Assalamualaikum and good day mate. Minat terhadap travel
semakin membuak-buak sejak aku balik dari tanah suci Mekah. Ustaz kata aku
bertuah sebab destinasi pertama aku ke luar negara adalah tempat yang menjadi
idaman semua umat Islam. Seterusnya baru membuka langkah baru travel ke negara
lain bersama kawan-kawan pula. Yes, alhamdulillah syukur sangat. Dari situ
banyak sangat aku berdoa pada ALLAH, andai kata dapat peluang travel dahulu,
aku nak travel sepuas hati aku. Nak timba ilmu belajar culture orang lain. Nak
tengok keindahan alam semulajadi di tempat yang berbeza. Tanpa sedar begitu
pantas masa berlalu, akhirnya tahun ini aku dapat travel ke Sydney. Sejujurnya
aku suka pergi bersama dengan orang lain. Tak mahu orang sama walau best macam
mana pun travel dengan dia. Tolak tepi family and best friend la. Itu confirm
pergi sama banyak kali pun tak apa. Ke Mesir dengan family, ke Beijing dengan
kawan lama di UNITEN, dan kalini ke Sydney bersama 2 strangers iaitu blogger
kak CT dengan kawan sekolah rendahnya, kak Nurul.

Panduan Travel ke Sydney selama Seminggu
9:00 malam

Mulanya fikir nak naik Uber je. Tak mahu susahkan umi ayah
hantar aku sampai ke KLIA2 sebab jauh sangat kan. Perjalanan mengambil selama
45 minit. Lagipun umi busy nak packing barang untuk mereka pergi menunaikan
umrah pada masa yang sama aku ke Sydney. Last-last, ayah tawarkan untuk hantar
juga aku ke airport. Hehe. Thank you umi ayah. Masa aku dalam perjalanan, kak
CT dengan kak Nurul sudah pun sampai di sana. Siap beratur lagi sebab kalau
korang ada dapat gambar dari Whatsapp group, kaunter AirAsia sangat panjang
dengan barisan manusia menunggu giliran timbang beg masing-masing. Nasib baik
masa kami sampai, line dia tak panjang sangat. Aku dengan kak CT kongsi
luggage. Maknanya kak CT beli 20kg untuk kami berdua, and aku tak perlu add on
luggage dah untuk aku sendiri. Syukur sangat masa timbang, memang cukup-cukup
20kg (19.75kg).
Macam aku cakap, habit aku suka wrap beg Deuter and luggage
bersama. Beg Deuter tu tak isi apa pun, tapi kalau main kasi je dekat kaunter,
risau terbuka je karang. Nak bawa naik atas flight, memang malas. Wrapping
untuk dua beg aku dalam RM21. Aku rasa dia ikut berat juga kot. Sebab kak CT
punya harga wrap berbeza. Punyalah duk excited nak travel sampai aku terlupa
minta duit baki. Si staff tu pun sama terlupa sebab dia sibuk minta duit RM1 dekat
kak CT kalau ada banyak lagi untuk ditukarkan dengan duit besar. Boleh pula
kan~
10:00 malamKLIA2 - Sydney
Tanpa melengahkan masa lagi, kami terus masuk ke dalam and
mencari surau untuk solat terlebih dahulu. Kami punya flight estimated to
depart by 11:45 pm. Tengok banyak masa lagi, tapi perasan juga dekat skrin
besar tu, dia dah taip BOARDING. Kami fikir memang sempatlah. Lepas dah solat
semua, masa turun bawah je, ya ALLAH, terkejut betul aku bila tengok gate 21
kami adalah gate paling hujung sekali dalam KLIA2 tu. Aduhai. Mula-mula je kami
jalan kaki, lama-lama langkah makin laju. Apa lagi bila staff situ duk
marah-marah suruh kami cepat sikit berjalan ke gate. Kalau tak, dia akan sebut
nama kami menerusi pembesar suara. Hahaha. Okay itu kelakar. Masuk je dalam
flight memang confirm la termengah-mengah kan. Nasib baik aku bawa backpack
kecil sahaja. Tak ada terasa beban ke apa. Cukuplah aku rasa beban masa pergi
Beijing dulu.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sydney mengambil masa selama
8 jam 30 minit. Nasib baik ambil flight malam. Jadi, tepat jam 10 pagi, kami
selamat tiba di Sydney, Australia. Aku ingat lagi betapa cemasnya masa kena
lalu pemeriksaan sekuriti. Tak kisah kalau orang yang cek, or kena lalu under
metal detector tu, tapi dekat sana, mereka akan bagi anjing terlatih yang hidu
kita. Argh, comel memang comel. Haha. Tapi sebab kita tak biasa dekat dengan
anjing besar macam tu, so terkejut juga lah. Dia dah cakap awal-awal, anjing tu
akan berlegar di sekeliling kita sementara kita berdiri di satu kawasan ni.
Tahu-tahu aje, dia memang dah lalu sebelah. Nasib aje tak tersentuh. Expression
yang kami selalu dapat bila lalu sebelah anjing, diorang akan kata ‘don’t
worry, she’s friendly’. Alamak, anjing tu memang friendly tak gigit orang, kami
kita ni bukan boleh sentuh dia. satg dia terkam, jilat-jilat muka, tak pasal
kena samak. Nak explain karang takut penjaganya tak faham. So, senyum je la.
1:00 petang
Kingsford Smith International Airport, Mascot


Tak sangka masa kami sampai airport tu, hari tengah hujan
lebat. Risau juga, dengan angkut luggage sekali semua. Tapi kami settle kan
mana yang penting dahulu.
Optus simcard – dekat situ ada macam-macam jenis simcard,
tapi since akak-akak ni beli Optus, so aku pun beli sama. Simcard dia 1 hari –
AUD2 . so, memandangkan nak stay di Sydney lama, aku beli untuk 5 hari sahaja.
Jadi total would be AUD10.
Opal Card – opal card ini free sahaja. Boleh dapat dekat
mana-mana retailer. Okay, meh aku cerita sikit pasal Opal Card.
- Maksimum penggunaan dalam 1 hari adalah AUD15. Jadi, kalau kita pergi ke mana-mana menaiki bas, train or light rail, fee dia adalah percuma! So, tak perlu risau kalau seminggu tu sama ada exceed or tak AUD15 sehari, memang takkan lebih dari tu.
- Hari Ahad pula semua trip hanya makan sebanyak AUD2.50 sahaja. Jadi, locals kata masa ni lah nak travel sebanyak yang mungkin. Lagi-lagi tempat yang jauh. Macam kami ke Kiama makan sebanyak AUD5.80 juga. Mahal tau tu.
- Kalau tak jumpa kedai top up Opal, dekat setiap stesen ada mesin top up dia sendiri. Make sure tengok dia pakai cash or card. Dua mesin ni berbeza.
- Tolonglah jaga Opal card setiap masa. Mistake aku, simpan dalam poket, jadi budget untuk AUD60 jadi exceed sebab dia tak consider aku dah travel banyak sebelum ni. Jadi, no discount for me. Sobs. Sama macam baru guna Opal Card lah. Sedih kan.
- Suggestion aku, jangan top up AUD60 sekaligus. Andai kata sikit je pakai nanti, nak refund sangat makan masa. Apatah lagi kita bukan orang Aussie and kita tak ada akaun sana. Jadi, top up lah untuk 2 hari dahulu. Dalam AUD30 pun okay dah.
Settle semua, kami terus menunggu di train station bawah
tanah. Menunggu train kami dari International Airport ke Central Station.
Perjalanan tak lama. Dalam 10-15 minit sahaja. Seriously, I must say I fell in
love with their transportation system! Aku suka train dekat sini!






- Train dia dua tingkat. Jadi, setiap orang ada peluang untuk duduk.
- Train dia boleh bertukar posisi duduk. Satu row ada 3 seat kiri dan 3 seat kanan. Andai kata kita ada 4 orang. Seat di row hadapan boleh ditolak supaya menghadap kawan kita lagi 3 tadi. Seronok kan!
- Train dia on time. Yes, on time!
- Kita boleh check schedule bas, train or light rail dalam apps dia sendiri – Opal Travel. Dia juga akan beri kita kemudahan untuk mencari bas mana or train mana yang perlu kita naik untuk ke destinasi seterusnya
Aku book logding di Airbnb. Ini first time aku guna servis
Airbnb. Since ramai recommend, kata murah and convenient and selesa, so aku
decided untuk cuba. Why not? Cari punya cari, akhirnya jumpa satu rumah di
kawasan Chippendale, betul-betul dekat dengan Central Station. Makan masa
selama 5-10 minit. Bergantung laju mana korang berjalan. Masa mula-mula sampai
ke rumah kami, aku terkejut juga, sebab dia bukanlah kategori rumah, tapi more
to Studio Apartment. Tak kisahlah. Yang penting ada washing machine, ada toilet
private, and ada air cond and dapur. Just in case waktu tu panas sangat. So far,
sepanjang aku duduk di situ memang aku rasa selesa. Studio ni sangat sesuai
untuk up to 3 people only. 4 boleh Cuma nampak crowded sikitlah nanti. Free
WIFI pun ada. Hahaha. Aku tahu zaman sekarang itu sahajalah yang dicarinya. Tapi
aku sangat utamakan mesin basuh sebab kami ni duduk dalam 7 hari, jadi aku tak mahu
bebankan diri bawa sampai 7 pasang pakaian. Itu baru untuk berjalan, belum baju
tidur, telekung semua. No way. Hahaha. Bila dah ada kemudahan macam ni, aku
bawa 4 helai sahaja baju. And 2 jeans. Senang kan.



Usai unpack semua barang, kami pun menuju ke destinasi pertama.
3 petang
Sydney Paddy’s Market, Haymarket




Sampai sahaja di Central Station, kami terus mencari laluan
ke Light Rail. Oh, senang je nak cari nya. Dia dekat bahagian atas station. Light
rail ni boleh dikategorikan sama dengan Tram la kan? Dia lalu atas jalan raya
juga macam kenderaan lain. Oh, jangan lupa bawa Opal Card! Akhirnya dapatlah
tengok sekitar kawasan bandar Sydney. Jangan lupa sebelum naik, KENA TAP ON
dahulu kad. Dah turun TAP OFF pula. Sini memang boleh lah buat macam ni kan. Kalau
dekat Malaysia, aku macam tak yakin je diorang akan jujur TAP ON TAP OFF tu. Entah-entah
ada yang main naik turun je. Hiks. Okay, maaf. Bila dah biasa guna public
transport di Malaysia, aku nampak perangai masing-masing macam mana.

Akhirnya sampai juga di Sydney Paddy’s Market. Oh, ingat
tau. Sydney Paddy’s Market beroperasi sehingga pukul 6 petang sahaja. Kawasan dia
nampak besar juga. Konsep kedai ni memang macam market kita lah. Ala-alan downtown
or uptown gitu. Banyak juga barang murah. Aku sempatlah beli fridge magnet
untuk saudara mara sahabat handai semua. Nak kata murah tu, toksahlah duk
compare selalu harga kita dengan harga OZ kan. Memang jauh bezalah. So, kalau
dah duduk sana, fridge magnet 3 biji dalam AUD2 boleh tahan murah lah. Dah puas
meronda di kawasan situ, kami ke area food court dia pula. PERGH. Aku cakap
lagi sekali. PERGH. Sayur-sayuran dengan buah-buahan dia memang AWESOMELY
BESAR. Sangat besar and murah!! Kami macam jadi rambang mata. Pantang nampak
murah, beli aje. Bayangkan kami balik tu dalam keadaan tangan penuh makanan
berkhasiat sahaja. Hahaha. 2 bungkus anggur dapat AUD3. Satu bungkus strawberi
dapat AUD2. Pisang dalam AUD2 juga. Kiwi pun kami beli. Bila tangan dah penuh
macam ni, mulanya ikut dalam itinerary, kami pergi ke Chinatown. Memang dekat
sangat dah. Tapi since dah penat sebab baru sampai and kami dah banyak beli,
jadi kami putuskan untuk balik sahaja and pergi waktu malam.











9:00 malamChinese Noodle Restaurant
Last-last kami tak jadi pergi Chinatown sebab ramai sangat
orang! Crowded. Omg, aku tak boleh kalau overcrowded. Aku claustrophobic. And masa
tu dah start hujan balik. Jadi, kami tukar haluan ke tempat lain. Asalkan dapat
makan. Plan nak makan dekat Taste of Thai tapi sekali dia tutup sebab ada
discussion apa entah. Cari dan cari, kami pun pergi makan malam di Chinese
Noodle Restaurant. Lagi satu aku nak ingatkan. Dekat Sydney ni, portion makan
dia sangat banyak! Satu lauk tu cukup untuk 1 orang lelaki or 2 orang
perempuan. Mula memang tak percaya kan. Rasa macam mampu je. Masa tu anak-anak
murid kak CT ikut makan sekali. Bila tengok makanan yang diorang sampai sangat
besar, kami pun decide untuk beli 2 lauk and 3 mangkuk nasi sahaja. Kau bayangkan
beli 2 jenis lauk pun kami bertiga tak habis. Bayangkan! Hahahahaha.. Kongsi is
better sebab confirm cukup and kita dah jimat duit dekat situ. Satu makanan
dekat sana sahaja dah cecah AUD17. So, kalau kongsi 3 dapatlah kurang jadi AUD6
or so.

Lepas puas sembang semua, kami pun balik ke rumah semula. And
perjalanan esoknya aku akan cerita di entri seterusnya okay.

Itinerary Hari 1 di Sydney
- Chippendale -> Sydney Paddy's Market -> Chinatown -> Chinese Noodle Restaurant
Footnote:
AUD1 – RM3.40 (as of March 2017 kami pergi)
Bajet aku bawa – AUD630: RM2142
Optus Simcard – 1 hari AUD2
Opal Card – satu hari AUD15 max
Airbnb – Enchanted in Chippendale
Sydney Paddy’s Market – 10AM : 6PM
Transport:
Sydney Kingsford Smith Int. Airport to Central Station
- Peak
Time: AUD17. 18
- Non-Peak Time: AUD16.16
Central Station to Sydney Paddy’s Market (Light Rail)
- AUD2.10

Terbaik sgt travelog ni Amy! Kite pun fan Airbnb kalau travel dgn kawan2 or family sbb rasa macam duduk rumah sendiri n bebas nak keluar masuk toilet takpayah nak pakai proper tutup semua. 😅
ReplyDeleteKejujuran naik train tu hmmm faham sangat. Pernah ada backpackers dtg czech pastu diorg ingatkan public transport free. Haha sbb takde org check and takde penghalang pun kat entrance station or bas/tram/metro tuu. InsyAllah Malaysia will be like this one fine day 😊😊
seronok baca pengalaman awak
ReplyDeleteJemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita
Bestnya Amy. Cantik sangat tempat2 kat sydney ni.. Buah-buahan pun besar sihat2 semuanya :O
ReplyDeleteTeringin sangat nak travel. Cuma belum berkesempatan..
seronoknyaa baca entry ni. nanti share la banyak lagi memang berguna
ReplyDeleteheheheh drama duit baki.. drama kejar flight.. drama semput dalam flight.. semua ada.. kenang balik nak gelak hehe.. tapi time tu cuak yakamat..
ReplyDeletehahahaha 'dun worry shes friendly..' hahahaha okay ni lawak.. memang laaa friendly tapi taaaaapi !! haa yang tapi tu depa tak faham..
ReplyDeletemakanan berkhasiat.. rasanya kalo kita tunggu lagi petang mesti depa lelong je buah2 tu semua sebab depa nak habiskan stok hehe..
ReplyDeletehehee lodging kita comel.. tapi kalo big fam and ada kids memang tak sesuai. other than that okay saja semuanya..
ReplyDeleteHai.. boleh terangkan semula penggunaan opal card x.. saya x brp jelas.. tq
ReplyDeleteokay. saya buat konsep Malaysia eh.
Deletekata lah dari Rawang ke Kl Sentral makan sebanyak rm10. then dari KL Sentral, awak nak ke Subang Jaya pula, so dah makan RM8.
total sepatutnya RM18 betul tak. tapi di Sydney, even banyak mana sampai RM30 pun kita dah naik, tapi dia cuma caj kita RM15 sahaja. kira lepas tu free la. takdelah negative rm3 ke apa.
Maknanya selepas penggunaan aud15.. opal card kira x de amaun lagi la kan.. esoknya kena top up ek?
Deleteiye betul. esok dah kena top up balik hehe.
DeleteTq utk penerangan.. 😀
DeleteSis nak masuk sane..payah x lalu kastam airport? Atau mcm tue je pemeriksaan anjing tue..sbb dgr org kata payah..nt kt airport dorg akan byk tnye..dtg utk ape n sbgainya
ReplyDeletehmm tak adalah payah mana pun, cuma bila form tu, isi je barang apa kita bawa. takut anjing dia bau2, detect benda2 pula, at least kita dah declare. tapi diorang memang ada tanya. cakap je nak travel.
Deletesalam kak , saya ingat nk travel ke sydney bulan depan , boleh saya dapatkan no contact akak sbb sy nk tanya details pasal ni since ni pun first time saya nk travel overseas . or akak boleh contact saya 0179682710. tq
ReplyDeletewassalam. boleh2 tak ada masalah.
DeleteNk tnye klu g sorg agk2 lepas x??
ReplyDeleteeh, boleh aje tak ada masalah. sydney rasanya secure lagi berbanding negara Asia
DeleteHai sis, boleh tahu nama hotel di chippendale tu? Thank you
ReplyDeletehttps://www.airbnb.com/rooms/16432406
Deletehi amy,
ReplyDeletei nak pergi sydney next 3 months, boleh i tahu airbnb yang affordable you pergi ni? thanks
hi Hans.
Deletethis one right here,
https://www.airbnb.com/rooms/16432406
i try click on the link but tak ada tunjuk that place. anyway how much the price per night?
Deleteberapa price your airbnb place ye?
Deletedepends on your date. alamak, saya cek dia dah tutup for a while rumah dia tu la. haritu kami rm160 satu malam.
DeleteAssalamualaikum amy, akak nak tanya pasal penggunaan opal tue, kalau kita nak k blue mountain tue, kita guna Pass tue juga atau kena beli Pass lain
ReplyDeletewassalam. oh, g Blue Mountain boleh je pakai opal tu.. tp kena naik bas yang saya cakap tu. bas biru. bukan bas merah.
DeleteSalam Amy. Parents saya teringin ke sydney. Tp saya buntu tak tau mcmana nak arrange. Saya baca cerita Amy ni sgt menarik. Boleh tunjuk ajar. Pls!!! Mcmana saya nak contact Amy (pm)?
ReplyDelete-Surya
Salam,nak tanya apa maksud simpan opal card dlm pocket,then tak consider dh travel byk?kena letak opal card dekat mana kalau mcm tu?
ReplyDeletewassalam, oh, tu sebab saya hilangkan kad opal. tercicir dekat mana entah. so bila kena pakai opal card baru, dia consider saya start dari awal balik la. no discount anymore. sampailah dah exceed 15aud balik
Deletenak tanya berapa kos airbnb in MYR ? saya sedang mencari penginapan yang sederhana harganya
ReplyDeletehmm saya xingat tapi airbnb sy duduk ni dah tutup, dia nak renovate kot
DeleteSalam amy..sorry nak tanya opal card tu valid 1 card utk sorang je kan? Kalau budak kecik nak kena ade jugak ke.
ReplyDelete?
waalaikumussalam. opal card tu valid untuk seorang. kalau budak starting umur 4 tahun ke atas. bawah 4 tahun free. tak perlu pakai
Delete