Travel Bajet ke Sydney, Australia | Hari 2

Assalamualaikum and good day mate. Harini aku sambung itinerary travel bajet Sydney kami yang seterusnya pula. Iaitu hari kedua. Hari kedua ni kami aim dekat bandar Sydney sahaja. Sebab dekat situlah banyak attractions. Biar penat sekali je kan. Bagi aku, bandar dia memang ada ala-ala area Pavilion Kuala Lumpur. Cuma tempat dia sangat bersih. And dekat sini setiap simpang ada traffic light untuk pejalan kaki. Aku macam tak berani nak lalu even masa tu tak ada kereta sebab memang tak ada sesiapa pun berjalan kaki sesuka hati. Ada sekali tu aku nampak, dua pasangan ni main bantai jalan kaki even traffic light tengah merah, terus polis trafik panggil dia. wow. So, kita dekat tempat orang ni, follow je la apa locals buat okay. Kau jangan memandai, sekali kang, kena langgar apa tak memasal je. Aku perasan haritu dia tak hon pun, tapi dia bukan main laju tak ada stop apa. Be careful okay. Jom follow hari kedua aku macam mana.
Image result for sydney
8:30 pagi
Chippendale > Central Station

amysyeera

Travel Bajet ke Sydney, Australia

Kami gerak seawal 8:30 pagi sebab haritu sangat banyak tempat nak singgah. Kalau gerak lambat takut tak sempat pula. Nak buat macam mana. Bila dah kata cuaca dekat Australia ni sangat unpredictable. Memang totally unpredictable. Tahu-tahu sahaja pagi sebelum kami gerak tu dah hujan lebat. So, terpaksalah tunggu seketika sementara hujan reda. Akhirnya, bila dah reda sikit, baru kami mulakan perjalanan. Rumah Airbnb kami ni memang sangat dekat dengan Central Station. Ada laluan underground juga kalau malas nak lalu atas. FYI, Central Station ada bahagian atas dengan bawah. 

- Bahagian atas : platform 1 - 6 sahaja kalau tak silap aku. 
- Bahagian bawah : platform 7-25. 

Banyakkan platform dekat sini. Nak mencarinya memang boleh sesat jugalah. So, kalau nak jimat masa, boleh lah terus nak lalu bawah tanah atau di bahagian atas sahaja. Destinasi kami adalah Martin Place, so platform yang perlu kami naiki adalah Platform 24. Here we go. 

p/s: laluan bawah tanah serupa macam laluan dari Masjid Jamek ke laluan Sentul Timur. sangat panjang and panas.

Central Station Platform 24 > Martin Place Station Platform 2
Opal Fare: 
- Peak Time AUD3.38
- Non Peak Time AUD2.36

Kami decide untuk top up Opal Card terlebih dahulu. Tapi nak redah dari hujung kiri ke hujung kanan memang sangat menakutkan. Sebab apa tau? Manusia yang lalu lalang seawal 8:30 pagi sangatlah ramai and tak putus dari tadi. Nak redah takut terlanggar pula. Seriously kau macam main game nak redah jalan raya tu. Ingat tak? Haha. Rupanya bila dah pergi dekat Opal Card, baru perasan kena bayar pakai kad sahaja. Jadi terpaksa redah semula ke hujung kiri balik. Nasib baik situ ada kedai top up. Sambil tu aku bertanya pada cashier pasal Opal Card. Katanya

- Minimum top up untuk Opal Card dewasa – AUD10
- Minimum top up untuk Opal Card Kids/Concession – AUD5

Selesai semua, kami terus bergerak mencari platform yang kami akan naiki. Perjalanan setiap train boleh check di apps mereka – Opal Travel. Masa tu tak perlu tergesa-gesa mengejar train walau hakikatnya train akan sampai lagi 20 minit. Very convenient. 

Martin Place Station > Angel Place Birdcages

Sampai juga di sini. Hujan masih renyai-renyai lagi. Tapi jalan tetap jalan. Keluar sahaja dari train station tadi, terus buka maps. Kawasan Martin Place memang a bit berbeza dengan Central tadi. Sini bangunannya semua tinggi-tinggi belaka. So, kalau nak cari certain bangunan yang kita nak tu maybe makan masa. Sebab tersorok kan. Sambil mencari di mana Angel Place Birdcages, sambil kami berjalan mengambil gambar di bangunan sana sini. Nasib baik orang tak ramai masa tu. Takdelah terasa malu sangat. Aku rasa sebab hari Sabtu kot. Orang lain mungkin berehat sahaja di rumah, sambung tidur.  

amysyeera

amysyeera

amysyeera
 
 
amysyeera

amysyeera

amysyeera amysyeera

amysyeera

amysyeera


Angel Place Birdcages ni adalah kawasan yang agak tersorok and sangat kecil. Macam memenuhi satu alley sahaja. Apa yang menariknya Angel Place Birdcages ni, tempat dia sangat penuh dengan sangkar burung yang tergantung di atas. Bila perhati, macam takde burung. Tapi bila dengar dengan teliti, ada pula bunyi kicauan. Ayok. Hahahahaha. Aku tak surelah memang ada burung ke tak sebab sangkar dia sangat tinggi and takkan tercapai dek tangan pendek kita.

amysyeera

amysyeera

amysyeera


Angel Place Birdcages > Sydney Archade

mulanya nak ke Sydney Tower Eye, but then, terlalu dekat Sydney Archade dahulu, terus melekat lama di situ. Sydney Archade adalah tempat untuk shopaholic. semua jenis brand ada. Forever 21, Zara, Nine West, Pandora, Sephora dan macam-macam lagi. point aku untuk hari pertama berjalan ni cuma nak berjalan sahaja. jadi mood untuk shopping langsung tak ada. cuma kak CT dengan kak Nurul sahaja berjalan mencari barang untuk dibeli. 

amysyeera

amysyeera


Sydney Archade > Hyde Park

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

Hyde Park dia sangat luas. memang makan masa yang lama kalau nak explore satu taman tu. tapi kami berhenti berdekatan Archibald Fountain sahaja. ada satu lagi kawasan kalau korang masih tak penat nak berjalan, Anzac War Memorial. dia mengambil masa dalam 7-10 minit sahaja dari Archibald Fountain tadi. 

Hyde Park yang menariknya boleh nampak Sydney Tower Eye dari jauh sebab Sydney Tower Eye memang sangat tinggi. St. Mary's Cathedral pun berdekatan dengan Archibald Fountain. kami tak adalah nak masuk dalam tu, cuma sempat ambil gambar di hadapan bangunan dia sahaja. 

Hyde Park > Sydney Town Hall

ini sekejap sahaja. tak tahu nak masuk mana. cuma bergambar di luar.

amysyeera

Sydney Town Hall > Queen Victoria Building

amysyeera

subhnallah. bagi aku yang memang minat dengan architecture, QVB adalah salah satu bangunan yang sangat lawa pernah aku tengok. QVB ni sebenarnya tempat untuk membeli belah. tapi kedai yang ada di situ cuma kedai barang berjenama sahaja. apa yang menarik dengan QVB ni, setiap kali jarum jam panjang bergerak ke angka 12, dia akan berbunyi. kami kira beruntung lah sebab masa awal-awal pagi keluar dari Martin Place Station tu, dapat dengar bunyi jam dia berdeting.


amysyeera

amysyeera

amysyeera

Queen Victoria Building > Darling Harbour

amysyeera

kalau tadi sudah cerah, kalini dia start gelap semula. kami plan nak ke cinema Events dia dahulu. konon nak tengok Beauty and the Beast. tapi fikir-fikir balik, kaki memang dah cramp. nak patah balik ke cinema waktu malam macam tak larat je. takut tertidur pula dalam wayang. jadi, kami terus ke Darling Harbour. masa ni memang cuaca dah jadi sangat gelap. nasib baik ada payung.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

kaki jejak sahaja ke Darling Harbour, hujan turun dengan lebatnya. nak melepak pun tak dapat. jadi tanpa berlengah, kami terus ke Madame Tussauds Sydney. MTS ni seberang sahaja dari tempat kami mulakan perjalanan di Darling Harbour tadi.so, kalau nak senang, better dari QVB terus bergerak ke Madame Tussauds Sydney, barulah ke Darling Harbour.

Madame Tussauds Sydney

Opening Hour: 9:30 am - 6:00 pm
Harga tiket as of March 2017: AUD42

amysyeera

beli online lebih jimat iaitu AUD29.40 tapi ada certain time sahaja yang kita boleh pergi. maknanya, kalau pukul 4 petang kita nak masuk, makan pukul 4 petang punya sahaja kita boleh masuk. itu pros and cons dia. kalau yakin datang tepat pukul 4 petang, then beli online. 

bagi sesiapa yang tak tahu, Madame Tussauds Sydney ni dari segi ayat mudahnya ialah Muzium Patung Lilin. ya, dalam ni ada macam-macam patung selebriti (Shah Rukh Khan tak ada!!!! -.-). dari selebriti sukan ke selebriti lakonan. alang-alang dah masuk ni, ambil sahaja semua gambar dengan semua patung artis. memang nampak real juga lah aku tengok. nasib aje tak bergerak-gerak. kalau gerak, mungkin aku tak masuk.

amsyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


lama juga kami berada dalam Madame Tussauds Sydney tu. ada dalam 2 juga kot. Gift shop pun ada kalau nak beli something or even create tangan korang sendiri menggunakan bahan wax yang disediakan oleh staff di sana. aku tak sure satu tangan berapa. agak mahal juga lah. tapi kalau teringin, apa salahnya. 

Madame Tussauds Sydney > Pyrmont Bridge

sebelum berjalan di atas Pyrmont Bridge, kami berehat seketika di hadapan jeti. masha ALLAH, kaki memang dah super sakit. hahaha. berjalan non stop dari pukul 8:30 pagi tadi. tak kisahlah matahari tegak di atas kami, asalkan dapat buka kasut and bersantai di hadapan laut sekejap.

amysyeera

Pyrmont Bridge ni betul-betul berdekatan dengan Madame Tussauds Sydney tadi. Bridge dia agak panjang jugalah kalau nak berjalan dari hujung sini ke hujung sana. nak naik basikal pun boleh sahaja rasanya. jambatan ni ala-ala jambatan putrajaya jugalah. tapi kami naik sahaja sebab perut sudah pun berdendang lagu rock kapak.

amysyeera



amysyeera

Pyrmont Bridge > Harbourside Shopping Centre




hujan balik

 kami mencari food court di dalam mall tu. sambil makan, sambil rehatkan kaki sekali lagi. aku dengan kak Nurul kongsi makanan since aku cakap portion dia besar. kami decide untuk beli Nasi Briyani Kambing. kak CT pula beli pizza di Enfes Kebabs. tahu tak, masa nak masuk foodcourt tu, mata aku dah tertarik tengok sorang lelaki ni duk buat crepe. hahahahahahaha.. siap cakap dekat kak Nurul, lepas makan nanti, kita pergi beli crepe dekat lelaki tu. sanggup betul. and kami pun beli Banana Nutella Crepe berharga AUD4.

Harbourside Shopping Centre > Coles Supermarket

sebelum kami bergerak pulang ke rumah, singgah sekejap di Coles sebab nak cari barang untuk sarapan esok. Coles dan Woolies (Woolworths) adalah supermarket paling murah di Australia. ada masa barang dia cuma AUD1 sahaja. so, kalau beruntung dapatlah beli macam-macam benda dengan harga yang sangat murah. 

aku beli 4 biji muffin blueberry yang besar tu dalam AUD1 sahaja. murah kan. kalau dekat Malaysia, satu biji sahaja dah RM7. ini 4 biji RM3.40. so, choose wisely guys masa dah sampai market okay. 

Coles Supermarket > Pyrmont Bay Light Rail > central Station Light Rail
Opal Fare: AUD2.10

balik!!! nasib baik ada Biobax aku bawa sekali, boleh sapu dekat kaki ni. Biobax memang terbukti berkesan bantu kurangkan sengal di kaki aku. penat tau kalau seharian dah berjalan tapi tak manja-manjakan kaki lepas tu. kalau berminat, boleh lah cuba Biobax. dah ramai pakai and ramai recommend Biobax ni. bukan untuk sengal kaki sahaja. tapi untuk satu badan pun boleh. berminat, boleh hubungi nombor ini: 019-2627310 (amy) strictly for whatsapp/telegram only.

malam tu kami makan di it's Time for Thai. not bad lah makanan dia. harga pun of course mahal. tapi ni sebab kongsi beramai-ramai and anak murid kak CT yang belanja, so... hehe.  kalau teringin nak merasa makanan Thai di Sydney, boleh lah datang sini. tapi pekerjanya macam orang Cina Muslim je.

okay, tunggu next entry ye > Kiama Blowhole! :D

p/s: full itinerary akan diberikan dalam blog ini selepas aku habis cerita semuanya di sini.

adios~


post signature

8 comments :

  1. Fae pun ada baca kat ig Aust blogger yg Fae follow, dia gtau kat Aust hujan ja

    ReplyDelete
  2. Amyyy. Hehe asyik terbaca Angel Place Birdcage tu as Angry Birds je dah. :D comel je cage bergantung2 camtu. Biasa kat attractions lain orang gantung payung2.

    Ohh, Sydney pun ada Hyde Park? Baru tahu, ingatkan ada kat London je nama ni.

    Patung lilin tu memang diukur saiz badan, bentuk badan selebriti tu kannn. Tu yg nampak real. :D

    Selalu baca pasal Biobax ni, tapi tak pernah try lagi. So far I use Flanil, function lebih kurang sama rasanya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. hehehehe part redah lautan manusia tu lagi seram dari lintas jalan hahaha..

    ReplyDelete
  4. yaaa kaki sebenarnya nak tercabot sangat2 tapi muka kena maintain cool hehehe.. malam balik rumah baru kelam kabut sapu yokoyoko hehehe..

    ReplyDelete
  5. bestla Amy.. kalo akak ni tatau bila nak habis ngarang.. slow benar kalo akak yang story.. tapi bila baca citer Amy mcam berkobar2 ni nak menaip hehe..

    ReplyDelete
  6. akak rasa kalo ada burung kat dalam sangkar tu kesian diorang.. dahla orang x ramai sngt lalu situ lepas tu tergantung gitu je.. tapi dari manakah suara burung itu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. ps.. hahaha sampai sekrang tak tengok lagi Beauty n the beast tu eheheh..

    ReplyDelete
  8. paling ohsem QVB sebab ada karpet hehe.. lawa plak tu.. duit ja xdak nak membeli ehhe..

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes