assalamualaikum and hello lads! salam Khamis. sihat semua harini? sekarang ni dah start balik musim sakit. kesian tengok budak-budak kecil yang tak dapat hadir ke sekolah sebab batuk teruk sangat, demam and macam-macam lagi. kalau ikutkan seronoklah bila tak payah pergi sekolah kan. boleh sambung tidur. haha. tapi yang tak bestnya part sakit tu lah. nak berjalan pun lagi tak boleh. tenaga tak banyak.
Jadi Mangsa Tipu Travel Agent
bila cakap pasal berjalan ni, memang aku suka. sebab aku bukan jenis orang yang boleh duduk diam dekat rumah selalu. yes, ada masa memang aku prefer duduk di rumah. but most of the time, aku suka hang out dekat luar. socialize. especially bila involves traveling.
okay-okay, aku tak sehebat orang lain yang dah travel banyak negara. aku baru je nak berjinak-jinak pergi sendiri. so, masih lagi dalam proses nak belajar macam mana nak manage everything. schedule, cost, lodging, makan and everything. nasib baiklah pergi bersama dengan orang yang dah biasa travel. so, banyak sangat benda aku belajar.
and now, one thing aku belajar. never trust travel agent easily no more. masa aku travel ke Beijing dahulu, aku pakai travel agent juga. tapi ini berlainan agency. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. tak ada scam apa semua. kami pergi dan balik dengan selamat.
so, lepas tu aku start pergi dengan kawan-kawan secara sendiri pula. biasalah bila nak travel ni, satu benda yang menjadi concern adalah ticket flight. ada masa harga naik, ada masa harga jatuh mendadak. stress pun ada kadang-kadang tengok. sebab tu kami decide untuk mencari travel agent. kami cuma minta tiket flight sahaja. yang lain kami akan handle sendiri. lama juga lah kami book. and dah bayar full payment pun.
at first, tengok macam okay sebab ramai yang dapat tiket. tapi lama-lama akak yang akan travel dengan aku perasan something off about this agent. so, aku bertanya pada agent yang aku pergi Beijing dahulu dan juga member aku yang merupakan travel agent. and apparently bila cek and soal siasat, bukan agency ni sahaja yang menjadi dalang, ada syarikat lebih atas dari mereka yang menjadi main problem dalam situasi ni. kalau korang cek dekat facebook, dah viral benda ni. rupanya ramai sangat yang kena tipu. hundreds! or maybe thousands people! i don't know. ada siap kena tipu sampai RM12k lagi. kesian kan.
so, apa kami mampu buat hanyalah buat report sahaja. nak minta dengan agent yang kami deal ni pun dia kata dia dah tak ada duit nak bayar balik orang yang akan travel pada bulan Februari. aduhai. tak sangka boleh jadi macam ni. aku biasa dengar orang kena tipu dengan travel agent. tak sangka aku akan jadi one of them. tapi nasi dah jadi bubur. nak claim refund sekarang pun takkan settle sampailah bulan 6 si perempuan director tu kata. so, kita tunggu je lah. yang penting kena report dulu.
itu sahaja dari aku. kalau siapa ada terfikir nak pakai travel agent, siasat dulu betul-betul okay. lagi yang bagi diskaun gila-gila ni. kalau tak, jadi macam ni. katanya pakai konsep ponzi scheme. macam skim cepat kaya tu kot. aku tak habis study pasal ni. happy travel everyone!
Huhuhu takpe laaa amy nk buat camne dah terkena..lain kali kena lbh berhati2 okey..
ReplyDeleteaduh..ni yang tak best ni kan..hmm
ReplyDeleteSimpati dengan Amy.. mudah-mudahan ada hikmah di sebaliknya nanti.. sekurang-kurangnya ia jadi pengajaran kpd Amy dan kami semua..
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki lebih baik untuk Amy lepas ni..
:)
...
AAlahai..kesiannya amy...harap dapat balik ganti rugi..by hook or by crook...duit kita kan...
ReplyDeletesabar puan..laporkan aje kpd pihak berwajib. biar mrka yg menipu ini dihukum dgn sewajarnya,
ReplyDeletetakut nya kalau macam ni. harap dia dikenakan tindakan daripada terus duk menipu duit orang. sabar ya kak amy
ReplyDeleteOuchhh, I hope you can get back the money T_T
ReplyDeleteni masalahnya. bila kita pakai yang slh buat kita trauma utk pakai yg lain jugak kan2...
ReplyDeleteKesian, harap boleh dapat balik duit tu
ReplyDeleteHi Dear...
ReplyDeleteHope you will get the refund...
And happy traveling ...
kesiannya jadi mcm ni pulak
ReplyDelete