Dil To Pagal Hai Sudah 20 Tahun!

by - 9:52:00 AM

Rehne Do Chhodo Ye Kahaaniyaan, Deewanepan Ki Sab Nishaaniyaan, Logon Ki Saari Pareshaaniyaan, Is Dil Ki Hai Ye Saari Meherbaaniyaan. eh, ternyanyi pula. lels. assalamualaikum and hello lads! bagi sesiapa yang sudah mengenali aku, korang akan tahu aku sejak dari umur 3 tahun dah melekat dengan Hindustan ni. yes. dulu masa kecil-kecil bila aku meraung je, umi akan pasang lagu Hindustan, baru aku senyap. HAHAHAH. pelik betul aku masa kecil. nasib baik masa tidur dengar alunan zikir yang umi baca instead of lagu Hindustan. 

Image result for dil to pagal hai poster

Dil To Pagal Hai Sudah 20 Tahun!


tapi sampai ke besar minat tu tak pernah hilang. aku tak sure lah kenapa. okay, let's ignore the fact that konsep Hindustan sekarang dah bertukar menjadi Hollywood. sedih tau. kenapa perlu ikut diorang? dulu boleh je hidup movie tanpa ada 18** and all. nak kasi adik-adik tengok pun, aku duk fikir 2 3 kali. movie-movie dahulu je yang berani aku tengok bersama dengan diorang. 

oh, bila cerita pasal movie lama, tak sangka walau zaman begitu pantas berlalu, filem-filem yang dah lama lepas masih lagi terpahat dalam ingatan. tengok sahajalah Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, dan lain-lain. kalau orang tanya macam mana plot cerita tu, senang sahaja nak ingat. sama juga la macam cerita Melayu juga. P Ramlee tu lagi dah berpuluh tahun disiarkan tapi orang still suka kan. aku rasa director filem sekarang lupa yang manusia tetap suka filem yang ada nilai lebih daripada aksi murahan macam tu. okay, you want to spice it up a little bit but come on. kita orang Melayu. ada adab. ada agama. jaga lah benda tu. aik, tercerita pasal filem Melayu pula.

meh kita tengok sikit filem dulu dah berapa tahun meninggalkan kita.

Dil To Pagal Hai - 1997
Kuch Kuch Hota Hai - 1998
Ghulam - 1998
Mohabbatein - 2000
Kabhi Khushi Kabhie Gham - 2001
Mujhse Dosti Karoge! - 2002
Kal Ho Naa Ho - 2003

sekarang dah masuk tahun 2017. wow. penyanyi pun dah bertukar. dulu ada Kumar Sanu, Alka Yagnik, Lata Mangeshkar, Sonu Nigam. sekarang lebih famous dengan Arijit Singh, Mohammed Irfan, Atif Aslam. 

okay tu je. saje nak cerita perkembangan filem Hindustan. sekarang ni, better tengok siapa producer dia dulu sebelum beli tiket tengok dekat wayang. takut sia-sia je nanti.

adios~




post signature

You May Also Like

8 comments

  1. betul tu... yg lama lg diminati dan diingati. tgk byk kali pun x jemu....

    anjali sharma. hihi

    ReplyDelete
  2. Wah peminat hindustan rupanya..tapi Kak Sue pun layan juga kadang-kadang..hihihi..

    ReplyDelete
  3. setuju..! filem hindustan sekarang malu nak tengok sama-sama family. Scene pun banyak yang 'kosong' tak ada jiwa sebab tu susah nak lekat dalam hati... ermmmm..

    dulu-dulu rasa Karisma Kapoor ni dah abis seksi dah dalam filem Dil To Pagal Hai ni kan.. tapi kalau banding dgn heroin zaman sekarang.. haaaaa.. hambekkk kauu..!! lagi seksi oiii.. hahahahaha.. :p

    ...

    ReplyDelete
  4. Betul..hindustan skrg daring..x berani nak tgk dgn budak2..best citer hindustan dulu2, x de pun adegan2 18sx..antara list tu, sya paling suka mujhse dosti karoge..mmg best sbb lagu2 dia best...

    ReplyDelete
  5. dulu udit narayan selalu duet dgn alka yagnik jugak :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. inilah satu2 movie yang menjadi kegilaan saya masa zaman kanak2. siap hafal tarian lagi. menari2 ikut macam dalam movie XD atpi kuch2 hota yang memang tetap legend .hehhee

    ReplyDelete
  7. sinema india yang selalu bikin kangen

    ReplyDelete
  8. cepat sangat masa berlalu.... sama la macam umur kita.. sobs..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.