04/01/2017 - 05/01/2017 - Amy Syeera

Sunday, April 30, 2017

Rawatan Kecantikan Murah di Dr MAD Wellness, Sunway Mentari

12:36:00 AM 5
Rawatan Kecantikan Murah di Dr MAD Wellness, Sunway Mentari
Assalamualaikum and hello lads! Wahai gadis-gadis sekalian, kalau rasa awak sudah menginjak ke usia 20an, inilah masanya untuk mula fikirkan tentang kecantikan dan kesihatan wajah korang. Bila dah start kerja, dah ada duit sendiri, lagi seronok beli apa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat, shopping, shopping juga. Facial & body treatment pun penting! Sangat penting. Set pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Adakalanya tanpa kita sedar set pencuci muka tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah kita. Ataupun cara kita pakai itu salah. Masa buat facial treatment, dengar explanation dari beauty expert, barulah aku tahu cara sebaiknya untuk menjaga muka! So, inilah penting untuk kita jumpa dengan expert. Dapat tahu pasal condition wajah kita. Malangnya zaman sekarang ni bukan senang nak mencari pusat spa yang murah. Ada masa 1 rawatan sahaja dah mencecah RM1k! mahal sangat kan. kita yang baru kerja ni bukannya ada banyak duit sangat. nasib baiklah jumpa satu pusat rawatan kecantikan yang terletak di Sunway Mentari ni iaitu Dr. MAD Wellness. Betul-betul berada di atas Klinik TTDI.


Rawatan Kecantikan Murah di Dr MAD Wellness, Sunway Mentari


Dr MAD Wellness ini adalah spa yang ditubuhkan dan diasaskan oleh tiga orang DOKTOR iaitu Dr Mansor, Dr Ainna, dan juga Dr Davina. Kalau perasan, dari situlah datangnya nama MAD. Ia merupakan gabungan pangkal huruf nama ketiga-tiga doctor tersebut. Ya betul. Apa yang membuatkan aku sangat percaya dengan pusat spa ni sebab ia dikendalikan sepenuhnya oleh doctor yang berpengalaman. Apa yang membezakan Dr MAD Wellness dengan spa lain adalah spa ini hanya menggunakan advanced teknologi estetik terkini.

Monday, April 24, 2017

Travel Bajet ke Sydney, Australia | Featherdale Wildlife Park

9:44:00 PM 8
Travel Bajet ke Sydney, Australia | Featherdale Wildlife Park
assalamualaikum and good day mate! alamak, nampaknya aku terlangkau satu hari punya cerita travel bajet ke Sydney. patutnya pergi Featherdale Wildlife Park dahulu baru pergi Kiama. nasib baik ada take notes. sampai tempat pun aku dah campur-campur. ha, inilah jadinya bila senang sangat lupa. senang distract bila dah jumpa benda lain lebih menarik. okay, aku sambung cerita seterusnya. Featherdale Wildlife Park. park ini kira macam Zoo Negara lah. so, siapa yang datang ke New South Wales (NSW) bersama family, aku recommend korang datang sini daripada pergi Taronga Zoo tu.



Travel Bajet ke Sydney, Australia | Featherdale Wildlife Park


8:00 pagi
Chippendale > Central Station Railway Square (Bus Stand L)
Opal Rate: AUD2.10

Sebelum kami menaiki train ke Kiama, kami sempat singgah ke University of Sydney dahulu. University of Sydney ni tak adalah jauh mana dari kawasan tempat tinggal kami. Berjalan dari Central Station ke University of Sydney makan selama 30 minit. Tapi memandangkan kami nak simpan banyak tenaga dan kesihatan kaki (haha), kami naik bas sahaja. Sebelum korang ke Central Station, ada satu kawasan ni memang khas untuk sesiapa menunggu bas menuju ke destinasi masing-masing. Untuk waktu peak time, bas lebih banyak bergerak. And mereka sangat on time. Bayangkan bas on time. Fuh. Make sure tempat kita berdiri tu sama dengan destinasi kita. University of Sydney ada banyak bas yang stop di sana. Pilih sahaja mana korang nak. Aku kagum dengan penduduk Sydney sebab mereka tak berebut langsung untuk masuk bas. Siap beratur. Ada masa sampai kasi je kita masuk dahulu.

Wednesday, April 19, 2017

Aku Tetap Akan Mencintaimu

9:44:00 PM 4
Aku Tetap Akan Mencintaimu
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
You are mine at this moment Perhaps, this might not be the case tomorrow It might be so that you might not be yourself It might be so that I might not be myself


Read more at KrazyLyrics: http://www.krazylyrics.in/2017/04/18/main-phir-bhi-tumko-chahunga-english-translation/
assalamualaikum and hello lads! harini nak share satu lagu terbaru yang aku suka. lagu dia rentak slow je. memang kena dengan lirik lagu ni. enjoy :D and of course lah penyanyi dia Arijit Singh.

Image result for forbidden love tumblr

You are mine at this moment
Perhaps, this might not be the case tomorrow
It might be so that you might not be yourself
It might be so that I might not be myself

Friday, April 14, 2017

Travel Bajet ke Sydney, Australia | Kiama Blowhole

11:34:00 AM 6
Travel Bajet ke Sydney, Australia | Kiama Blowhole
Assalamualaikum and good day mate! Okay, semalam dah habis explore satu bandar Martin Place, kalini kami bergerak ke tempat lebih jauh sedikit iaitu Kiama. Kiama ni terletak di belah Selatan New South Wales (NSW). Kiranya dah terkeluar dari bandar Sydney. Alang-alang kami dah ada di Sydney, apa salahnya pergi jalan sampai ke hujung sana kan. Ada satu lagi tempat nama dia Canberra. Canberra ni orang kata sebiji macam Putrajaya. Tapi memandangkan masa tak mencukupi, jadi kami buat keputusan untuk tak pergi ke sana. Kalau korang ada banyak masa, try je pergi. Member aku yang lahir di sana, dia kata Canberra ni memang sangat sesuai untuk orang yang sukakan ketenangan dan kesunyian. Ala, memang kira macam Putrajaya lah. 


Travel Bajet ke Sydney | Kiama Blowhole


Central Station Platform 25 > Kiama Station Platform 2
Opal Rate:
Peak Time: AUD8.30
Non Peak Time: AUD5.81
Masa Perjalanan: 2 jam 18 minit

Perjalanan dari Central Station ke Kiama Station mengambil masa yang sangat lama juga. dalam 2 jam 15 minit. Kalau korang rasa tak cukup tidur, aku suggest masa dah naik train, terus tidur. Then, kalau tersedar sebelum Helensburgh Station, jangan lepaskan peluang untuk tengok pemandangan di luar train. Make sure duduk tepi tingkap tau. And kalau bermula perjalanan dari Central Station, ambillah view di belah kiri sebab di situ view lebih lawa. Aku sepanjang perjalanan memang tak tidur. Jadi, aku berjaya menyaksikan pemandangan dalam train ini tanpa henti. 



Kiama Station




Alhamdulillah, sampai juga ke destinasi ini. Tenangnya rasa duduk di Kiama ni. Macam satu kawasan yang khas untuk korang duduk bila sudah menginjak usia 60an ke atas. Memang lawa. Angin sangat kuat. Dah lah aku pakai cardigan labuh, memang effect dia tak menahan lah. Haahahaha.. 

Sebelum ke Kiama Blowhole, kami lalu di kawasan pantai dahulu. Kiama Blowhole agak jauh juga rupanya. tapi memang worth it. apa yang menyebabkan orang tertarik untuk ke sini? sebab ada blowhole tu. blowhole ni terjadi bila ada air pasang sahaja. 











sidenote: kalau nak tengok effect blowhole yang sangat awesome, jangan lupa cek Kiama Tides dahulu untuk cek air pasangnya start pukul berapa. 

masa kami sampai tu dalam pukul 12 tengah hari. air pasang pula start pada pukul 2 lebih. jadi, apa yang dapat saksikan cuma 'small blow ala-ala geyser' macam orang nak kentut tak jadi. sedih tengok. lama juga aku menanti di situ. capture gambar, rakam video. yet, kecil sahaja blow tide yang keluar. 

Image result for kiama blowhole
ini expectation.


ini realiti.

nak tunggu lama tak boleh sebab lepas tu nak pergi ke tempat lain pula. jadi, dengan perasaan kecewa, kami beredar dari Kiama Blowhole tadi. 







memandangkan waktu tu sudah masuk ke tengah hari, jadi perut memang sedaplah dia berbunyi. kami buat keputusan untuk jalan masuk ke kawasan pekan dia. ala-ala pekan koboi. kak CT kata ada kedai kebab di sini. jadi, kami pun berjalan dan berjalan. sekali kedai tutup. sedih sungguh. nasib baik jumpa satu kedai Fish n Chips ni. Red Rooster. beli 2. sorang dapat bayar AUD11. memang sedap! rugi kalau tak cuba. 

kami makan di dalam train sebab kami dah kesuntukan masa untuk ke Sea Cliff Bridge pula. Sea Cliff Bridge ni sangat lawa kalau waktu sunset and tak hujan. untuk mula perjalanan di sepanjang Sea Cliff Bridge ni, aku suggest korang mula dari Coalcliff Station. kalau dari Scarborough, agak jauh perjalanan walaupun lebih dekat dengan Kiama Station.

mulanya dalam itinerary nak start dari Scarborough Station. tapi aku dengar masa dalam train, dia cakap Scarborough Station hanya 6 couch sahaja akan dibuka. untuk pengetahuan, train dia tak macam kita ada 4 couch dan 2 couch. dia terus ada 8-10 couch. tapi certain station, hanya couch tertentu sahaja pintu akan dibuka. disebabkan tidak tahu, kami terlepas station tu and terus ke hadapan. hahaha. so beware! kalau nak ke satu tempat tu, dengar apa konduktor dia beritahu. and cek couch korang yang keberapa. kalau tak, memang pintu tak akan dibuka. 

jadi, dengar sahaja Coalcliff Station, terus kami keluar. 

Kiama Station Platform 1 > Coalcliff Station Platform 2
South Coast Line towards Port Kembla

Opal Rate
Peak Time: AUD6.46
Non Peak Time: AUD4.52

turun sahaja ke Coalcliff Station ni, wow. sangat scary. kenapa sunyi sangat tempatnya. jadi, kami cepat-cepat turun and makin lama jadi makin scary. hahaha. kereta yang lalu lalang hanya ada 2-3 biji sahaja. kawasan tu merupakan kawasan berbukit. jadi, bayangkan punya jauh kami nak turun tu, dengan aku pakai boots lagi. aduhai. penatnya. hati pun dah risau juga. kat manalah kami landed ni sebenarnya. nak pergi balik ke Coalcliff Station tadi memang tak lah. sebab nak naik lagi penat daripada turun bukit kan.


nasib baiklah masa tu dah nampak kawasan rumah. syukur sangat. bila dah lama fikir, last-last tak jadilah nak berjalan dekat Sea Cliff Bridge tu. macam jauh yang amat je. hahaha. and alhamdulillah, masa duk jalan lagi, kami ternampak satu bus stand di situ. tengok perjalanan bas dia, bas terakhir adalah pukul 4:45 petang. tengok jam kami. 4:40 petang. ya ALLAH. nasib masih menyebelahi.

Lawrence Hargrave Dr > Princes Hwy after Bourke St
2 Stanwell Park to Wollongong via Thirroul 
Opal Rate: AUD4.50

datang je pakcik bas, terus kami berlari berkejaran ke arah bas. hahaha kelakar pula bila fikir balik. macam orang desperate sangat. yes! memang kami dah terdesak. sini memang lah kawasan orang kaya. tapi siapa je boleh kasi kami tumpang tidur satu malam? cek uber pun tak ada tau! tak sangka memandangkan kami ambil bas terakhir, kami je ada dalam bas tu.

mungkin ada hikmahnya. pakcik bas tadi bersembang dengan kami, dan dia cadangkan satu tempat lawa untuk kami pergi tengok dengan mata sendiri. nasib baik juga bas ni lalu Sea Cliff Bridge yang kami nak lalu sangat tu.

sidenote: WOW. kalau rajin, silalah jalan sepanjang Sea Cliff Bridge tu. panjang ya amat! lagi waktu hujan, tolonglah jangan. sia-sia je. naik sahaja bas. boleh nampak juga.

pakcik bas tadi membawa kami sehingga ke Wollongong Beach. haha. ini lagi satu benda kelakar. elok kami nak ke utara dari Kiama ke Coalcliff tadi. terus kami ke selatan balik. nak ke Kiama semula kiranya. tak apalah. benda dah jadi.

masa dah sampai tu, mula tengok macam plain je beach dia. adalah nampak orang surfing. tapi takkan tu je? rupanya bila dah jalan sehingga ke hadapan, baru lah ada pemandangan yang sangat lawa. 






puas bergambar, kami tunggu di bus stop berdekatan. katanya ada bas percuma (bus 55A/55C shuttle bus) di situ untuk ke Wollongong Station. sampai sahaja, aku seluk poket, Opal Card tak ada! deng.. aku menangis masa tu. serious. sebab aku tahu, diorang di sana memang pentingkan Opal Card tu. so, bayangkan bila kau tak ada. aku dah panik. nasib baik sahaja bas free. tengok, ALLAH dah susun elok perjalanan aku masa tu.

Wollongong Station > Central Station
Opal Rate: AUD5.81

sampai sahaja Wollongong Station, terus cari kad baru. alhamdulillah. nasib baik Opal Card memang free. kalau tak, kenalah bayar lagi. cuma rugi sikit part aku sebab dia dah tak kira perjalanan aku yang banyak-banyak sebelum ni. so, tak ada diskaun. sobs.

sidenote: andai kata korang kena macam aku, kalau masa naik bas, boleh beli single ticket. cakap je dekat konduktor bas tu.

balik rumah, rehat sahaja.

Itinerary Hari 3

Central Station > Kiama > Sea Cliff Bridge > Wollongong Beach

Opal Rate:
Central Station to Kiama Station: AUD5.81
Kiama Station > Coalcliff Station: AUD4.52
Wollongong Station > Central Station : AUD5.81

adios~
post signature

Sunday, April 2, 2017

Travel Bajet ke Sydney, Australia | Hari 2

12:33:00 PM 8
Travel Bajet ke Sydney, Australia | Hari 2
Assalamualaikum and good day mate. Harini aku sambung itinerary travel bajet Sydney kami yang seterusnya pula. Iaitu hari kedua. Hari kedua ni kami aim dekat bandar Sydney sahaja. Sebab dekat situlah banyak attractions. Biar penat sekali je kan. Bagi aku, bandar dia memang ada ala-ala area Pavilion Kuala Lumpur. Cuma tempat dia sangat bersih. And dekat sini setiap simpang ada traffic light untuk pejalan kaki. Aku macam tak berani nak lalu even masa tu tak ada kereta sebab memang tak ada sesiapa pun berjalan kaki sesuka hati. Ada sekali tu aku nampak, dua pasangan ni main bantai jalan kaki even traffic light tengah merah, terus polis trafik panggil dia. wow. So, kita dekat tempat orang ni, follow je la apa locals buat okay. Kau jangan memandai, sekali kang, kena langgar apa tak memasal je. Aku perasan haritu dia tak hon pun, tapi dia bukan main laju tak ada stop apa. Be careful okay. Jom follow hari kedua aku macam mana.
Image result for sydney
8:30 pagi
Chippendale > Central Station

amysyeera

Travel Bajet ke Sydney, Australia