Semua Ada Kisah Silam - Amy Syeera

Tuesday, January 24, 2017

Semua Ada Kisah Silam

assalamualaikum and hello lads! tengah buat apa tu? harini penat sangat. satu sebab Monday Blues. so cliche. satu lagi bila balik je confirm hujan lebat. alhamdulillah, hujan itu mudah-mudahan membawa 1001 rahmat. tapi bagi aku yang hari-hari naik bas, nampaknya kena tukar schedule pula. itupun dah inform ummi aku dulu. kata minggu ni or perhaps bulan ni aku akan banyak balik lambat. macam tadi pun, sampai sahaja di rumah terus azan Maghrib. 1 jam menunggu bas. masa tiba di LRT Ara Damansara, dari jauh aku dah nampak bas datang. tapi Allahu, ramainya menunggu bas. bayangkan aku berjalan santai-santai nak ke bas pun masih tak habis lagi orang beratur menunggu giliran untuk naik. tapi aku tak sangguplah nak jadi tin sardin juga. dengan bawa balik keropok lekor ni. ada terhimpit bau kepok lekor karang. 

Image result for past quote tumblr

Semua Ada Kisah Silam


okay-okay, aku dah terpesong. pagi tadi sebenarnya kawan aku duk share gambar Twitter pasal seorang artis ni. artis yang sekarang maybe famous kot, sorry to say, aku tak berapa kenal artis Malaysia. anak-anak diorang aku lagi kenal nampaknya. bagi siapa yang aktif Twitter, maybe tahu aku merujuk pada siapa. bila aku baca, memang agak rude juga lah apa yang dia duk update status hari-hari. hebat betul manusia zaman sekarang. sampai ke tahun 2012 punya status pun dia orang sanggup korek semata-mata nak malukan artis tu. 

manusia ni memang satu betul. pantang nampak benda yang boleh dijadikan viral, dia buat jadi viral. masha ALLAH, kalau benda tu sebenarnya fitnah, kau boleh bayang tak apa akan jadi dekat kau nanti? even seteruk mana pun perangai dia, kita semua mesti ada zaman jahiliyyah dahulu kala kan. percayalah. 

kalau tengok kawan aku ni pun, subhanallah. alim sungguh. dari pandangan aku lah. tapi bila dia cerita kisah silam dia, aku terkejut besar. wow. are you trying to fool me or is it really the truth? tapi hakikatnya memang benar. sebab aku dulu pun ada memori lama yang aku tak mahu ingat. aku akui, masa arwah abah masih ada, aku punya baran tu teruk betul. aku ada baran yang sampai tangan ni pun terangkat sekali. teruk kan. and sampai ke form 3 aku jadi macam tu. tapi sikit je teguran dari ummi aku. zapp, terus tangan ni tak pernah terasa nak angkat and tampar sesiapa dah. cuma baran je masih ada sikit and boleh control. well, sometimes. 

see. agak-agak kalau aku dah cerita dekat korang sifat aku satu tu, korang nak berkawan dengan aku lagi tak? makin rendah ke korang punya tanggapan terhadap aku ni? kalau masih nak berkawan dengan aku, then thanks a lot. i really appreciate it. sebab tu aku kata siapalah kita untuk judge orang lain bilamana kita ada kisah silam sendiri. yang mungkin lebih teruk dari orang tu? 

cuba sekali tu, korang buka balik Facebook or Twitter or even Blog and cek status masa tahun 2012-2013 korang. mesti rasa malu sangat kan. aku pernah cari and baca status sendiri. and my reaction was like,

whoa, aku ke ni? gila tak matang. gediknya bahasa. kitew sukew awaks. 

hahaha. itu contoh sahaja okay! aku tak pernah okay pakai ayat w w tu. 

huh, dah tak tahu nak taip apa. dah berapa hari rupanya tak update blog. nak blogwalking sempat je dalam office tapi segan pula. time buat kerja, tak ada orang lalu lalang. time aku gatal buka Youtube, buka Blog, ramai pula duk mundar mandir. adoi la -.-

adios~





post signature

7 comments:

  1. sebab tu sekrg fae tak nak update apa2 status kat fb. even instagram pun jrg post gmbr baru. blog pun suam2 kuku dah..

    ReplyDelete
  2. yg silap itu menunjukkan kisah kita masa di alam belum matang.... bila dh matang dgn sendiri kita akan berubah sikit demi sikit....

    ReplyDelete
  3. i agree! semua ada kisah silam.. itu semua adalah pengajaran hidup yang tidak ternilai dan mematangkan kita :D

    ReplyDelete
  4. betul. masa silam tu banyak ajar kita untuk jdi yg lebih baik

    ReplyDelete
  5. Saya tak ada kesah silam tapi dilam ada kesah saya.

    ReplyDelete
  6. nama pun kisah silam, biarkan lah berlalu.. hadap yang hari ini.. :)
    baik atau buruk masa silam tu lah yang membentuk kita yang hari ini..

    take care Amy..

    ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.