk mereka isi perut sebelum sambung shopping. tiba-tiba adik aku cakap dekat kawan dia,

Kawan: Kau tengok kedai tu, macam best je. 
Adik: eh, kau gila. tak nampak ke dia tulis PORK FREE tu.
Kawan: Kenapa dengan pork free? okaylah tu.
Adik: Takkan kita nak makan bab* dia kasi free tu. kan haram. terang-terangan kot.
Kawan: Weh, PORK FREE tu maksudnya bebas dari bab*. bukan free bab*


hahaha. tergelak-gelak aku dengar adik aku bercerita. bahaya betul bila jadi macam ni kan. tak pasal bertengkar antara kawan. siapa pernah jadi macam ni? 

okay, ini cerita kedua pula. cerita yang terjadi di office ummi aku. ada seorang abang ni kena handle permit kerja ke apa entah, something like documents lah untuk pekerja Bangladesh dengan Indonesia ni. so, abang Zul minta diorang ambil gambar depan belakang untuk IC punya. semua buat okay. cuma seorang ni je silap faham. dia pergi ambil gambar full depan. dengan gambar belakang dia. gambar macam aku biasa ambil tu. gambar belakang badan kita. hahahahahaha. adoi. abang Zul mampu geleng kepala sahaja. 

sama juga kes macam FREE POSTAGE tu. ada sesiapa ingat tak? ada seorang perempuan ni beli barang. and dia baca dekat description barang tu ada free postage. however masa dia dapat barang, dia marah kat owner tu. bertekak kata ada free postage, tapi tak nampak pun barang yang free tu. adoi lah. ni mesti first time beli barang online. heh. moral of the story, sebelum kita buat andaian bukan-bukan, tanyalah elok-elok. nanti kita sendiri yang malu. lagi-lagi bila benda tu memang salah kita sendiri.

sebab tu sometimes kita mesti ada miscommunication di mana-mana sahaja. kalau tak dengan boss, dengan kawan-kawan. dengan adik beradik. siapa-siapa sahajalah. lagi-lagi bila kita guna ayat simple sahaja. tak pasal-pasal kena explain panjang lebar sebab nak kasi orang tu faham. 

siapa pernah terjadi macam ni? 

adios~




post signature

You May Also Like

4 comments

  1. bahaya kalau miscomunication ni..selalu juga jadi dekat saya...hahaha :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahaa.. ambik gambar depan belakang tu serius kelakar..
    ada ekk buat macam tu.. berfikir di luar kotak betul..!!

    :p

    ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.