assalamualaikum and hello lads!
semoga hari yang korang lalui ceria harini in shaa ALLAH. aku? aku tengah
nervous sangat ni. esok bermulalah adventure aku sekali lagi di negara orang. doakan
perjalanan kami sepanjang berada di sana dipermudahkan. Kononnya menghabiskan
baki cuti yang aku ada sebelum tamat kontrak kerja di syarikat telco ni. sedih
pun adalah juga. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru sebulan kerja sini.
Pengalaman pun banyak sangat dah dapat. Dulu tak pernah-pernah simpan hasrat
nak belajar Microsoft Excel. Tak pernah terfikir nak jadi Engineer sebab rasa
macam selama 5 tahun belajar dekat kolej, asyik teori je 24 jam. Tak ada
skills. Tapi ada juga syarikat yang percaya aku boleh jadi someone. Balik je
dari oversea ni, dah kena serabutkan kepala fikir syarikat mana pula aku nak
apply ni. susah tau cari kerja sekarang. Aku adalah salah seorang yang tahu
perit jerih mencari kerja. Tapi bila kami dah sibuk tekan apply, apply dan
apply berulang kali, ada yang masih salahkan kami? Kami cerewet pilih kerja. Really?

Graduan Cerewet Memilih Kerja
Pernah tak rasa macam kau ada 4
orang anak and kau je yang kena jaga diorang dekat rumah sementara suami keluar
mencari nafkah. It happens. Itu lumrah. Tapi bila menjaga 4 orang anak yang
nakal. Rumah selalu bersepah tak kira masa. Duk jaga yang kecil, tiba-tiba
tanpa sedar anak pertama ter stuck dalam toilet. Tak reti buka pintu. Ha,
jenuh. Lepas 2-3 jam pujuk and cari ikhtiar, barulah si anak dapat keluar
dengan selamat. Then, dengan hati yang lega, pergilah share story dekat
Facebook. Ingatkan dapat kata semangat, sekali kena kecam pula.
Cakap kita ni tak reti nak handle
anak-anak lah. Kalau dah tahu susah jaga anak, kenapa mesti beranak banyak
sangat. Macam-macam tohmahan kena. Yang paling syok sekali bila yang sakan
komen tu bukannya dari seorang isteri sepenuh masa yang menjaga anak 4 orang di
rumah. Sebaliknya dia perempuan berkerjaya yang sudah berkahwin tapi anak 1
orang sahaja. siap mampu untuk hire orang gaji. Sakit tak hati? Mesti sakit punya kan. then, kita pun rasa nak
kecam balik dia. kau tak sama kes macam aku, senanglah cakap. Benda ni standard
di mana-mana. Betullah. Dia tak merasa, macam mana dia boleh tahu itu atau ini
caranya menjaga anak ramai. Tak kisahlah apa jua situasi yang berlaku, kita
pasti akan terfikir benda macam tu.
Sama juga berlaku pada kami si
graduan. Yang sibuk mengata graduan adalah orang yang sudah lama bekerja and
tak perlu fikir dah nak cari kerja apa lepas ni. zaman dahulu dengan zaman
sekarang bukan sama dah. Aku tahu benda ni. sebab setiap kali aku naik Uber
(for a year and half now already), driver macam tend to cerita kisah kerja
diorang pada aku. Dulu habis je study, apply kerja terus dapat. Asalkan orang
tu ada degree. Sekarang ni, budak-budak degree bersepah. Yes, literally
bersepah! Bila dah susah nak cari kerja, mereka suruh kami sambung buat Master
pula. Bila dah buat Master, rupanya lagi susah nak dapat kerja. Aduhai. Habis tu
nak buat apa pula ni?
Graduan cerewet memilih kerja? Come on,
are you for real? Did you seriously just say that? Kau ni ada ke tak anak-anak
baya kami yang senasib ni? confirm tak ada punya. percayalah. Cuba duduk
sebelah kami ni. tengok apa yang kami apply. Bila tiap kali aku apply position
Engineer, mostly akan reject. Then, aku belek balik resume aku. Rasanya taip
kos Electrical and Electronics Engineering. Then, toleh balik dekat perkataan
Not Suitable tu. Okay. Tengok balik criteria, tengok skills, tengok resume. Last
sekali, aku give up nak apply kerja Engineer dah. Terus terasa macam apa yang kami penat kerah fikiran setiap kali jawab periksa dalam dewan yang sejuk selama 5
tahun were completely useless.
So, tak mahu fikir panjang, aku
APPLY KERJA LAIN dari bidang aku. Memang lari. Human Resource lah. Admin lah.
Lecturer. Librarian. Hotel Receptionist. Kau cakap je apa. Semua aku apply je.
and now, cuba cakap balik. Part mana kata kami cerewet pilih kerja? Bayangkan sebab apply kerja tu punya pasal, aku sanggup buka Youtube cari macam mana nak pakai software tu (contoh HR2000). siap download nak try sendiri. at least tak ada sijil dari kursus tu, aku ada basic. but still, mereka tak percaya kami ada kesungguhan nak kerja tu. Kau dah
dapat kerja memang senang cakap. Tunggu nanti bila anak sendiri kena, boleh tak
cakap macam tu balik? Bukan aku seorang je merasai benda ni. tanyalah semua
graduan, tak ada seorang pun (well, maybe 40% of us still buat) yang memilih
kerja dah.
Tapi lagi menyedihkan bila kami
pilih kerja macam tu, kami DI REJECT sekali lagi. Kena kecam pula dengan
company. Kata kami memandai-mandai je pilih kerja yang bukan bidang kami. Kami tak
ada skills. Tak ada basic kerja tu. Laa.. kalau diikutkan, aku dah tak tahu nak
rasa sedih ke, ketawa ke, marah ke. Salah siapa ni sebenarnya? Nanti keluar
pula ayat dari menteri-menteri.
Setiap pelajar perlu ada 3 degree untuk dapat pekerjaan tetap di masa hadapan.
Sedangkan 1 pun susah. Apatah lagi
3. Bila banyak sangat degree nanti, kami kena kecam lagi. Graduan cerewet
memilih kerja. Minta gaji banyak. Aduhai. Sedih rasa hati ni. aku kagum dengan
orang yang tak tunggu lama-lama bab cari kerja. Sebaliknya dia buka business
sendiri. tak kisah lah online business ataupun buka gerai tepi jalan. Yang penting
boleh cari nafkah untuk sendiri dan family. Tahniah. Aku tak reti sangat nak
jalankan business. Well, aku bukan jenis orang yang consistent. Awal-awal
memang semangat. Lama-lama rasa bosan. Rasa macam sia-sia je nanti. tapi aku
buat business dengan cara yang lain. Alhamdulillah, boleh lah isi poket sikit
dari tak ada.
Resume tak menarik perhatian? Okay, dulu masa zaman kolej, aku
buat resume simple je. ala, standard pakai Microsoft Word punya. ini nak apply
internship. Then, dapat komen kata resume terlalu simple. Tak menarik
perhatian. Baik. Aku ubah sikit. Tambah simbol and corak kasi ceria sikit. Kena
reject lagi sebab kata masih sama macam orang lain. Baik. Aku google sana
google sini. Jumpa dalam majalah Forbes yang mengatakan resume kena berwarna
and tak lebih dari 2 warna. Aku buat pakai Adobe Photoshop. Barulah dapat offer
praktikal di Cyberjaya. Alhamdulillah.
Habis belajar, aku apply kerja
menggunakan resume yang dahulu. Datang interview, benda pertama sekali mereka
tanya, kenapa resume aku berwarna? Simple punya tak boleh buat ke. Laaaa..
kejap nak putih kejap nak warna. Serabut otak aku. Then, aku buat pula resume
hitam putih balik. Datang lagi interview tempat lain, kena pula. Kenapa lemau
sangat resume. Hitam putih. Aku rasa dah berapa kali interview aku buat poker
face. Aku suggest kan dekat orang yang nak cari kerja tu, korang bawa 2 resume.
Satu simple pakai Microsoft Word. Satu advanced pakai Adobe Photoshop or any
kinds of software yang korang hebat. SATU LAGI. Kalau dua-dua dia kecam juga,
korang buat ONLINE RESUME. Yes, aku ada 3 jenis resume. Cakap je dia nak yang
mana. Aku kasi. Cukuplah haritu kali terakhir aku buat poker face. Hopefully.
aku minta maaf. aku bukan jenis orang yang boleh bagi closing argument macam lawyer tu. tapi aku berharap pada graduan lain, just do your best. in shaa ALLAH, moga ada kerja terbaik untuk kita semua satu hari nanti. kalau tak ada, belajar je lah buat business macam orang lain. bertani ke apa ke. good luck. may the odds be in our favor.
adios~

ehh betul sgt tu. org kate graduan memilih sedangkan dah apply kerja macam2 dah ari dari bidang dah pon. bile apply kerja yg bukan bidang sendri kate xde skill ni awak nak apply buat ape. mcmtu pulak. lumrah dunia.
ReplyDeleteSlm, bila baca post ni rase eh cam same je situasi. Orang memang la cakap je senang, kite yg rase je phm. Best of luck sis :)
ReplyDeleteHihi nanti cerita pengalaman kat negara orang tu yeee..
ReplyDeleteKita takde pengalaman sgt bab interview2 kerja ni. Even last time guna resume masa nak apply study ni je. Terkedu sangat bila baca Amy siap sediakan sampai 3 jenis resume kalau nak penuhkan kriteria orang tu. Tapi at one point, it shows how experienced you are already.
One thing i find funny is some company they want someone with working experiences. And how can fresh graduate get it if they don't allow someone with no working experiences to try T_T
hanisamanina.com
Alhamdulillah, mujur saya lahir 10 tahun awal dari graduan sekarang... zaman saya cari keje dulu senang nak dapat keje. Pakai SPM je.
ReplyDeleteKak yg program progress tu takda sambung situ ke
ReplyDeletenanti ada masa saya sambung
DeleteMemang betul sangat apa yang diluahkan sis. Zaman skrg ni bagus mana pun kebanyakan susah nak dpt kerja. submit2 tapi resume kita takda org tgk pun lagi2 dekat company besar. Semua kena guna cable je kan. huhue. bila tak memilih cenggitu pulak jadinya. Pernah ada pengalaman yg sama gak dulu. Susah nak dpt kerja lagi susah nak jawab soalan exam. huhue
ReplyDelete