Assalamualaikum and good day mate! Haha. Bajet sangat.
mentang-mentang baru balik dari negara Australia. Alhamdulillah, pejam celik
pejam celik cepat sahaja dah sampai Malaysia semula. Dulu masa dekat KLIA 2,
rasa macam kenapa lama sangat nak pergi Sydney ni. apa je kita nak buat dekat
sana (even itinerary dah siapkan awal-awal), tapi bila dah sampai sana, rupanya
banyak lagi tempat tak habis explore. Sungguh, ini pertama kali aku travel
sendiri (meaning tanpa guna sebarang travel agent), and aku suka sangat! yes,
banyak suka duka sepanjang perjalanan kami di sana. Even sebelum nak ke Sydney
dah banyak dugaan kami hadapi. Tapi apa orang kata, kita kena percaya yang
setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya. Indeed, walaupun kami dah hampir putus
asa nak pergi ke Sydney, tak sangka Berjaya juga jejak kaki ke sana. Mari aku
ceritakan sepanjang behind the scenes kegembiraan kami di sana.
Di Sebalik Tabir Melancong ke Sydney

Permulaan Pengembaraan ke Sydney
Permulaan Pengembaraan ke Sydney
Kalau ada baca entry aku pasal kena tipu dengan travel
agent, itu juga merupakan permulaan kepada dugaan yang kami hadapi. Mari aku
ceritakan semula apa yang berlaku dari minggu ke minggu. Aku, kak CT dengan Kak
Nurul merancang untuk berjalan-jalan bertiga sahaja. Pada mulanya memang agak
risau sebab semua perempuan and tak ada lelaki langsung. Kalau kita dah risau,
apatah lagi parents. Aku tahu family aku risau tapi in shaa ALLAH, doa sahaja
yang mampu. Segalanya dirancang satu demi satu. Memandangkan Sydney antara
negeri paling mahal di dunia, jadi kami memutuskan untuk berjimat cermat
sebanyak mungkin. Jadi, antara salah satu inisiatif kami adalah cari travel
agent yang boleh kasi diskaun in terms of flight tickets. Kak CT minta someone
yang dia kenali untuk kendalikan kami punya flight ticket. Awalnya memang tak
ada masalah. Lama-kelamaan, masuk sahaja bulan Februari, kak Nurul can sense
something’s wrong with the system. Cari punya cari, rupanya kami kena TIPU.
Yes,
bukan kami sahaja sebenarnya. Everyone yang beli tiket under Worldtourscape,
semuanya hilang duit macam tu sahaja. Kalau perasan, kes ni dah masuk ke muka
akhbar dan Facebook. Ramai juga dah report polis. Si director Worldtourscape,
Masyitah yang berumur 23 tahun dikatakan songlap duit kami semua dan melarikan
diri. Itu hanya orang terdekat sahaja tahu. Tapi daripada apa aku baca, itulah
ceritanya. Sedih kan. siap Nampak gambar dia pergi menunaikan umrah lagi. Aku tak
kisah kau nak pergi umrah, tapi aku harap benda tu under duit kau sendiri,
bukan duit kami semua. Katanya, kami yang supposed to travel by March, akan
dapat duit semula pada bulan Julai. I mean, seriously, kenapa mesti bulan 7
baru dapat? Duit tu kitorang punya kot and kau belum beli. Tak sangka, ada yang
boleh hidu konsep pembelian tiket mereka. Katanya menggunakan Ponzi scheme. Wallahua’lam,
aku tak berapa mahir dalam konsep tu. Tapi daripada kefahaman aku, dia gunakan
duit kami untuk rolling duit orang lain yang nak travel dahulu. Aduhai, benda
dah jadi, aku akan jadikannya sebagai satu pengajaran. SUNGGUH, aku takkan
gunakan sebarang travel agency lagi dah.
So, bayangkan bila kami nak travel bulan March and hanya
dapat tahu kami ditipu bulan Februari, confirm sahaja tiket dah mahal! Bagi sesiapa
yang tak tahu pasal flight ni, semakin dekat tarikh kita nak fly dengan tarikh
kita beli tiket, semakin mahal tiket tu. Sebab tu lah ramai yang beli
awal-awal. Sekarang baru bulan 3, tapi dah ada orang beli tiket bulan 12. Itu memang
permainan dia. kena pandai search. Masa aku try check dekat website AirAsia,
harga tarikh yang kami nak pergi iaitu 17-23 March sangat mahal! Sampai mencecah
RM1.5k! aku seriously dah tak ada duit untuk cover duit flight. Rasa nak
menangis dah masa tu. Nak cancel ke Sydney tak boleh sebab kami dah book
Airbnb. Kalau kami cancel lodging, kami takkan dapat balik duit sebab
cancellation dia strict. Double sedih. Memang serabut sangat dah masa dekat
office haritu.
Fikir punya fikir, cari punya cari, dengan bantuan kawan aku,
aku Berjaya jumpa satu solution untuk kami bertiga. Instead of 17-25 March, aku
bagi cadangan untuk pendekkan trip kami ke 16-23 March. Sebab untuk tarikh tu,
kami Cuma perlu bayar RM1k sahaja. Bayangkan RM500 beza. Banyak kot. Tak pasal
je kena pakai duit yang aku save untuk pergi Sydney and pinjam duit umi aku. Aku
dah risau duk fikir mana lagi nak kaut duit masa ada di sana nanti. hanya
berharap dan berdoa pada ALLAH sahaja. Tak sampai hati nak minta lebih lagi
dekat umi or nenek sebab masa tu family aku juga akan ke luar negara. Yes, pada
tarikh yang hampir sama Cuma mereka pergi menunaikan umrah dan aku pula
berjalan-jalan. Kos umrah pun dah banyak. So, dengan duit hanya AUD630, selama
seminggu, aku harap itu mencukupi.

Tahu-tahu sahaja, sampai juga tarikh yang dinantikan. Dalam hati
Cuma berharap semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga. Awal lagi dah ada
masalah. Aku rasa ini paling kelakar jugalah. Experience aku tak boleh lupa. Flight
kami akan berlepas pada pukul 1130 malam 16 March 2017, tengok pada jam tangan
baru pukul 10 malam. Jadi, kami memutuskan untuk solat dahulu di surau
berdekatan. Tahu-tahu sahaja masa dah turun nak mencari gate, GATE ke SYDNEY
adalah yang paling belakang sekali. Hahahahaha. Betul nenek aku cakap. KLIA2
sangatlah jauh nak masuknya. Punyalah kami berlari sebab nama kami almost naik
dekat speaker airport. Hahahahhahaha. Masuk sahaja dalam flight, kami antara
orang terakhir. Sesak nafas masa dah duduk.
Agak sedih juga sebab aku tak dapat nak mengiringi keluarga
aku ke airport. Tapi apa yang berlaku sudah berlaku. Sempat salam and
peluk-peluk je dekat rumah. Semoga perjalanan mereka sepanjang berada di sana
berjalan dengan lancar. Aamiin in shaa ALLAH. Doakan juga ye J hati aku agak risau
sebab satu, aku jauh di Sydney, dua adik-adik 2 orang di Malaysia, dan tiga
family lain semua di Mekah. Semuanya jauh.
Sepanjang Pengembaraan di Sydney
Sepanjang Pengembaraan di Sydney
Kalau ada follow aku di Instagram mahupun Facebook, korang
akan Nampak gambar aku semua happy. Yes, memang aku happy. Tapi hakikatnya,
banyak juga benda kami lalui sepanjang berada di sana. Haha. Kelakar ada. sedih
ada. geram ada. semua perasaan bercampur baur. Tapi aku syukur. Memang itu
pengalaman aku takkan lupa sampai bila-bila. And I started to fall in love with
Sydney. Kalau nak tahu, Australia sangat pelik cuaca dia. kejap hujan, kejap
panas terik. Kejap berangin kuat, kejap tak ada angina langsung. Sangat unpredictable.
So, suggestion aku, bawalah payung sepanjang masa korang berjalan di luar. Pagi
Nampak je cerah. Sekali bila dah petang, ha jangan rasa nak menyesal pula. Selama
7 hari di sana, 2 kali kami meredah hujan tanpa payung! Termasuklah last day.
Baju
dah memang siap sedia pakai untuk tidur dalam flight tapi since flight kami
berlepas pada pulul 945 malam, jadi kami berjalan-jalan dahulu di sekitar
Sydney. Awal cerah sokmo, sekali dah dekat tengah hari, ha, ambil kau! Aku ada
ambil gambar. Nanti aku tunjuk. Naik flight tu memang tak selesa nak tidur. Travel
mate sampai demam panas. Aku pula badan gatal. Sebab baju semua dah simpan. Malas
nak godek-godek. Aku Cuma tukar stoking sahaja. Stoking penting tau! Kalau sejuk,
naya je. lagi-lagi long flight. Memang syukur sangat sebab decide untuk tukar
baru. Cuma kain yang patut aku jadikan selimut, aku buat jadi ‘payung’ masa
hujan lebat tadi. so, nak tak nak aku terpaksa sewa selimut dari AirAsia yang
berharga RM10.

Sesat pun ada. memang confirm punya kalau dah travel sendiri
ni, tak sah kalau tak sesat. Nanti aku ceritakan apa yang berlaku di entri
lain. Bukan setakat sesat, Opal card aku pun hilang, tercicir! Aduhai. Memang terus
down aku. Sebab dekat sana, nak naik Ferry ke Light Rail ke Train ke memang
akan pakai Opal Card. Boleh sahaja beli single ticket, tapi mahallah. Dekat sana
ada konsep Opal Card ni tau. Tak macam Malaysia yang semua benda nak charge. Ops~
Okay, aku rasa itu sahaja antara apa yang berlaku di sebalik
kisah kegembiraan kami di Sydney. Apapun, antara Sydney dengan Malaysia, aku prefer
Sydney. Bukannya tak sayang Malaysia. Tapi attitude orang sana, system di sana,
sangat buat aku jatuh hati. Walaupun agak mahal segala benda yang dijual di
sana, tapi bila dengar students di sana bekerja, memang berbaloi. Maybe, one
day. Aku nak ke sana lagi. Tapi tak explore Europe kan. mana tahu, terjatuh
hati dekat negara sana pula. Hahaha. we’ll see. Ada rezeki travel sana pula. In
shaa ALLAH. So, to all of you yang tak pernah merasa travel sendiri, inilah
antara apa yang korang perlu hadapi. Biar susah dahulu tapi senang kemudian. Jangan
sekali dah susah, tak mahu travel dah. Mesti addicted punya.
adios~
aaaaahhh ikta jeles kita jeles kita jeles.... kak amy dh balik ka ?
ReplyDeletehehehe balik dah Lela. :D
Deletebaru tau selimut pun kena sewa... nway tahniah Amy sebab berjaya harungi semuanya... :)
ReplyDeletehaha bila Amy share pasal orang nampak gambar happy2 je kat Instagram...tu laa realitinya budak2 study luar ni. Hehe ada pros & cons kannn, cons macam jauh dari family, survival semua... tapi takkan nak tunjuk kisah sedih kat sini, mau dibaca mak ayah memang susah hati dibuatnya. Bila cakap nak save duit sikit (sebab dah terbelanja lebih for any reasons), dalam hati mak ayah, 'ya Allah anak aku dah takde duit ni, aku kena tolong ni'. Haha.
ReplyDeleteHehe, can't wait for all travelogues! Kite tak sampai Australia lagi, kena ambik semangat dari post Amy laaa.
hanisamanina.com
wahhhhhhhhhhhh. sonoknyaaa travel. haritu da nmpak gak kt ig. amy travel ngn kak ct. btl ke. rupanyaaa memang btl. hehe ole2 utk nadia xde ke? XP
ReplyDeletewow wow lajunyaaa dah mula da citer.. saya suka saya suka.. hehe.. rasa macam trobek sangat2 ni elokla baca dah hampir sbulan da balik hehe.. itula pahit manis suka duka tapi kalo ambil dari sudut positif.. semuanya pengalaman berharga kan..
ReplyDeletesesak dadaku dengan isu tiket tu T.T semoga cepatla kita dapat duit balik.. semput daaa ni sob sob.. maaflah untuk isu tu.. huwaaaaa..
ReplyDeletehehehe thanks Amy sudi jalan sama.. i had fun with u girls.. akak hope u had fun too.. maaf kalo ada terlebih terkurang gurau kasar awak janganleee simpan di dalam hati.. muah muah.. ^^
ReplyDeleteactually kagum sebenarnya.. with minimal duit belanja Amy ada.. u managed to pull it through.. bagus.. sangat teliti berbelanja..
ReplyDeletealamakkk.... bulan 3 hujan ka?? panas tak tarikh tu?? saya punya travel lingkungan tarikh tu jugak 14-19 mac ni... duit sedia AUD500 utk sana... ada nak cukup??? nak beli belah dgn makan tu tak la kisah sangat just fridge magnet ja...
ReplyDeleteha'a sebab dekat Aussie, musim dia terbalik kan. so, 3 is autumn. hujan sokmo. better bawa payung just in case.
Deletein shaa ALLAH ckup. saya pun bawa AUD600 je untuk seminggu. fridge magnet dekat Aussie boleh je nak beli banyak pun. compare to Jepun.