Proses pencerahan kulit
wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang
sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta
sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit
semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR
(Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi
semakin kusam dan gelap.
Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite

Memahami impian setiap
gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu
dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI
Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen
dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.
Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI
ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.
Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
Menurut Pengurus
Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri
Sulaiman “Kami di keluarga SAFI
menggambarkan SAFI BALQIS sebagai
sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil
cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih
cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu
daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah
kulit yang gelap dan kusam”.
Berbicara tentang kualiti
produk dan keberkesanannya ,
“Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri
Kata beliau lagi,
“Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan
Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna.
Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan
epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite
untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan
melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya,
kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.
“Bukan sekadar
menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut
dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal
solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala
manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat
dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada
sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit
menjadi kusam dan gelap”
Menambah keceriaan dalam
legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan
Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai
duta SAFI BALQIS OxyWhite.“Bagi
kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang
bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang
manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi
masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif
dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam
industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang
paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang
kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI
BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa
SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan
pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan
pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat
sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang
terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap
produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.
Alami kulit wajah yang
cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi
BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona
bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana
sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar
tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah
normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan
penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Seiring dengan rekaan pembungkusan
berwajah baharu ini, SAFI turut
menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik
perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
Berikan nafas baharu pada
kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI
BALQIS OxyWhite yang berikut:
Rangkaian Produk
Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)
1) SAFI
BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
![]() |
Saiz Pek : 50g/ 100g RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST) |
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) Sesuai untuk semua jenis kulit
2) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
3) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
![]() |
Saiz Pek : 20g RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST) |
Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
a) Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b) Mencerahkan kulit serta merta
c) Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d) Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f) Melembap kulit wajah
g) Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak
4) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
![]() |
Saiz Pek : 45g RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST) |
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a) Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c) Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d) Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f) Menghaluskan kulit
g) Menyaramatakan tona kulit
5) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
![]() |
Saiz Pek : 45g RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST) |
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam
6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
![]() |
Saiz Pek : 40g RCP : RM14.90(selepas 6% GST) |
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak
7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
![]() |
Saiz Pek : 16g RCP : RM8.60 (selepas 6% GST) |
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d) Menyamaratakan tona kulit
8) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
![]() |
Saiz Pek : 200ml RCP : RM17.40 (selepas 6% GST) |
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)
1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat
2) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
![]() |
Saiz Pek : 150ml RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST) |
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
3) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
![]() |
Saiz Pek : 15g RCP : RM11.90 (selepas 6% GST) |
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b) Menghalang pembentukan bintik hitam
c) Memudarkan parut jerawat
d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria
Produk ini boleh didapati
di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat
lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia
dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

penggunaan yang berterusan dan setia terhadap satu product sure mendapat kesan yang baik...
ReplyDelete