Dinner di Chili's Citta Mall, Ara Damansara - Amy Syeera

Tuesday, February 7, 2017

Dinner di Chili's Citta Mall, Ara Damansara

assalamualaikum and hello lads! salam Rabu. harini jalan ke office dah start jammed balik. haha. sempat lah merasa lengangnya LRT Kelana Jaya Line pada waktu pagi minggu lepas. rasa macam nak selfie pun ada tapi malu lah pula. macam orang tak pernah naik LRT gaya dia kan. so, simpan sahaja hasrat tu. ni baru cakap pasal pergi office, belum lagi balik. balik memang berzaman lah nak tunggu bas datang. so, ada masa kalau malas tunggu, aku singgah je sekejap cuci mata dekat mall yang terdekat dengan LRT Ara Damansara. 

Related image

Dinner di Chili's Citta Mall, Ara Damansara

and kebetulan di area tu ada dua mall. salah satunya adalah Citta Mall. aku rasa orang Subang mesti akan perasan mall ni sebab dia betul-betul sebelah jalan besar yang nak masuk ke Federal Highway. daripada stress hadap jammed yang malam baru nak reda, lebih-lebih lagi waktu hujan, baik lah singgah makan sekejap dekat situ kan. nasib baik ada Afnan. aku ni dah lah tak ada transport. bunyi macam dekat LRT dengan Citta Mall, tapi kalau jalan kaki, basah kuyup juga aku nanti bila dah sampai sana. haha. 



alhamdulillah, dalam 6:30 petang macam tu, kami selamat sampai ke Citta Mall. hajat di hati memang nak merasa makan di Chili's. tak sangka haritu ada rezeki aku dapat mencuba menu di Chili's. bukannya tak mahu pergi, tapi tengok harga dia agak mahal juga. so, time gaji masuk je lah baru berani sikit. duk tangguh punya tangguh, sampai ke sudah tak merasa. usai sahaja berada di depan pintu Chili's tu, Vivienne and Wei Jian dah ada pun dekat situ. alamak, sorry lah. lambat pula sampainya. jammed teruk betul dekat Kelana Jaya tu. Malaysia.



sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut apa yang aku makan, aku nak cerita sikit tentang Chili's ni. Restoran Chili's ini merupakan restoran gabungan antara Texan dan Mexican( Tex-Mex) di mana mereka menghidangkan makanan yang diinspirasikan dari Barat Selatan, ditambah dengan sentuhan rasa American classic dan juga Mexican.

Environment di Chili's Citta Mall


aku rasa kalau nak compare Chili's dekat KLCC dengan Citta Mall tu, better lah datang sini. hahaha. sini penuh juga tapi tak adalah sesak macam dekat KLCC. first sebab parking lagi murah dari KLCC (of course). kami sampai dari pukul 6:30 petang tu melepak makan sampai pukul 9 malam, tiket parking baru je RM2. second, aku suka suasana tempat makan dia. lampu dim je. nak makan pun rasa tenang. kalau rasa sejuk sangat, dekat bahagian luar pun ada. sambil tengok pemandangan dekat luar, merokok melepaskan tekanan. Chili's ni makan dengan family and friends is better than makan seorang diri. ada juga yang sambut birthday dekat sini. nyanyi sama-sama dengan staff Chili's. aku pun sekali tepuk tangan sama-sama. haha seronok juga eh sambut birthday dekat luar ni. 

Image result for chili's citta mall
credit to Google

since ini adalah first time bagi aku, mestilah wajib cari signature and recommended meals je kan. agak lama juga fikir nak makan yang mana satu. seriously, banyak sangat choice. dari appetizer ke main meal and desserts. and ini antara menu yang kami pilih masa haritu. usai lama membelek, akhirnya jumpa juga menu yang betul-betul menarik perhatian perut aku.

Appetizer - Triple Dipper

Nama Hidangan: Triple Dipper
Harga: RM34.20

Triple Dipper terdiri daripada 3 jenis hidangan termasuklah celery sticks dan juga sos. ada banyak jenis sebenarnya. andai kata tak mahu burger, boleh tukar dengan side yang lain. pilih sahaja mana satu yang korang berkenan. masa tu aku pilih 

Wings Over BuffaloChicken drummettes tossed in spicy Buffalo wing sauce. Served with cool Ranch dressing and fresh celery sticks.
Chicken Crispers: Classic famous strips of fried hand-battered chicken
Spicy Breaded Onion RingCrispy breaded onion rings dusted with Southwestern spices. Served with house-made Ranch dressing.

aku memang bukan jenis orang yang tahan pedas. so bila dia cakap spicy dalam  ni, aku still boleh tahan makan dia. sedap sangat. lagi bila makan dengan sos dia.untuk korang yang tak tahan pedas juga boleh try makan apa aku cuba ni. 

Main Course Chili's 

Mushroom-Swiss Burger

With fresh sautéed mushrooms, melted aged Swiss cheese, mayo, fresh leaf lettuce, tomato & house-made garlic dill pickles.

Nama Hidangan: Mushroom-Swiss Burger
Harga: RM30.75

Mushroom-Swiss Burger ni seriously besar. pernah makan burger bakar tak? ha, sebiji tapi ni memang lagi sedap. aku suka daging dia sebab sangat tebal. makan burger dia sahaja dah cukup kenyang. even kami dah kerat 4 pun aku still rasa kenyang dah. Burger ni disediakan sekali dengan kentang goreng. 

apa yang aku kagum dengan Chili's ni bilamana makanan yang dihidangkan tu masih rasa originality dia. meaning macam kentang goreng tu kan, selalu akan rasa banyak garam, banyak minyak and kentang nya entah ke mana rasa. same goes with Mashed Potato. tapi dekat sini nasib baiklah rasa tetap sama.

Classic Ribeye*

10 oz. ribeye steak is a tender cut, marbled for maximum flavor, seasoned with special seasonings, and topped with seasoned butter. Served with loaded mashed potatoes and seasonal veggies.

Nama Hidangan: Classic Ribeye*
Harga: RM58.85

bagi siapa yang tak pernah ke restoran macam ni, aku recommend korang try steak or ribeye mereka. it's definitely worth to try. harga dengan hidangan dia memang takkan mengecewakan. setiap kali aku tengok rancangan masakan or masa ayah aku ajar masak, aku akan selalu dengar make sure bila masak daging or steak, dagingnya still rasa juicy. bila dah kering, rasa dia sangat berbeza sebenarnya. and yes, memang betul apa yang ayah aku and TV kata tu. so setiap kali pergi mana-mana, aku akan tengok sama ada juciy enough or not hidangan tu. 

classic ribeye memang juicy. combination yang sangat bagus dengan mashed potatoes and brokoli hijau. ha, untuk anak-anak korang yang tak suka brokoli hijau kan, boleh suruh diorang try masa ni. brokoli yang dia masak ni memang sedap. aku yang bukan penggemar brokoli pun boleh habiskan banyak. 

Fajita Trio - Grilled Chicken, Grilled Beef and Grilled Prawn

Signature sizzling fajitas served with sliced green bell peppers & caramelized onions, topped with chipotle-garlic butter & chopped cilantro. All fajitas are served with warm flour tortillas, shredded lettuce, house-made pico de gallo, mixed cheese, sour cream, fresh guacamole and fresh house-made salsa.

Nama Hidangan: Mix n Match Fajita Trio
Harga: RM48.95

kalau diikutkan nafsu makan aku yang tak pernah nak surut ni, aku suka pilih makanan yang ada banyak jenis hidangan dalamnya. contoh macam satu hidangan ada gabung mee dan juga kuey teow. haha. barulah dapat merasa semua. yes, i'm tamak thay way. sorry. 

siapa yang sama macam aku ni, aku cadangkan korang try Fajita Trio ni. sebab apa tau? semua ada. daging, ayam, dan juga udang! all in 1 set. amazing kan. tak perlulah nak order tu satu, ni satu, sana satu. ha, ambil. sekali semua ada. tapi siapa ada allergic tu, bagitahu awal-awal tau dekat waiter. ha, jenuh balik bibir macam Angelina Jolie. 

sedap hidangan Fajita Trio ni. sebab dia masak bersama dengan lada benggala. lada benggala ni selalu kasi sikit rasa pedas-pedas masam. perah pula dengan limau nipis, fuh memang makan seorang pun aku mampu ni. tiba-tiba rasa nak makan balik pula. 

Santa Fe Chicken Quesadillas

Tender grilled chicken, shredded Jack cheese and fresh corn salsa, drizzled with zesty citrus Santa sauce and layered between two flour tortillas. Served with fresh pico de gallo and sour cream.


okay, kalau korang datang ke Chili's pada waktu petang (hi tea) untuk melepak dengan kawan-kawan, aku sarankan korang order Santa Fe Chicken Quesadillas ni. sebab hidangan dia sangat simple yet sangat mengenyangkan. 

Chicken Bacon Ranch Quesadillas
Nama Hidangan: Santa Fe Chicken Quesadillas
Harga: RM29.95

alhamdulillah. kenyang sangat dapat rasa semua hidangan dekat atas tu. kalau korang rasa tak tahu nak order apa, aku recommend korang order semua yang aku order. and i promise you won't be disappointed. 

apalah guna makan besar-besar kalau tak ada pencuci mulut. yes, i have sweet tooth. aku rasa aku dengan makanan ni memang tak boleh dipisahkan. Vivienne order diam-diam je. aku pun mulanya tak tahu kami akan makan apa. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai kami punya dessert. voila!

Molten Chocolate Cake

Moist chocolate cake with a melted chocolate center topped with vanilla ice-cream & a crunchy thin chocolate shell.

Molten Chocolate Cake
Nama Hidangan: Molten Chocolate Cake
Harga: RM22.05

huiiii, ini kaum Hawa sekalian, siapa yang rasa macam masa kempunan dia terhadap coklat dah sampai, inilah hidangan yang paling dinanti-nantikan oleh kita!! aku sebenarnya dah dekat 2 minggu duk meroyan cari kek coklat. sampai member 1 office semua runsing, aku ni macam orang hilang anak. hahaha. bila dapat je kek coklat molten depan mata ni, fuhhh.. bersyukur sangat-sangat. 

Molten Chocolate Cake ni memang super manis. siapa tak biasa sangat makanan manis, better get ready dengan air mineral sebotol. tapi kek ini bukan sekadar kek sahaja, ais krim pun ada diletakkan sebagai topping. aku ambil masa juga lah nak buat magic dekat kek tu, sebab kena ketuk pakai sudu untuk kasi coklat tu cair dekat sekeliling kek macam lava. tapi tak jadi. HAHAHAHAHA. noob nya. 

apalah guna makan banyak kalau air tak ada. kalau sekali sekala datang ke restoran macam ni, better try something unique or different. something yang korang takkan jumpa dekat tempat lain. itu apa yang kawan aku ajar setiap kali kami pergi makan masa dekat UNITEN dulu. so ini apa aku order

Watermelon Lemonade

Image result for strawberry lemonade chilis
Nama Minuman: Watermelon lemonade
Harga: RM14.95

and Afnan pula order Cappucino sahaja since dia nak drive jauh ke Balakong nanti. hahaha. sian Nan. thank you teman aku.

alhamdulillah, kenyang perut senang hati. memang tersandar molek dah dekat kerusi tu. berbaloi datang makan di restoran Chili's ni. satu hidangan tu pun dah boleh makan dalam 2-4 orang tau. serious besar portion dia. now i know kenapa harga dia macam tu. kiranya memang worth it la portion dengan harga. sangat berbaloi. aku rasa one day, nak sambut birthday dengan family aku dekat sini. doakan sahaja aku murah rezeki ye. aamiin. 


thank you so much Chili's, Bonsey Jaden, Wei Jian Tan and Vivienne for the delightful dinner. 

untuk makluman lanjut, boleh layari:

Facebook: Chili's Malaysia
Instagram: Chili's Malaysia
Sign up untuk dapatkan info/promo terbaru dari Chili's Malaysia: Mail Chili's
post signature

6 comments:

  1. yunk...awat menggiurkan makanan dia?? thank you for review.. familiar je dengan nama chillis ni tapi tak pernah tergerak hati pegi makan situ sebab tak penah tau apa best. InsyaAllah akan datang boleh try.hee

    ReplyDelete
  2. semuanya nampak sedap. especially molten cake tu. so tempting

    Nurul Rasya | Blog

    ReplyDelete
  3. wow sedap ja nampak...rasa macam nak pergi sekarang

    ReplyDelete
  4. banyaknye makan, muat ke perut tuh huahauhauhau

    ReplyDelete
  5. chilis memang sedap. meh akak AMINKAN. :*

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.