Dapat Dah Photobook Beijing

by - 2:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! ala, sedihnya PV UV jatuh mendadak untuk bulan ni. tak tahulah kenapa. aku rasa sebab aku jarang blogwalking and berkurun tak update blog. benda basic. tapi salah sendiri lah kan. siapa suruh tak update selalu. masalahnya sekarang ni rasa macam dah tak ada idea nak taip apa. bila nak taip je, duk fikir. benda ni ada faedah ke. tak ada faedah ke. macam tak menarik untuk diceritakan. last-last terkubur hasrat macam tu je. amelia, amelia. pelik perangai. -.-

Image result for photobook

Album Photobook Beijing 2016


siapa sini lahir tahun 90an ke bawah angkat tangan? bagi kita yang lahir tahun 90an ke bawah, mesti setiap seorang daripada kita ada album gambar masing-masing kan. sekarang maybe dah tak wujud. tapi masa baby confirm berlambak dalam almari gambar tu. aku pun mestilah ada. apatah lagi anak sulung. album sampai 3-4 buah. bila adik-beradik lain dah lahir, makin ramai. kita pun jadi lupa nak update album semula. gambar sekarang jadi kenangan dalam handphone je banyak. macam tak syok pula kan. kadang-kadang kita ambil gambar, then simpan dalam folder. lepas tu bila makin banyak gambar, kita terus lupa dekat mana kita simpan semua tu. it happens to me a lot! 

aku ni jenis apa orang kata. sentimental? classic romantic kind of girl? walaupun kita dah hidup di zaman teknologi. semua benda simpan dalam icloud, one drive and everything, tapi aku tak suka nak hadap gambar macam tu. aku tetap nak belek gambar dalam album. mana tahu sekali duk gatal format laptop sebab dah super slow, sekali terlupa ada album kita simpan dalam tu. menyesal pun dah tak berguna sebab tak mampu buat apa. kan dah susah. 

tahun lepas alang-alang je dah habis travel ke Beijing, aku terus buka Photobook. aku dah biasa pakai Photobook. and aku pun tengah try juga Pixajoy. so far, aku akan tetap setia dengan Photobook. Pixajoy ni taste umi aku. umi aku suka buat album ala-ala scrapbook. aku pula suka minimalist. 

nak buat album online ni bukan senang juga. sebab aku bukan manusia yang kreatif. hahaha. memang haritu buat Mesir punya sampai 2 bulan aku nak siapkan. nasib baik berjaya. Beijing ni pun dekat 2 bulan juga buatnya. alhamdulillah, lepas seminggu duk hadap gambar sama berulang kali, dapat juga album Beijing aku. weehoo~ 

masa dah dapat tu, saje tunjuk dekat umi. ye lah, nak tunjuk dekat siapa lagi kan? lepas umi dah belek lama album aku. tiba-tiba umi pula berkenan nak buat balik. album kami adik beradik berlima. and now, aku dah ada banyak album and continue beli lagi. :D 
post signature

You May Also Like

5 comments

  1. mana gambar photobook Beijing? nk tengok hihi. Akk yang lahir thn 1982 pun rajin buat photobok. Tapi, version mini. SO far, ada 5 dah

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya buat album...senang nak belek2 nanti..kekya tak berkesempatan pon lagi nak buat huhu bila ntah nak buat sbijik dua

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka belek2 album sebab feeling dia memang lain. Tp, masalahnya stp kali ada event msti cakap nak buat album tp asyik brtangguh je. Huhu

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak print2 gambar. Tengah fasa kurangkan objek2 fizikal haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Amyyy, kita ada tag untuk Amy :D Feel free to check it out eaaa. :D

    Sunshine Blogger Award

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.