Tekanan Darah Rendah

by - 9:31:00 PM

assalamualaikum and hello lads! sihat semua? dah cek betul-betul belum kondisi tubuh korang tu? jangan main-main dengan bab kesihatan ni. kadang-kadang luar je nampak sihat bertenaga. hakikatnya yang dalaman dah nak rosak bagai. minta dijauhkan. aku ni pun rasa macam sihat je. hari-hari bangun pagi siap nak pergi kerja, jalan kaki for 10 minutes naik atas menunggu bas. then berdiri for 30 minutes sampai ke LRT, jalan kaki lagi dalam 10 minit. then, sampailah ke office. fuh, bila pakai phone baru ni, aku dapatlah follow up berapa banyak langkah dapat aku buat dalam masa 1 hari. paling banyak aku pernah dapat dalam 11,594 langkah kaki. sebab masa tu pergi Great Wall of China. hehe. kalau macam hari kerja ni, setakat 3000 langkah sahaja berjaya. sebab tu aku tak kisah berjalan ni. berjalan banyak manfaat dia. 
 

Tekanan Darah Rendah

Image result for low blood pressure causes
 
kebetulan masa tu, adik dengan umi aku tengah cek blood pressure dekat dalam bilik. so aku pun teringin juga nak try. mana lah tau kot tiba-tiba tinggi. kot normal. so bila cek tu, memang aku terkejut! 
 
tekanan darah aku rendah! masha ALLAH, tak tersangka pula jadi macam tu. aku dapat bacaan dalam 88/53mmhg . dari yang aku baca, kalau normal 120/80mmhg. kalau taraf rendah, 90/60. tinggi pula 140/90mmhg. nampak tak tu, memang rendah sangat tekanan darah aku. apalagi, bising umi aku. suruh banyakkan makan kerang, makan organ dalaman. kasi naik jadi normal balik. 

tapi ada je eh punca tekanan darah rendah ni? aku baca dia cakap ada berkaitan dengan makanan, kurang darah dalam badan, suhu badan rendah atau tinggi sangat, dehidrasi dan macam-macam lagi. 

okay, maybe part dehydration yang jadi macam ni. aku ni memang teruk sikit part nak minum air. bukan tak nak. air sebelah mata je. tapi bila busy buat kerja, macam tak perasan air tu perlu minum so tak jadi apa-apa masalah di kemudian hari. agaknya kena buat alarm macam kawan aku, setiap 3 jam handphone dia berbunyi suruh minum air. hehe.


Simptom Tekanan Darah Rendah

- Pening Kepala / Pitam
- Kurang Konsentrasi
- Pandangan Kabur
- Loya
- Letih
- Wajah Pucat

aku harap bila dah amalkan gaya pemakanan yang sihat, dapatlah kembali normal tekanan darah rendah aku. mahu tak kena marah dengan kakak-kakak AFB aku. hehe. kata bahaya kalau macam ni. aku ada baca artikel lain, kalau rasa sihat walaupun tekanan darah rendah, dia akan lead to severe conditions masa dah tua nanti. okay, scary. aku cuba. in shaa ALLAH.

korang pun ada masa jangan lupa cek. ini demi masa depan sendiri okay. beringat sebelum terkena! :)

adios~
 
 
 
post signature

You May Also Like

2 comments

  1. Amy syeera ni kuat minum kafein ke?
    .
    Terutama masa sarapan pagi & lepas makan? 😃
    .
    Kafein ni pun mengganggu penyerapan makanan. Terutama zat besi.
    .
    Memang jadi pucat bagai.
    .
    Lebih lebih lagi kalau minum yang 3 in 1

    ReplyDelete
  2. Guna apps apa eh utk follow up berapa langkah kita sehari tu?? Dah lama cari apps tu

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.