
Tadom Hills Resort
I will never come here again.
masa kami sampai dalam pukul 10 pagi tu, aku tengok dah ramai orang juga lah. nasib aje dapat parking dekat dengan entrance. ada tempat main bola tampar dekat bahagian kiri entrance. belah kanan pula ada gazebo untuk kita berehat. ini kalau sesiapa bawa family especially nenek atuk, kena cepat-cepatlah cop. kalau dah terlambat, boleh cari dekat tempat lain. bayangkan pukul 10 pun dah habis semua orang ambil tempat masing-masing. haha. yang ada cuma bangku besar. kami alihkan sikit dekat tempat yang ada pokok kelapa sawit. even nanti matahari tegak dekat atas, at least dapatlah letak segala barang yang kami bawa tu.
as time went by, member-member yang lain pun sampai. perut memang dah super lapar, jadi kami sarapan dahulu. thanks Saufi and Azfar tolong belikan nasi lemak. bila dah makan ni memang tak pandang kiri kanan. punya kebulur kan. usai makan, kami pun terus meluru ke tempat yang memang sudah lama aku nantikan dari tadi. mulanya kami simpan dahulu life jacket. tapi staff dekat situ tak bagi. dia kata once kau nak masuk dalam tasik, barulah kau boleh ambil life jacket. wow okay. dari segi supply tu, so far haritu aku tengok cukup sahaja. untuk budak kecil pun ada.
okay, kelemahan aku yang satu is aku sangat takut air. bukan air shower ke air paip ke apa. air yang aku tahu bila-bila masa aku boleh lemas. bestfriend ada je ajar aku berenang. tapi panic attack tu melebihi dari rasa eager nak belajar berenang, so end up semua member aku tarik life jacket diorang. HAHAHAHAHAHA. thanks Zihah and Robi sebab sentiasa ada di sisi aku sepanjang dalam air. kalau tak ada diorang, aku tak rasa aku nak masuk air masa tu. tengok je orang happy main-main. sobs.
bagi aku, yang tak bestnya bila mandi dekat Tadom Hills ni, makin lama makin crowded tempat dia. lagi-lagi dalam tasik. toleh kiri ada orang. toleh kanan ada orang. nasib aje aku tak tarik diorang punya life jacket sekali. since terlalu ramai sangat orang, kami bergerak jauh ke tepi sedikit and kebetulan nampak ada rakit kosong dekat situ. spot kami berdekatan dengan aktiviti terjun dalam tasik tu. water splash something nama aktiviti dia. malangnya bila lama-lama melepak atas rakit dekat area situ, kami terbau something weird pula. macam bau tahi lembu pun ada. aduh, mengundang rasa tak sedap pula bila fikir ini tasik lombong yang tak sure air dia di replace or tak. anyone can enlighten me with this?
aktiviti terjun tu siapa-siapa pun boleh buat. and free. kalau ramai, kenalah beratur seketika dalam air. aku of course la tak terjun. nak berenang buat kuak lentang pun tak reti, ini pula nak terjun like a pro. no way man. no way. tapi kawan-kawan aku buatlah. aku jadi cheerleader je.
punyalah seronok main dalam air sampai tak sedar dah masuk waktu tengah hari. naik aje memang lapar woo. Azfar yang setia menanti di tempat berehat kami semua, tolong hidangkan spaghetti yang mak Saufi masak. letih plus lapar. bayangkan makan dia macam mana. matahari pun dah makin terik. then masa tu barulah terasa menyesal sebab tak bawa sunblock. so, guys and girls! don't forget to bring along your sunblock okay! kalau tak, nanti jadi gelap macam aku.
lepas dah kenyang semua, diorang turun semula untuk main air. aku dah tak larat. so, aku pergi salin baju and solat sementara menunggu diorang puas berenang and ambil gambar bersama. sebelum salin baju tu, sempat jugalah tengok apa yang ada di sekeliling Tadom Hills ni. tak adalah besar mana pun. ada cafe, ada hall, ada gazebo, ada tempat tidur. apa yang menariknya dengan tempat tidur mereka adalah konsep bamboo tu. yes, aku yang sememangnya sangat minat dengan seni and since ada bestfriend who is an architect, aku suka dengan design yang cuba diinspirasikan oleh Tadom Hills ni. ada Hammock, ada Chalet, ada khemah and last but not least Bamboo Hut. kami tak decide untuk tidur situ sebab esoknya waktu kerja and rasa macam tak berbaloi pula tidur sana.
surau pun available dekat situ. telekung ada disediakan untuk para muslimah. toilet+shower ada di belah kiri berdekatan entrance. di belah kanan berdekatan chalet pun disediakan. tapi sayangnya masa pergi tu, tengah construction pula. aigoo.. member aku kata, siap ada sabun dekat shower dia. tapi aku memang tak mahulah nak pakai. entah berapa ramai orang pegang sabun tu dah. okay, sorry (not sorry) for being a hygiene freak.
selain aktiviti berenang, ada juga aktiviti lain macam main dam, main Jenga and juga main tarik tali. well, bagi aku tak berapa best sebab permainan dia sangat terhad. tak semua orang boleh main. maknanya kena ikut turn. kalau ada rezeki, dapatlah kau main. kalau tak ada, kau main je lah air tu puas-puas.
overall, aku akan recommend ke orang untuk datang sini? well, let's just say, kalau ada orang ajak aku datang sini lagi and dia sanggup sponsor entrance fee, aku akan reject permintaan dia. rasa macam tak puas sangat datang sini. maybe sebab masa kami datang tu, semua benda dia nak buat construction. aktiviti ekstrem yang ada hanya flying fox sahaja. itu pun tak sure berapa ringgit. kata ada lagi aktiviti lain, manalah tahu lepas ni lagi best kan.
second one is overcrowded. aku claustrophobic. tak suka dengan confined space and all. so, bila makin ramai orang yang datang, aku rasa macam pergi Career Fair dekat Midvalley tu. i hate that feeling. toleh sana orang, toleh sini orang. Tadom Hills ni memuatkan sehingga 400 orang maksimum.
third one is cleanliness. toilet and shower dia memang terjaga. alhamdulillah. surau pun so far okay. part lain semua okay. cuma part air tasik tu je aku tak sure kebersihan dia macam mana. dengan bau busuk yang kami hidu tu.
okay, lain orang lain pendapat dia. maybe bila korang pergi, korang suka pula kan. macam tengok movie. ada orang suka Dilwale sampai menangis-nangis. aku tengok Dilwale tak rasa apa pun. kalau nak ke sini, better pergi dengan kawan-kawan. family ni kalau bawa nenek atuk, or babies, better pergi pantai or air terjun kot. lebih tenang. dapat dengar air yang mengalir secara semulajadi. kalau lepas ni Tadom Hills dah start banyak aktiviti lasak, i'll reconsider my decision.
okay, itu sahaja. adios!

at least kat malaysia banyak resorts kan. here in brunei veryyyyy few ooo huhuhu
ReplyDeleteseronok nya. berjalan saja kak amy
ReplyDeletebila2 nanti nak try ke Tadom jugak
ReplyDeleteakak yang dekat ni pun tak sampai2 lagi ke Tandom Hill ni.. mengenangkan tasik lombong tu lah yang buat akak tak rasa teruja sangat nak pergi... hehehehee.. and yessssss, akak pun sejenis yang takut air.. takut lemas.. tak pandai berenang walau dah diajar oleh macam2 jenis 'cikgu renang' hehehehehe..
ReplyDelete:)
...
Hari tu ada plan nak ke sana tapi tak jadi sebab ada hal lain... oklah, dah tau mcm ne kat sana.. thanks sharing amy :)
ReplyDeleteWaaa macam best jer tempat dia..aor dia bau camno .. cam tahi huhuhu..aduss terbantut gak tu tengah syiok tetiba bau tahi huhuhu
ReplyDelete